CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Monday, March 30, 2009

Gambar-Gambar Pertandingan Kawad Kecekapan KBP- 2009

























































29 Mac 2009, Ahad - seramai 120 orang ahli Kadet Bomba & Penyelamat (KBP) dari Balai Pudu & Balai Wangsa Maju telah mengambil bahagian dalam Kawad Kecekapan ini. Kami tiba seawal 7.45 pagi bertempat di SMART untuk mengambil bahagian dengan penuh semangat. Balai Bomba Pudu yang diketuai oleh Pegawai Encik Harashid dan diwakili 4 buah sekolah iaitu SMK Taman Maluri, SMK St. Gabriel, SMK Yaacob Latiff dan SMK Cochrane.

Sebelum acara bermula, ahli-ahli KBP diberi taklimat tentang acara-acara yang akan dilangsungkan. Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu Operasi Kawad Kering Lelaki, Perempuan & Campuran serta Operasi Kawad Basah Lelaki & Perempuan.

Balai Bomba Pudu hanya mampu menguasai acara Operasi Kawad Kering sahaja manakala Operasi Kawad Basah dikuasai oleh Balai Bomba Wangsa Maju. Namun begitu, dapat dilihat bahawa ahli-ahli KBP di kedua-dua balai mempunyai hubungan yang amat erat antara mereka. Hal ini dapat dilihat daripada kerjasama, gurauan dan semangat juang yang ditunjukkan mereka.

Pihak KBP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-pegawai Balai Pudu di atas sikap positif, komitmen yang tinggi dan kerjasama mereka kepada ahli-ahli KBP sekolah-sekolah Balai Pudu. Kalah menang sudah adat bertanding dan yang penting ialah KBP ada wakil untuk ke peringkat kebangsaan nanti. Syabas KBP!

Labels:

Friday, March 27, 2009

Nota Lengkap Sejarah - Tingkatan 4

Di bawah ini disediakan nota lengkap Sejarah Tingkatan 4 untuk rujukan semua. Nota ini perlu didownload dan dalam bentuk pdf. Selamat belajar dan semoga berjaya ...InsyaAllah!

...sedang dikemaskinikan....

Labels:

Nota Lengkap Sejarah - Tingkatan 3

Kepada semua yang berminat untuk mendapatkan nota2 di bawah, sila download terlebih dahulu ya. Semua nota adalah dalam bentuk pdf. Semoga anda memanfaatkan nota2 ini sebaik mungkin kerana ia hasil usaha cikgu sendiri. Good Luck ... Semoga berjaya!

...sedang dikemaskinikan...

Labels:

Thursday, March 26, 2009

Teks Digital Sejarah

Teks Digital Tingkatan 4

Teks Digital Tingkatan 5

Labels:

Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah

Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM

Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah - Tingkatan 1 & 2

Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah - Tingkatan 3


Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah - Tingkatan 4

Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah - Tingkatan 5

Labels:

Kertas Kerja Berkaitan Panitia Sejarah

Kertas Kerja Peer Teaching 2009

Kertas Kerja Bengkel Peer Teaching 2008

Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-51 (2008)

Labels:

Bahan-Bahan ICT Dalam P&P

4 Mod Pembelajaran ICT

Ciri Pelajar - Gaya Pembelajaran VAK

Ciri Pelajar - Kecerdasan Pelbagai

Ciri Pelajar - Kompetensi Kecerdasan Emosi EIC

Pendekatan Pembelajaran

Strategi Pengajaran & Pembelajaran

Kemahiran Generik

RPH Sejarah Tingkatan 4 - ICT Dalam P&P

Contoh Micro Teaching

Labels:

Perjumpaan & Latihan Peer Teaching Sejarah - Kali 1 (2009)
























Latihan peer-teaching kali 1 telah diadakan pada 26 Mac 2009 pada jam 1.10 hingga 2.30 petang bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Sesi pertama ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang tutors bersama 75 orang tutees masing-masing serta dibimbing oleh Pn Jaya, Encik Sohaidie dan Cik Santha.

Fokus latihan kali ini ialah menguasai kemahiran Bab 1 Tingkatan 4 - Tamadun Awal Manusia mencakupi 50 soalan objektif dan 4 soalan struktur. Dalam sesi ini tutors dan tutees berbincang secara bersama bagi menjawab soalan serta mengenal pasti sebab jawapan mereka salah.

Refleksi: Sepanjang sesi latihan ini tutors dan tutees saling mengenal serta mengetahui tahap kelemahan serta kekuatan masing-masing. Kekangan utama ialah ramai tutees yang tidak mempunyai buku teks Tingkatan 4 dan ini sedikit membantutkan latihan yang diberikan kepada mereka. Ada juga tutees yang merasa terpaksa dan kurang minat dalam sesi ini kerana sikap mereka yang tidak berminat dengan mata pelajaran. Di akhir sesi telah diedarkan kepada semua yang terlibat satu senarai semak dan pandangan mereka tentang program ini (akan dilaporkan kemudian). Terima kasih semua coz sudi hadir .... terutama tutors dan tutees Tingkatan 5A, 5B, 5C dan 5D.

Labels:

Nota Sejarah Tingkatan 5 - Peta Minda

Bab 1 - Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Bab 2- Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Bab 3 - Kesedaran Pembinaan Negara & Bangsa


Bab 4 - Pembinaan Negara & Bangsa Malaysia


Bab 5 - Pembinaan Negara & Bangsa Yang Merdeka

Bab 6 - Pengukuhan Negara & Bangsa Malaysia

Bab 7 - Sistem Pemerintahan & Pentadbiran Negara Malaysia


Bab 8 - Pembangunan & Perpaduan Untuk Kesejahteraan


Bab 9 - Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Labels:

Wednesday, March 25, 2009

ICT Dalam Proses P&P

ICT Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran

Labels:

Koleksi Gambar - Dulu & Kini

Tahun 2012
Tahun 2014
Tahun 2012
Tahun 2012
Tahun 2012

Labels:

Aktiviti Latihan Kawad Basah & Kering



Gambar-gambar ini menunjukkan ahli-ahli Kadet Bomba & Penyelamat SMK Taman Maluri yang berlatih penuh semangat semasa sesi latihan Operasi Kawad Basah & Kering pada 24 Mac 2009 bermula jam 2.30 petang. Aktiviti latihan ini dikelolakan oleh Pegawai Bomba Balai Bomba Pudu. Beberapa buah sekolah lain turut menyertai latihan ini bersama iaitu SMK St Gabriel, SMK Yaacob Latiff & SMK Cochrane.

Peristiwa menarik berlaku apabila sedang syok membuat latihan tetiba pegawai bomba mendapat panggilan kecemasan kebakaran di PGRM, Jalan Cerapu .... bergegas mereka bersedia .... tugas punya pasal .. tercengang gak kita orang! Syabas bomba..!

Sesi latihan ini berakhir pada jam 6.00 petang ... dan esok akan bermula lagi latihan yang sama di sekolah lain pulak ... begitulah komitmennya pegawai-pegawai bomba Balai Bomba Pudu ... terima kasih!














Labels: