CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Monday, October 6, 2008

Baray: Pemangkin Pertanian Kerajaan Angkor



Baray ialah sebuah kolam air besar yang dibina sejak zaman pemerintahan Raja Suryavarman I di Angkor (sekarang dikenali sebagai Kemboja).

Baray boleh menampung antara 30-50 juta meter padu air. Pembinaannya bertujuan untuk pengairan ke 12.5 juta ekar sawah. Selain itu, baray penting ketika Angkor menghadapi musim kemarau yang panjang.

Pembinaannya sangat penting kerana ia menjadi pemangkin kepada kegiatan pertanian dalam kerajaan Angkor demi menampung keperluan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya.

Pada hari ini, baray lebih popular sebagai tempat mandi awam dan aktiviti menggunakan bot oleh penduduk tempatan dan pelancong asing.


Sumber: http://www.sejarah2u.blogspot.com/

Labels:

Wednesday, September 17, 2008

Memohon Jawatan Guru Cemerlang

Pada 16 September 2008, sekali lagi aku memohon jawatan sebagai Guru Cemerlang. Tahun lepas 2007 aku telah mengisi lengkap borang permohonan tersebut tetapi sehingga kini masih belum ada jawapannya. Apa yang lucunya ialah pihak JPWP telah fakskan surat rasmi jawatan pada 16 September 2008 tetapi perlu diisi dan dikembalikan lengkap kepada Unit Menengah JPWP pada 17 September 2008... kelakarkan? Aku dan teman-teman guru yang berminat apa lagi setelah diberitahu oleh Penolong Kanan Tadbir tentang keperluan ini terus mengisi borang permohonan. Semua lampiran sijil dan syarat diperlukan segera terpaksalah aku minta bantuan daripada Kak Dillah kerani ...nasib baik sporting (walaupun waktu rehat dia sanggup tolong aku .... terima kasih!)

Selepas itu aku bersama cikgu Azrin dan Razidah bergegas ke JPWP untuk menghantar borang permohonan tersebut kerana mengikut syarat yang diiklankan itu kami perlu 'key in' sendiri segala butiran maklumat. Sebaik tiba di kaunter Unit Menengah JPWP kami disambut baik oleh Encik Suraimi (kawan lama) ... lega ler coz ada kawan boleh bantu.

Bincang punya bincang sebenarnya aku tidak perlu lagi mengisi borang permohonan coz tahun lepas aku telah apply jawatan itu, lagipun borang yang kami isi hari ini tak cukup ... terpaksalah diberi borang baru. Apa lagi kamipun balik ler ...nak watper lagi kan? Keesokan harinya aku diberitahu oleh Pengetua bahawa aku tak perlu lagi mengisi borang tersebut ... lega rasanya. Harapan aku semoga aku dapat jawatan ini kerana aku betul-betul berminat dan aku yakin aku berpotensi dan berkebolehan ... cewahhhh!

Labels:

Tuesday, September 16, 2008

Sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007




Foto ini diambil sempena aku mendapat pengiktirafan dalam perkhidmatan aku pada tahun 2007 iaitu "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007". Wah .... bangga ler jugak! Penganugerahan ini diadakan di Hotel Flamingo Ampang.

Labels:

Thursday, September 11, 2008

Perak Man



Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Ulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (MARC) USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.

Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai 'congenital deformity' *yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.

Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangan kanannya memegang daging yang telah tinggal tulang. Ia dikebumikan dengan siput sedut, daging khinzir, rusa, biawak, monyet, kura-kura dan beribu-ribu kulit kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 154cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok.

Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.


Sumber: http://www.sejarah2u.blogspot.com/

Labels:

Thursday, September 4, 2008

Link Nota Sejarah SPM - Tingkatan 5

http://www.geocities.com/Athens/Olympus/9443/index.html

Labels:

Wednesday, September 3, 2008

Tips Pelajar Cemerlang

1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)

2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)

7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)

12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)

13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)

16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)

17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)

20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula

Labels:

Link Bank Soalan SPM

http://www.banksoalanspm.com/Download.html

Labels:

Friday, August 29, 2008

Contoh Menulis Esei Sejarah SPM - Kertas 2

Soalan 1:

a) Huraikan ciri-ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim. (10 markah)

Rangka Jawapan (Isi Penting):

Soalan 1(a):


