CIKGUADIES WEBLOG....!

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada saya di haidie67@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Tersendiri © 2009 http://cikguadies.blogspot.com




MARI BELAJAR SEJARAH ...

Mari Kita Belajar Sejarah,
Demi Jadi Rakyat Sejati,
Agar Hidup Lebih Terarah,
Jangan Kita Menyesal Nanti.

PENCERAMAH SEJARAH SPM PMR TUISYEN ATAU KELAS DI RUMAH

2013 Sejarah WAJIB LULUS! Anda perlukan lebih kefahaman & kemahiran subjek Sejarah? Perlu khidmat kepakaran Guru Cemerlang Sejarah yang berpengalaman? Dengan harga khidmat yang berpatutan, sila hubungi saya SEGERA sebelum anda ketinggalan! Emel saya sebelum jadual saya penuh pada tahun ini di haidie67@gmail.com ...


Anda Tanya CikguAdies Jawab!

;

Friday, March 19, 2010

Cara Penulisan Esei Elemen 3 - PMR 2010

Soalan:
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme:
1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
2. Bersemangat setia negara
3. Bersemangat kekitaan
4. Berdisiplin
5. Berusaha dan produktif

Berdasarkan soalan untuk Elemen 3 tersebut, murid2 perlu menulis esei panjangnya lebih 100 patah perkataan dan cara menulisnya adalah sama dengan cara menulis karangan Bahasa Melayu iaitu perlu mempunyai pendahuluan, isi2 dan kesimpulan.

Nah, di bawah ini adalah contoh yang dapat cikgu berikan. Ada lagi isi yang belum cikgu masukkan ... anda cubalah ya .. jangan sekali-kali copy terus ... cuba belajar menulis sendiri ok!

........................................................................................................
Contoh Esei Elemen 3:

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India dan pelbagai lagi jenis perayaan tradisi kaum minoriti di negara kita. Ketika perayaan-perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan pelbagai jenis hidangan makanan. Semua rakyat negara ini pasti menantikan setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum seterusnya memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di negara ini.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara dan yang jelas, kita sudah pastinya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sikap bertoleransi dan faham-memahami antara semua kaum ini sudah pasti tidak akan menimbulkan sebarang salah faham antara mereka. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain dan mampu mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum pada kacamata masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah seterusnya mengukuhkan semangat setia negara.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Justify Full....................................................................................................

8 comments:

SAKDIAH MOHD KASSIM said...

contoh esei ney mmbantu sgt...

Anonymous said...

tq ckgu bab share this info..nice article..

Anonymous said...

thanx cikgu..
wlaupun xknal cikgu, tp esei nie cgt2 mmbntu..

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.
terima kasih atas panduan yg cikgu bagi. semoga cikgu sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

p/s : sy tk kenal cikgu pun. huhu.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,
saya nak tnye boleh??
esei kat atas ni tajuk yang mana satu ye??
1.berbangga sebagai rakyat malaysia
2.Bersemangat setia negara
3.Bersemangat kekitaan
4.berdisiplin
5.berusaha dan produktif
saya tak seberapa faham lah...
saya harap cikgu balas secepat yang mungkin..

terima kasih. =D

woaixian said...

selamat sejahtera cikgu.
terima kasih kerana sudi share-kan esei yang membantu saya banyak ini.
tetapi mana huraian untuk nilai BERDISIPLIN? :/

said...

selamat sejahtera.
cikgu,boleh ajarkan saya soalan yang bertajuk "bagaimankah sambutan hari kemerdekaan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia ?"

said...

selamat sejahtera. cikgu,boleh ajarkan saya soalan yang bertajuk "bagaimankah sambutan hari kemerdekaan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia ?"