CIKGUADIES WEBLOG....!

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada saya di haidie67@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Tersendiri © 2009 http://cikguadies.blogspot.com




MARI BELAJAR SEJARAH ...

Mari Kita Belajar Sejarah,
Demi Jadi Rakyat Sejati,
Agar Hidup Lebih Terarah,
Jangan Kita Menyesal Nanti.

PENCERAMAH SEJARAH SPM TUISYEN ATAU KELAS DI RUMAH

2013 Sejarah WAJIB LULUS! Anda perlukan lebih kefahaman & kemahiran subjek Sejarah? Perlu khidmat kepakaran Guru Cemerlang Sejarah yang berpengalaman? Dengan harga khidmat yang berpatutan, sila hubungi saya SEGERA sebelum anda ketinggalan! Emel saya sebelum jadual saya penuh pada tahun ini di haidie67@gmail.com ...


Anda Tanya CikguAdies Jawab!

Friday, September 30, 2011

TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH PMR 2012 - Tingkatan 3


berikut pula adalah tajuk2 penting sejarah tingkatan 3 ... hanya sekadar ramalan berdasarkan analisis yangtelah ckgu buat ... antaranya;

1. PTB - peranan
2. Suruhanjaya Cobbold - reaksi penduduk / JPPM - tokoh / peranan
3. Dasar Jepun - tujuan / apa dasar
4. Dasar ekonomi - British / Jepun
5. Perubahan dasar British
6. Malayan Union / PTM - syarat kerakyatan
7. Pertubuhan yg diharamkan British
8. Darurat / PKM - Rancangan Briggs / Perang Saraf / Pertemuan Baling
9. CLC - peranan / tokoh
10.Pertubuhan politik di TM - Konferensi / Konvensi - tujuan
11.Sistem pendidikan - perkembangan / persamaan
12.Rundingan London - syarat British
13.Suruhanjaya Reid - peranan
14.Sarawak - Gerakan antipenyerahan
15.Sabah - perikatan Sabah
16.Konfrontasi - usaha2 penyelesaian
17.Pengasingan Singapura - sebab / kesan
18. Iktibar / pengajaran / nilai /KBKK

Selamat belajar!
Nak Baca Lagi...

TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH PMR 2012 - Tingkatan 2


Berikut pula tajuk2 penting sejarah tingkatan 2 ... sekadar ramalan berdasarkan analisis cikgu ya .. jgn caya bulat2 .. antaranya;

1. Kedah - ancaman Siam / SHTI
2. Negeri2 Selat
3. Perubahan Dasar British
4. Perak - Perang Larut
5. Selangor - isu Tanjung Rachado
6. Sungai Ujong - perbalahan pembesar
7. Durbar - kepentingan / isu dibincangkan
8. Negeri2 Melayu Utara - perjanjian sulit / Perjanjian Bangkok
9. Johor - sumbangan pemimpin / tokoh / pembesar / peranan / perjanjian2 yg melibatkan Johor
10. Sabah
11. Sarawak
12. Iktibar / Pengajaran / Nilai / KBKK

Selamat membaca!
Nak Baca Lagi...

TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH PMR 2012 - Tingkatan 1


Hai sumer .. exam dah dekat ni .. dah ready ker? berikut ckgu senaraikan tajuk2 penting Tingkatan 1 berdasarkan analisis yang ckgu buat ... antaranya;

1. Sumber Sejarah
2. Tafsiran Sejarah
3. Zaman Prasejarah
4. Kerajaan Awal - Lembah Bujang / Perdagangan
5. Melaka - Perkembangan / Hubungan Rakyat & Pemimpin / Kawasan Pegangan & Pemakanan
6. Johor - Pusat Pentadbiran
7. Adat Perpatih
8. Masyarakat Melayu Tradisional - Mata Wang
9. Sarawak - Kegiatan Ekonomi
10. Sabah - Adat Resam Suku Kaum
11. Iktibar / Pengajaran / Nilai / KBKK
Nak Baca Lagi...

Monday, April 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa The Truth Behind The Myth (2011) - Part 2


Nak Baca Lagi...