Ciri-Ciri Kerajaan agraria:
F1 - pertanian
F2 - lembah sungai & kawasan pedalaman
F3 - padi sawah & padi bukit
F4 - hasil hutan & menternak binatang

Ciri-Ciri Kerajaan maritim:
F5 - perdagangan & kelautan
F6 - pesisiran pantai, lembah sungai & kepulauan
F7 - kedudukan strategik
F8 - pelabuhan pembekal
F9 - tangkap ikan & pungut hasil hutan

Contoh Esei Lengkap:

Soalan 1 (a):


Ciri-ciri utama kerajaan agraria ialah ia sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah dan padi huma. Selain itu, masyarakat agraria juga terlibat dalam kegiatan mengumpul hasil hutan dan menternak binatang. Ia terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah-lembah sungai dan kawasan pedalaman contohnya di Sungai Menam, Sungai Irrawaddy dan Tanah Tinggi Dieng di Indonesia.
Manakala kerajaan maritim pula menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan. Ia terletak berhampiran dengan kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Di samping itu, kedudukan kerajaan maritim juga adalah strategik di tengah jalan perdagangan antara China dan India. Faktor ini membolehkan kerajaan maritim muncul sebagai pelabuhan pembekal. Selain kegiatan perdagangan, masyarakat kerajaan maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil hutan.

b) Bincangkan amalan kerjasama kerajaan maritim dan kerajaan agraria dalam meningkatkan ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara. (10 markah)

Rangka Jawapan:
Soalan 1 (b):

Kerajaan maritim:
F1 - memerlukan tukang kayu & tukang batu dari kerajaan agraria
F2 - mendapatkan bekalan kayu dari kerajaan agraria untuk membuat kapal
F3 - mendapatkan bahan mentah & haiwan seperti gajah dari kerajaan agraria

Kerajaan agraria:
F4 - mendapat barangan mewah dari china atau India dari kerajaan maritim
F5 - menyalurkan tenaga kerja seperti tukang kayu & tukang batu kepada kerajaan maritim
F6 - menghasilkan sumber makanan utama seperti beras kepada kerajaan maritim

Contoh Esei Lengkap:

Soalan 1(b):


Kerajaan maritim dan kerajaan agraria saling bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain. Contohnya kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi kepada kerajaan maritim.
Selain itu kerajaan agraria juga mempunyai sistem pertanian yang baik hingga dapat menghasilkan sumber makanan seperti beras dan membekalkannya kepada kerajaan maritim.
Kerajaan agraria juga mendapatkan barangan mewah seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik dari kerajaan maritim.
Manakala kerajaan maritim pula mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan binatang seperti gajah dari kerajaan agraria.
Selain itu kerajaan maritim juga mendapat bekalan kayu dari kerajaan agraria untuk membuat kapal.
Kerajaan maritim juga mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir dari kerajaan agraria.

Labels:

Soalan Latihan Sejarah SPM - Tingkatan 5

SEJARAH TINGKATAN 5


Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
1. Bagaimanakah sistem pengangkutan dan perhubungan memesatkan imperialisme Barat di Asia Tenggara.
2. Apakah perubahan pentadbiran Barat yang diamalkan di Thailand.

Bab 2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
1. Jelaskan perjuangan Penghulu Dol Said menentang British di Naning.
2. Huraikan peranan dan perjuangan Kaum Muda dalam mengubah minda masyarakat Melayu.
3 Huraikan dasar pemerintahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu,
4 Apakah tindakbalas penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
8. Huraikan perjuangan persatuan-persatuan Melayu dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Bab 3 : Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

1. Huraikan ciri-ciri utama dalam pembinaan Negara dan Bangsa
2. Jelaskan warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan di Johor,Perak dan Pahang.
3. Nyatakan isi kandungan Undang Tubuh Negeri Johor 1895
4. Apakah unsur persekutuan dan demokrasi yang terdapat dalam pentadbiran di Negeri Sembilan.