Monday, March 14, 2011

ASOKA



Pemerintahan 273-232 SM. Pertabalan 270 SM. Nama penuh Ashoka Bindusara Maurya.
Gelaran Samrat. Gelaran lain termasuk Devanampriya Priyadarsi, Dhammarakhit, Dharmarajika, Dhammarajika, Dhammaradnya, Chakravartin, Samrat, Radnyashreshtha, Magadhrajshretha, Magadharajan, Bhupatin, Mauryaraja, Aryashok, Dharmashok, Dhammashok, Asokvadhhan , Ashokavardhan, Prajapita,Dhammanayak dan Dharmanayak.
Lahir pada 304 SM di Pataliputra, Patna. Mangkat pada 232 BC (usia 72) di Pataliputra, Patna. Dikebumikan dengan abu direndam ke dalam Sungai Ganges, mungkin di Varanasi.

Isteri bernama Rani Tishyaraksha, Rani Padmavati dan Rani Kaurwaki. Anakanda bernama Mahendra, Sanghamitra,Teevala dan Kunala. Kerabat diraja Dinasti Maurya. Ayahanda bernama Bindusara dan bonda bernama Rani Dharma atau Shubhadrangi.


Asoka (Devanāgarī: अशोक, IAST: Aśoka, IPA: [aˈɕoːkə], 304–232 SM), lebih dikenali sebagai Asoka Agung, ialah maharaja dari Dinasti Maurya di India yang memerintah hampir seluruh subbenua India dari 269 SM hingga 232 SM. Salah satu maharaja India yang teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan. Empayarnya terbentang dari Pakistan kini dan Afghanistan di barat sehingga Assam di timur, dan Kerala utara serta Andhra di selatan. Asoka juga menewaskan kerajaan Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana satu maharaja dinastinya, mulai dari zaman Chandragupta Maurya. Pemerintahannya berpusat di Magadha (Bihar kini, India).

Seorang penganut tradisi Veda, agama yang dianuti secara meluas sewaktu itu, Asoka kemudian memeluk agama Buddha selepas menyaksikan kematian besar-besaran dalam perang Kalinga, suatu perang yang dimulakannya sendiri atas keinginan untuk mencapai penaklukan. Baginda seterusnya mengabdikan hidupnya dalam penyebaran agama Buddha ke seluruh Asia dan membina tugu peringatan untuk menandakan sebilangan tapak yang penting dalam kehidupan Gautama Buddha. Asoka mengamalkan ahimsa (ketakganasan), kasih sayang, kebenaran, toleransi, dan vegetarianisme, dan dikenangi dalam sejarah sebagai seorang pentadbir kedermawanan. Dalam sejarah India, baginda digelar sebagai Samraat Chakravartin Asoka, iaitu Maharaja antara Maharaja Asoka.

Nama baginda, "aśoka" bererti "tanpa kesedihan" dalam bahasa Sanskrit (a = tiada/tanpa, soka = kesedihan atau kerisauan). Dalam ediknya, Asoka digelar sebagai Devānāmpriya (Devanāgarī: देवानांप्रिय)/Devānaṃpiya atau "Yang Disayangi oleh Dewa-dewa", dan Priyadarśin (Devanāgarī: प्रियदर्शी)/Piyadassī atau "Dia yang menyayangi setiap orang". Satu lagi gelarannya ialah Dhamma (prakrit: धम्मः), "Sah, Warak, Salih".

H. G. Wells, penulis dan pengkritik sosial British yang terkenal, dalam The Outline of History (1920), karya dua jilidnya yang terlaris, menulis tentang maharaja Asoka:

Dalam sejarah dunia, terdapat ribuan raja dan maharaja yang menggelar diri mereka sebagai 'Duli Yang Teramat Mulia,' 'Duli Yang Maha Mulia,' dan seterusnya. Mereka terserlah sebentar, lalu hilang dengan secepatnya. Tetapi Asoka terserlah dan terserlah dengan jelas seperti bintang terang sehingga hari ini.

Selain daripada Edik Asoka, legenda Asoka juga diceritakan dalam Aśokāvadāna ("Naratif Asoka") dan Divyāvadāna ("Naratif Ketuhanan") akhir abad ke-2, serta teks Sri Lanka Mahavamsa ("Babad Agung").