Bab 4 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
1. Apakah faktor-faktor penubuhan Malayan Union
2. Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union
3. Nyatakan bentuk tindakan orang Melayu menentang Malayan Union
4. Huraikan syarat-syarat perjanjian Malayan Union
5. Jelaskan reaksi golongan radikal Melayu terhadap pembentukan Malayan Union
6. Apakah faktor-faktor British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
1. Apakah maksud Pakatan Murni
2. Nyatakan Iangkah- langkah untuk mencapai Pakatan Murni antara tahun 1949-1955
3. Jelaskan isi kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
4. Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Bab 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
1. Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara dalam Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
2. Huraikan proses penggubalan undang-undang yang dijalankan oleh Badan Perundangan di Malaysia.
3. Jelaskan perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama
4. Senaraikan Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Bab 8 : Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
1. Apakah usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu ?
2. Huraikan perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Bab 9 : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
1. Apakah faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama?
2. Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Pertama yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Kedua?
3. Buktikan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
4. Apakah faedah-faedah yang diperolehi oleh Malaysia dalam Persatuan Komanwel ?
5. Huraikan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).
6. Jelaskan penglibatan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
7. Apakah matlamat dan perjuangan Pertubuhan Negara-Negara Selatan (G 15)

Labels:

Soalan Latihan Sejarah SPM - Tingkatan 4

Cubalah menjawab soalan – soalan yang diberikan. Jawapan perlu berbentuk STRUKTUR & ESEI.

SEJARAH TINGKATAN 4



Bab 1 : Tamadun Awal Manusia
1. Apakah maksud tamadun dan jelaskan maksud tamadun menurut pandangan Islam.
2. Huraikan ciri-ciri tamadun awal manusia.
3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun?
4. Huraikan ciri-ciri tamadun Mesir Purba.
5. Pemerintahan dan agama merupakan dua aspek kehidupan firaun yang tidak dapat dipisahkan dalam Tamadun Mesir. Jelaskan peranan firaun dalam kedua-dua aspek kehidupan tersebut.
6. Perihalkan kepentingan ahli perubatan Mesir Purba dan kedudukan mereka dalam masyarakat Mesir.
7. Nyatakan pembinaan bandar terancang dalam tamadun Indus.
8. Apakah pencapaian tamadun Indus dalam bidang seni bina?
9. Apakah ciri-ciri utama Tamadun Hwang Ho?
10. Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun tersebut.
11. Halkan sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada masyarakat hari ini.

Bab 2 : Peningkatan Tamadun
1. Terangkan ciri-ciri pemerintahan negara kota yang terdapat dalam Tamadun Yunani.
2. Huraikan ciri-ciri pemerintahan yang diamalkan di Rom.
3. Dari segi pentadbiran bandar, apakah peranan majlis perbandaran dalam Tamadun Rom?
4. Terangkan tentang kemunculan Empayar Maurya.
5. Huraikan tentang zaman kegemilangan Dinasti Maurya.
6. Jelaskan faktor-faktor yang membawakan kepada keruntuhan Empayar Maurya.
7. Apakah sumbangan Dinasti Chin dan Dinasti Han dalam bidang pendidikan dan falsafah?
8. huraikan bentuk seni bina dalam Tamadun China.
9. Jelaskan teknologi membuat kertas dalam Tamadun China.

Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
1. Mengapakah kedua-dua jenis kerajaan agraria dan maritim dikatakan saling bergantung dan melengkapi?
2. Kerajaan Kedah Tua turut dikenal dengan nama Chieh-cha dan Kataha. Terangkan ciri-ciri kerajaan tersebut.
3. Sejauh manakah sistem pengairan membantu kemajuan pertanian kerajaan agraria?
4. Bagaimanakah pengaruh India dibawa ke Asia Tenggara?
5. Terangkan bagaimana agama Hindu mempengaruhi sistem pemerintahan kerajaan Angkor.
6. Jelaskan pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan Srivijaya.
7. Halkan peranan bahasa Sanskrit dalam masyarakat Asia Tenggara.
8. Jelaskan bagaimana bahasa Sanskrit mempengaruhi bidang kesusasteraan Asia Tenggara.
9. Berikan beberapa perkataan Sanskrit yang mengalami perubahan dalam bahasa Melayu.
Nyatakan perkembangan yang membawa terbentuknya pelabuhan entreport
10. Apakah faktor-faktor masyarakat maritim menjadi pelaut yang handal ?
11. Huraikan cara-cara kedatangan pengaruh India ke Asia Tenggara
12. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat pada candi Angkor Wat dan Borobodur.

Bab 4 : Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembanganya di Makkah
1. Apakah yang anda faham tentang konsep jahiliah?
2. Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.
3. Apakah nilai-nilai positif yang dimiliki oleh masyarakat jahiliah?
4. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan ajaran Islam pada peringkat awal di Makkah?
5. Terangkan penerimaan terhadap Islam pada peringkat awal di kota Makkah.
6. Mengapakah kaum Quraisy Makkah menentang penyebaran agama Islam?
7. Apakah cara yang digunakan oleh orang Arab Quraisy untuk menentang Nabi Muhammad s.a.w. dalam penyebaran Islam?
8. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. mengatasi masalah penentangan kaum Quraisydi Makkah?
9. Mengapakah masyarakat Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammmad s.a.w.
10. Huraikan cara-cara penentangan yang dilakukan oleh masyarakat Arab Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
11. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi penentangan yang dilakukan oleh masyarakat Arab Quraisy
12. Jelaskan kehidupan masyarakat Arab Quraisy dari dalam aspek sosial dalam Zaman Jahiliyah


Bab 5 :Kerajaan Islam di Madinah.

1. Konsep hijrah dan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a,w. dari Makkah ke Madinah pada tahun 622M.
2. Kepentingan hijrah dari Makkah ke Madinah terhadap perkembangan Islam

Bab 7 : Islam di Asia Tenggara

1. Dengan menggunakan bukti-bukti yang tertentu, jelaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara,
2. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada penyebaran Islam ke Asia Tenggara.

Bab 8 : Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

1. Huraikan pengaruh Islam terhadap institusi Kesultanan Melayu dan sistem pendidikan di Tanah Melayu sejak abad ke 15M.

Bab 9 : Perkembangan di Eropah
1 Huraikan ciri-ciri Zaman Renaissance yang berlaku di Itali
2. Bagaimanakah Revolusi Pertanian dan enjin berkuasa wap membantu dalam perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.
3. Apakah kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian terhadap kegiatan perdagangan antarabangsa dan sistem pengangkutan di Eropah.

Bab 10 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
1. Mengapakah pada awal abad ke 20, penguasaan pembesar Melayu dalam kegiatan periombongan bijih timah mulai merosot.
2. Nyatakan faktor-faktor yang mendorong imigran meninggalkan negara mereka untuk datang ke Tanah Melayu pada abad ke 19
3. Huraikan cara-cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

Labels:

Wednesday, August 27, 2008

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010



Prakata


Bab 1 : Pendahuluan


Bab 2 : Sistem Pendidikan Kebangsaan - Perletakan Asas


Bab 3 : Pendidikan Kebangsaan: Melangkah Ke Hadapan


Bab 4 : Membina Negara Bangsa


Bab 5 : Membangunkan Modal Insan


Bab 6 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Bab 7 : Merapatkan Jurang Pendidikan


Bab 8 : Memartabatkan Profesion Keguruan


Bab 9 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan


Bab 10 : Faktor Kritikal Kejayaan


Untuk maklumat lanjut layari web utama http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pipp&unit=kementerian&bhs=my

Labels:

Mahsuri (1959) - Bunga Tanjung

Labels:

Mahsuri - Lagenda Langkawi








Mahsuri


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.


Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ianya seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Lihat Juga

* Filem Sumpahan Mahsuri

Pautan Luar

* Salasilah Kerabat Diraja Kedah
* Kisah Mahsuri
* Temubual bersama Nong May, waris Mahsuri
* Kisah Mahsuri menurut versi Tunku.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahsuri"
Kategori: Sejarah Malaysia | Sumpahan

Labels:

Dato' Maharaja Lela


Dato Maharaja Lela

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Pejuang bangsa

Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

Rujukan

* Laman web Perpustakaan Negara Malaysia
* Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharaja_Lela"
Kategori: Sejarah Malaysia | Pejuang anti-penjajah

Untuk maklumat lanjut layari web http://www.ctl.utm.my/merdeka/calon/merdeka24/maharaja_lela.html

Labels:

Dol Said - Pahlawan Naning

Dol Said

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Dato' Dol Said, atau Abdul Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Perang Naning pertama yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Pejuang bangsa

Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.

Pada tahun 1829, pemerintah British di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Dol Said membantah dan pada tahun 1831, Naning diserang oleh tentera British.

Dol Said mempertahankan Naning bersama penduduk tempatan tanpa menggunakan senjata moden tetapi hanya berbekalkan parang dan senjata tradisional.