Selepas dua ribu tahun, pengaruh Asia masih dapat dlihat di Asia, terutamanya di subbenua India. Sebuah lambang yang digali dari empayarnya kini merupakan Lambang India kebangsaan. Dalam Sejarah agama Buddha, Asoka dianggap sebagai tokoh kedua terpenting selepas Gautama Buddha.


Sumber rujukan asal:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Asoka




Nak Baca Lagi...

RAJA BERSIONG



Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini adalah sebahagian dari Kerajaan Siam. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa.



Raja zalim

Baginda ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima Raja Bersiong.

Tumbuh siong

Baginda amat gemar memakan masakan gulai bayam. Pada suatu hari Baginda telah pergi berburu. Tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak gulai bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk gulai bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini dari pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain. Apabila pulang dari pemburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan gulai bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan gulai bayam kali ini. Masakannya terasa amat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dimasukkan kedalam masakan gulai bayam untuk santapan Raja Bersiong.

Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah manusia setiap hari. Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil darahnya. Sesudah penjara Baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para pengawal untuk mencolek kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk negeri berasa sangat marah akan baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa. Pada suatu malam, dua batang taring atau siong telah tumbuh didalam mulut Raja Bersiong kerana kegemaran Baginda menyantap darah. Raja Bersiong berasa sangat bangga. Baginda mahu musuh-musuh takut kepada Baginda dan rakyat jelata berasa hormat kepada Baginda. Sementara itu, Baginda terus menangkap kanak-kanak dan rakyat yang tidak bersalah untuk dibunuh dan diambil darah mereka.

Pemberontakan

Sekumpulan nelayan telah memberontak dan menyerang istana Raja Bersiong, tetapi mereka telah dikalahkan oleh tentera Raja Bersiong. Salah seorang nelayan yang terkorban ini adalah adik kepada salah seorang menteri Raja Bersiong. Menteri ini terkenal dikalangan orang istana dan rakyat. Menteri ini berasa amat dukacita akan kematian adiknya. Beliau kemudiannya telah menunggu Raja Bersiong pergi ke hutan untuk berburu bersama seratus orang pengawalnya. Menteri ini telah mengumpulkan bala tentera yang berjumlah beribu-ribu orang untuk memberontak dan mengusir keluar Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong pulang dari berburu, beliau terkejut melihat ramai tentera yang telah mengepungnya diketuai oleh Menteri. Baginda mengarahkan pengawal-pengawal untuk bertarung dengan tentera pemberontak yang diketuai oleh Menteri, tetapi pengawal-pengawal telah belot dan menyertai tentera menteri. Baginda menjadi takut kerana tinggal berseorangan lalu telah melarikan diri kedalam hutan. Baginda telah mangkat didalam hutan tersebut.

Tempat Yang di Kaitkan Dengan Raja Bersiong

Di Riwayatkan saorang tua di kaki Bukit Choras. Ia menyatakan bahawa Bukit Choras,Guar di Kedah mempunyai anak sungai yang di singahi saudagar dari Negeri Cina.Raja bersiong pernah bersemayam di Bukit Choras. Tikam Batu,Sungai Petani Kedah di ceritakan mempunyai sabuah istana Raja Bersiong di atas Bukit di mana terdapat air terjun. Air terjun ini menembus satu lobang batu sedalam sebatang buluh. Atas sebab ini nama kg Tikam Batu mendapat nama nya. Konon nya Raja Bersiong menyembah berhala hindu di buat dari emas. Berhala ini di bawa ke India di Pemerintahan Zaman British.Kisah ini diriwayatkan oleh saorang tua dari Tikam Batu kepada saya Abdul Halim bin Abdul Ghani Saujana Agriculture and Soil Consultancy di alamat Pasar Mini Saujana Tikam Batu.

Layar perak

Cerita ini telah diadaptasikan ke layar perak sebanyak dua kali, pada 1963 dan 1968.

Sumber rujukan asal: http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Bersiong



Nak Baca Lagi...

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.


Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Tiada siapa yang tahu bila Hikayat Merong Mahawangsa pertama kali dikarang. Pembayang utamanya mungkin terletak dalam mukadimahnya yang berbunyi: "Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, …" Sultan Muazzam Shah sebenarnya memerintah dari tahun 1179–1201. R.O. Winstedt mula-mulanya mengusulkan tahun 1612 sebagai tahun asalnya, namun beberapa sejarawan Kedah meragui anggapan ini kerana sastera Melayu belum berkembang ketika itu. Nampaknya ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat ini ditulis pada abad ke-19, apatah lagi sekitar tahun 1821, berasaskan peristiwa pembakaran salinan buku Hikayat ini atas perintah kerajaan Siam pada tahun itu. Ketika itu, negeri Kedah menjadi negeri ufti Siam, oleh itu kerajaan Siam membenci mana-mana tindakan yang kelihatan mencabar kewibawaannya baik dalam negara sendiri mahupun negeri-negeri uftinya.

Catatan pusaka Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai panduan. Antaranya:

1. Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 21 yang merupakan koleksi pertama milik W. Maxwell. Naskhah ini ditulis sepanjang 149 halaman tanpa nombor di setiap halamannya, dan telah diserahkan ke Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Di dalamnya terdapat tanda tangan Maxwell dan catatan Singapore, 1884 M.

2. Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 16 oleh W. Maxwell. Naskhah ini tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Naskhah ini disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti pada 2 September 1889 M di Pulau Pinang dengan panjang 207 halaman.

3. Sjadjarah Negeri Kedah atau Hikayat Merong Mahawangsa, yang dikenali sebagai versi von de Wall, No. 201. Naskhah salinan ini ditemukan oleh von de Wal ketika ia di Riau.

4. Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Negeri Kedah. Naskhah ini ditulis di Kampung Sungai Kallang, Singapura. Di dalamnya tercatat tahun 1876 M. Salinan manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Bodleian, Universiti Oxford, England.

5. Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson, dicetak batu dalam tulisan Jawi berukuran fulskap oleh Kim Sik Hian Press, No. 78, Penang Street. Versi ini disalin pada 16 November 1898 oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin di Pulau Pinang.
6. Hikayat Merong Mahawangsa versi Sturrock yang diterbitkan dalam Journal of The Royal Asiatic Society, Straits Branch (JRASSB) No. 72, Mei 1916 M di halaman 37-123, yang dicetak menggunakan tulisan Rumi (tulisan romawi).

7. Hikayat Merong Mahawangsa versi Logan yang merupakan koleksi J.R Logan, kini tersimpan di Perpustakaan Nasional Singapura dengan nombor arkib qMR 8999, 2302 HR.

Hikayat Merong Mahawangsa turut dirakam dalam bentuk ulasan historiografi oleh Siti Hawa Haji Salleh, terbitan Universiti Malaya pada tahun 1991.[2] Buku ulasan ini memetik ceritanya dari tiga manuskrip, iaitu Maxwell 16, Maxwell 21, dan Von de Wall 201.

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Di antara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:

* Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.

* Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.

* Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.

* Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.

* Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.

* Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.

* Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.

* Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Adaptasi


Hikayat Merong Mahawangsa telah diadaptasi menjadi lakonan pentas yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Persembahan yang berjudul Hikayat Merong Mahawangsa: A Swashbuckling Epic Adventure yang berbahasa Inggeris ini dipersembahkan oleh Ribbit Edutainment dan disasarkan untuk tontonan seisi keluarga. Pementasan pertamanya berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2009.

Selain itu, Hikayat ini juga diadaptasi menjadi filem cetera epik terbitan KRU Studios yang keluar pada 10 Mac 2010 untuk tontonan pasaran antarabangsa. Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, dan dilaporkan berdialog 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Melayu klasik.

Sumber rujukan asal:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa



Nak Baca Lagi...

The hanging gardens of Babylon


Nak Baca Lagi...

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Sebuah filem epik versi Malaysia yang patut dibanggakan oleh seluruh warganegara Malaysia ...selaku orang yang cintakan sejarah bangsa, cikgu bangga dengan filem ini!

Nak Baca Lagi...