Kejadian aneh

Ada kejadian aneh dan mistik yang diceritakan berlaku ketika tentera British cuba menjajah ibu kota Naning iaitu Taboh dengan menyerang pejuang Melayu, Dol Said serta pasukannya dalam Perang Naning Kedua 1832. Diceritakan apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka bersama ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar.

Perang Naning

Dalam Perang Naning yang berlangsung selama 18 hari antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, Dol Said telah berjaya menewaskan pihak British selepas mendapat sokongan orang Melayu sebanyak 1,000 orang.

British tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke Pasir Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

Rujukan

* Laman web Perpustakaan Negara Malaysia
* Pejuang kemerdekaan: Dol Said

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Dol_Said"
Kategori: Tokoh penentang penjajah Malaysia | Ahli politik Malaysia

Untuk maklumat lanjut layari web http://www.ctl.utm.my/merdeka/calon/merdeka24/dol_said.html

Labels:

Cerita Tok Janggut


Tok Janggut

Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.

Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai tadbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.

Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.

Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.

Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.

Source : http://w3.spancity.com/yosri/DaftarT.htm

Labels:

Tok Janggut






Haji Hassan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Biografi ringkas

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

* cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
* cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
* kelapa sebanyak 3 sen setandan
* sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Rujukan

* Laman web Perpustakaan Negara Malaysia

Lihat juga

* Perang Tok Janggut

Pautan luar

* (Melayu) Tok Janggut
* Gambar-gambar mengenai Tok Janggut. Tidak sesuai bagai mereka berusia bawah 15 tahun.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas"
Kategori: Sejarah Malaysia | Tokoh penentang penjajah Malaysia | Ahli politik Malaysia

Labels:

1957: Hati Malaya - OST Siti Nurhaliza

Labels:

1957: Hati Malaya - Trailer

Labels:

Prebiu Filem - 1957: Hati Malaya





1957: Hati Malaya

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pengarah Shuhaimi Baba
Penerbit Shuhaimi Baba
Aida Buyong
Pengarang Shuhaimi Baba
Lakonan Maya Karin
Rusdi Ramli
Mohd Kamarulzaman Taib
Muzik Saron Paul
Sinematografi Mohd. Filus Ghazali
Edaran Pesona Pictures Sdn. Bhd.
Mula tayangan 25 Oktober 2007
Tempoh tayangan 135 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM3.5 juta

1957: Hati Malaya ialah sebuah filem buatan Malaysia terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd. yang bertemakan anak-anak muda menghayati sejarah negara dan erti kemerdekaan dan semangat nasionalisme. Filem yang mendapat kerjasama Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Digi ini telah membuat tayangan perdananya di Cathay Cineplex, Damansara, pada 4 September 2007 dan ditonton oleh 1,500 pengguna telekomunikasi Digi di enam pawagam, sebagai hadiah daripada DiGi Telecommunications Sdn. Bhd., sempena sambutan merdeka.

Promosi filem ini juga giat berjalan sejak sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50 dengan tayangan treler dan lagu tema di kaca televisyen. Lagu tema yang bertajuk "Hati" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dicipta oleh Sharon Paul, lirik yang ditulis sendiri oleh Shuhaimi Baba turut mendapat sambutan menggalakkan.

Sinopsis

Hali (Rusdi Ramli, Salmi (Maya Karin), Rafik (Adlin Aman Ramlie), Ani (Sharifah Amani) dan Ang Lee (Douglas Lim), mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari latar belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 - Hati Malaya. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai watak-watak dan peristiwa dengan penuh emosi dan membawa mereka pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar "pengorbanan" dan "Merdeka".

Filem ini bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman (lakonan Mohd Kamarulzaman Taib), pengasas Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan, dan Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nadzarine Nordin), pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

Plot

Suatu permulaan

Filem ini dimulakan dengan dipaparkan Raja-raja Melayu dipaksa menurunkan tandatangan untuk mempersetujui penggubalan Malayan Union sebelum masuk ke plot utama. Plot filem ini mengisahkan cerita dua era yang berbeza iaitu generasi kini pada masa moden yang mencari cerita tentang kemerdekaan dan generasi silam yang berusaha mencapai kemerdekaan.

Plot era kini meneritakan lima sahabat iaitu Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee berusaha keras untuk menerbitkan sebuah buku ilustrasi tentang kemerdekaan yang bertajuk "1957 - Hati Malaya". Hali berperanan sebagai editor menjadikan bekas rumah datuknya sebagai pejabat mereka. Dalam pada masa yang sama, Hali berusaha mengumpulkan wang sekurang-kurangnya RM 2 juta untuk mendapatkan semula rumah yang penuh kenangan itu. Salmi, yang juga kekasih Hali, merupakan jurugambar dan turut menguruskan bahagian grafik bagi penerbitan ini. Rafik pula menguruskan bahagian ilustrasi dan grafik keseluruhan buku, Ani menguruskan semua laporan dan berita manakala Ang Lee menjadi akauntan bagi kumpulan mereka. Mereka bertungkus-lumus ingin menjayakan penerbitan buku sulung mereka itu.

Sambil mereka cuba menyiapkan buku tersebut, imbasan bermula dengan tiga orang dari tahun 1940-an iaitu Normala, Muzafar dan Khalilah berpindah untuk membuka Warung Asam Laksa. Kemudian dipaparkan perbincangan Anwar Malek iaitu seorang ketua kerani Jabatan Kerja Raya, dan Dato' Onn yang ketika itu merupakan Pegawai Daerah Batu Pahat, tentang kerisauan mereka dengan penubuhan Malayan Union. Mereka kemudian mengusulkan satu persatuan untuk mengumpul orang-orang Melayu menentang gagasan tersebut dan Anwar menamakan "United Malays Organisation" (UMO).

Keutuhan UMNO

Diperlihatkan juga penubuhan UMNO di Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur dengan ucapan bersemangat dari Dato' Onn. Ketika itu, Normala telah menambat hati Rozhan dan Zahari. Mereka bersama-sama di kelab tersebut untuk menyaksikan detik bersejarah.

Setelah tertubuhnya persatuan tersebut, orang Melayu dilihat berkabung dan berkumpul pada hari perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union. Dato' Onn bersama Raja-raja Melayu turut berada di Hotel Station dan tidak berganjak sebagai tanda memulau gagasan itu.

Setelah dimansuhkan Malayan Union, UMNO kini ingin beralih perhatian kepada kemerdekaan negara tetapi pihak Inggeris ingin persepaduan antara kaum lain selain kaum Melayu. Kaum Cina ketika itu menghadapi masalah apabila kebanyakan mereka disyaki terlibat dengan komunis. Harapan mereka untuk terlepas dari belenggu tersebut ialah bersama dengan UMNO untuk meyakinkan Inggeris mancapai kemerdekaan.

Dato' Onn mendapat cubaan yang hebat apabila beliau dikatakan gila kuasa ketika memegang kedua-dua jawatan sebagai Menteri Besar Johor dan Presiden UMNO. Lantas, Dato' Onn meletakkan jawatannya. Kemudian, cadangan Dato' Onn untuk memberikan peluang kepada orang bukan Melayu menyertai UMNO mendapat tentangan ramai lalu beliau mengambil keputusan mengundurkan diri. Orang UMNO mula memujuk Tunku Abdul Rahman, kerabat Sultan Kedah yang berkelulusan undang-undang di England, untuk mengambil alih pucuk kepimpinan UMNO dan hal ini mendapat sokongan kebanyakan ahli UMNO. Ketika itu, orang Melayu seolah-olah berpecah kepada Dato' Onn memulakan Independence Malayan Party (IMP) dan Tunku yang meneruskan agenda UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan. Hal tersebut turut mempengaruhi Normala yang menyokong UMNO di bawah Tunku manakala Zahari, kekasih hatinya berpihak kepada Dato' Onn.

Pada 1954, Tunku dan beberapa orang yang lain mengadakan perjumpaan umum untuk meminta pandangan ramai tentang rombongan ke England dan usul tersebut dipersetujui ramai. Walau bagaimanapun, Tunku menjelaskan yang mereka tidak mempunyai duit kerana habis digunakan untuk berkempen. Normala yang ada ketika itu, menyatakan yang dia akan membantu dengan apa yang ada. Dia menanggalkan barang kemas dan diikuti oleh ramai orang yang berduyun-duyun mendermakan duit dan barang kemas. Hal ini menitiskan air mata Tunku yang terharu dengan semangat rakyat Tanah Melayu.

Menjelang kemerdekaan

Rombongan Tunku ke London tidak berjaya. Pada masa yang sama, Zahari dan Rozhan bertekak tentang pendirian mereka di Warung Kak Lah. Mereka kemudian bertelagah hingga berlawan hingga menyebabkan kekecohan di situ.

Walau bagaimanapun, percubaan pertama tidak mematahkan semangat mereka. Cubaan demi cubaan berlangsung hingga bermulanya Pilihan Raya 1955 yang dikuasai oleh Parti Perikatan yang disertai bersama UMNO, MCA dan MIC sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi. Tunku dilantik menjadi Ketua Menteri dan berpindah ke sebuah rumah yang disediakan kerajaan. Rumah yang usang hinggakan bocor atapnya apabila hujan membuatkan Tunku semakin geram dan beriya-iya untuk mendapatkan kemerdekaan.

Ditunjukkan kemudian perjumpaan antara Sardon Jubir, Ahmad Badawi dan Sheikh Abdullah Fahim untuk meminta pandangan Syeikh tentang tarikh yang sesuai untuk dijadikan tarikh kemerdekaan. Syeikh menyatakan kesesuaian tarikh 31 Ogos 1957. Tunku sekali lagi ke England pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan dan kali ini, Tunku mendarat pulang di Melaka dengan khabar gembira bahawa Tanah Melayu akan mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya dalam Komanwel pada 31 Ogos 1957. Normala, Zahari, Rozhan, Muzafar, Khalilah dan ramai lagi turut berada di sana untuk menyaksikan sendiri detik tersebut.

Kemudian ditunjukkan Hali dan Rafik keluar dari pejabat penerbitan dengan buku mereka baru diterbitkan. Mereka membawa pulang dan menunjukkan kepada Salmi, Ani dan Ang Lee. Hali kemudian bersedia melepaskan rumah datuknya itu memandangkan dia sudah memiliki rakan yang sangat memahami. Keesokannya, mereka menuju ke Dataran Merdeka untuk mengimbas kenangan malam kemerdekaan yang pertama iaitu ketika Tunku tiba di sana untuk menyaksikan turunnya Union Jack diiringi gemaan terakhir lagu "God Save the Queen" dan berkibarnya buat kali pertama bendera Tanah Melayu dan berkumandangnya lagu Negaraku. Turut dipaparkan Dato' Onn dan Datin Halimah mendengar peristiwa tersebut dari radio sambil menitiskan air mata kegembiraan.

Pelakon

Pelakon utama

* Maya Karin: Salmi / Normala
* Rusdi Ramli: Hali / Azahari
* Mohd Kamarulzaman Taib: Tunku Abdul Rahman

Pelakon sampingan

* Zaefrul Nadzarine Nordin: Datuk Onn Jaafar
* Noor Azhar Murad: Tun Abdul Razak
* Nanu Baharudin: Datin Sharifah Rodziah
* Megat Sharizal Bin Mohamed Yusoff: Tun Dr Ismail
* Sharifah Amani: Ani / Aishah
* Bront Palarae: Muzafar
* Adlin Aman Ramlie: Rafik / Rozhan
* Ida Nerina: Datin Halimah
* Liza Othman: Ibu Zain
* Douglas Lim: Ang Lee / Ahli MCA
* Kee Thuan Chye: Tun Tan Cheng Lock
* Chew Kin Wah: Tun H.S. Lee
* Chacko Vadaketh: Datuk E.E.C. Thuraisingam
* Man Bai: Hussein Onn
* Iqram Dinzly: Ahmad Badawi
* Datuk Rahim Razali: Sheikh Abdullah Fahim
* Nasrizal Ngasri: Sardon Jubir
* Azhar Sulaiman: Anwar Malek

Ketepatan sejarah

Filem ini mengambil berat ketepatan sejarah dalam filem ini. Walaupun tidak sepenuhnya mengikut sejarah (seperti juga filem sejarah lain) tetapi kebanyakan babak adalah dilakonkan berdasarkan sumber sejarah. Para pelakon diberikan petunjuk atau cara untuk melakonkan watak bersejarah seperti Zaefrul yang dipertontonkan klip video ucapan Datuk Onn.

Walau bagaimanapun, terdapat orang yang mempersoalkan beberapa ketepatannya seperti kehadiran Tun Tan Cheng Lock pada malam kemerdekaan dan sama ada Tunku dan Tun Sambanthan menyanyikan lagu Negaraku pada malam tersebut. Pihak penerbitan memaklum balas yang mereka seboleh-bolehnya menjaga kredibiliti sejarah dalam filem tersebut.

Maklum balas

Belumpun tayangan seluruh negara bermula, pihak media telah memuji kredibiliti warga kerja filem dan Shuhaimi Baba sendiri dengan kemunculan filem kemerdekaan pertama ini. Pengarah wanita yang tiga kali dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dalam sejarah Festival Filem Malaysia itu diakui berjaya menaikkan kembali nostalgia kemerdekaan Tanah Melayu.

Akhbar Utusan Malaysia menyatakan dengan berkesan bahawa filem ini adalah filem terbaik dari Shuhaimi Baba selepas filem Layar Lara dan "selepas menonton filem ini, pasti ramai yang ingin membuka semula buku sejarah dan mencari maklumat untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi siapakah watak-watak itu yang sebenarnya dalam sejarah kemerdekaan negara kita." [1] Berita Harian juga turut memuji kesinambungan sejarah dan "pelakon filem ini yang berjaya membawa watak dengan tahap lakonan berkesan yang memenuhi kehendak perwatakan".

Anugerah

* Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 - Penataan Bunyi Terbaik
* Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 - Anugerah Khas Juri

Rujukan

1. ↑ Ulasan 1957: Hati Malaya dalam Utusan Malaysia Online
2. ↑ Ulasan 1957: Hati Malaya dalam Berita Harian Online

Pautan luar

* 1957: Hati Malaya di Sinema Malaysia
* Siti Nurhaliza - "Hati" (OST 1957 Hati Malaya) di Youtube

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/1957:_Hati_Malaya"
Kategori: Filem Malaysia tahun 2007

Labels:

Tuesday, August 26, 2008

Pokok Ubi Kayu




Pokok Ubi Kayu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliphyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Euphorbiaceae
Genus: Manihot
Spesies: M. esculenta

Pokok ubi kayu (bahasa Inggeris: Casava) merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Nama botaninya Manihot esculenta.

Pokok ubi kayu mudah ditanam dan ia boleh dibiakkan dengan hanya menggunakan keratan batang yang di cucuk kedalam tanah.

Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masaalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Bahagian ubi pada pokok ubi kayu boleh dimakan bagaimanapun kulit pada ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik + potassium cyanide@sodium cyanide (hydrocyanic).

Ubi kayu boleh direbus atau di bakar, dan dimakan begitu sahaja atau bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ia juga seringkali digunakan bagi membuat kuih seperti kuih puli ubi kayu.


Maklumat lanjut sila lihat web utama http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ubi_Kayu

Labels:

Segalanya Tentang Pokok Padi














Padi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Poales
Famili: Poaceae
Genus: Oryza

Subspesies

Oryza glaberrima
Oryza sativa

Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur.

Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.

Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.

Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sabagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu.

Lihat Juga:

* Semangat Padi
* Padiberas Nasional Berhad

Pautan luar

* Semua mengenai padi.
* http://agrolink.moa.my
* http://members.tripod.com/azizy98
* Penyakit padi.
* Bernas

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Padi"
Kategori: Bijirin | Rumput

Labels:

Segalanya Tentang Pokok Getah













Pokok Getah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rencana ini mengenai sumber komersil utama untuk lateks. Untuk pokok hiasan yang biasa, sila lihat Ficus elastica.


Pokok Getah

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighales
Famili: Euphorbiaceae
Genus: Hevea
Spesies: H. brasiliensis

Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.

Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 30 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.

Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.

Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.

Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British. Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.

Ciri-ciri fizikal

Ciri-ciri fizikal Pokok Getah adalah seperti berikut:

* Kulit kayu: Licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks keruh yang menjadi keras ketika didedahkan kepada udara.
* Daun: Licin, berwarna hijau kebiru-biruan, dan dibahagikan kepada tiga daun kecil sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan kemudian merah terang sebelum luruh.
* Bunga: Kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam bentuk tangkai.
* Buah: Keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah akan meletup menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang berat.
* Biji: Warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak, menjadi licin, dengan tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.

Sinonim

Genus Hevea juga dikenali sebagai:

* Caoutchoua J.F.Gmel.
* Micrandra Benn. & R.Br.
* Siphonanthus Schreb. ex Baill.
* Siphonia D.Richard ex Schreb.

Rujukan

* Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.

Untuk maklumat lanjut sila layari web utama http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Getah

Labels: