CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Thursday, December 13, 2012

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN ORGANISASI INSTITUSI PENDIDIKAN SIPARTNER-SISC PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Tanggal 3-5 Disember 2012 - saya telah menghadiri Persidangan Pembangunan Organisasi Institusi Pendidikan (School Improvement programme - SIPartner/SISC) Peringkat Kebangsaan bertempat di Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya, Selangor. Sepanjang berseminar ini saya teruja dengan pelbagai pengalaman yang dialami oleh kawan-kawan seperjuangan ketika menjayakan program SISC di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kepayahan mereka dalam melaksanakan tugas memberi kesedaran kepada saya betapa beruntungnya bertugas di Kuala Lumpur.
Refleksinya, pelbagai idea yang dibincangkan amat memotivasikan diri saya untuk menjadi GC terbaik dalam kalangan anak didik saya terutama sekali dalam mata pelajaran kepakaran saya iaitu SEJARAH. Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya menghadiri seminar ini!
Wakil SISC Kuala Lumpur ...

Labels:

Thursday, November 8, 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN AKADEMIK

07 Nov 2012 (Rabu) - Saya telah menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan Akademik bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur mulai jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini dikendalikan oleh pihak PPWPKL yang dihadiri oleh Guru Cemerlang dan Guru Akademik Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Bengkel ini bermatlamat untuk memberi pendedahan secara jelas berkaitan dengan 'Pemimpin Cemerlang' (Pn Shamshiah Ahmad), 'Program i-THINK' (Pn Besrah Bakar) dan 'Transformasi Dalam Pendidikan' (Pn Faridah Abd Ghani). Refleksinya, bengkel ini amat bermanfaat kepada saya dan mampu memberi input serta idea kreatif ke arah melestarikan diri saya sebagai GC SEJARAH yang terbaik kepada anak didik saya ... amin!

Labels:

Wednesday, November 7, 2012

PENDIDIKAN BESTARI UNTUK GURU CEMERLANG

Salam semua ... berikut disertakan bahan Bengkel Pemantapan Pengurusan Akademik yang disediakan oleh Pn Shamshiah bt Ahmad, Pengetua Cemerlang SMK Seri Bintang Utara yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur pada 07 November 2012 (Rabu). Semoga perkongsian ini mampu dimanfaatkan demi kecemerlangan bersama ... terima kasih Kak Sham.. u're great!
PENDIDIKAN BESTARI UTK GURU CEMERLANG
View more presentations or Upload your own.

Labels:

Monday, November 5, 2012

TAJUK PANAS SEJARAH SPM K2 TAHUN 2012

 Salam sumer .. berikut merupakan tajuk2 panas terkini yang saya peroleh .. sila bandingkan ya .. selamat menjawab!

PILIHAN 1 - STRUKTUR
1. T4B3 - Maritim - Kedah Tua / Pelabuhan entreport / Sbb maritim perlukan agraria
2. T4B4 - Semangat Assabiah
3. T4B7 - Islam di AT - Kerajaan awal / Peranan pedagang / Pusat ilmu / Usaha mubaligh
4. T4B10 - Dwiekonomi - Tradisional / jenis kegiatan / Kesan 
ESEI
5. T4B1 - Tamadun Mesopotamia / Undang2 Hammurabi
6. T4B3 - Sistem pemerintahan beraja / Candi Borobudur
7. T4B5 - Bukti Islam tersebar bukan melalui perang / Perjanjian Hudaibiyah
8. T4B6 - Pertembungan tamadun / Penyebaran Islam ke Eropah
9. T4B10 - Kemasukan Cina & India / Kewangan & Insurans

PILIHAN 2 - STRUKTUR
1. T4B2 - Tamadun Yunani - Pemerintahan / Sumbangan / Demokrasi
2. T4B5 - Penyebaran Islam di Makkah - cara / Sebab penetangan / Kepentingan beragama
3. T4B7 - Pengaruh Islam di AT - Pemerintahan / Pendidikan / Bahasa & sastera / Kesenian
4. T5B1 - Nasinalisme Thai - Sebab2 tahap 1 / Ekonomi kapitalis

ESEI
5. T4B2 - Tamadun India - Ekonomi / Pendidikan
6. T4B7 - Pengaruh Islam di AT - Ekonomi / Gaya hidup / Cara gemilangkan Islam
7. T4B10 - Pembandaran / Kesihatan / Usaha bangunkan negara
8. T5B2 - Akhbar, majalah & Novel - Isu sosial / pendidikan / politik / ekonomi / Tugas pengarang 1930-an / Cara tanamkan semangat kebangsaan
9. T5B3 - Pentadbiran - Kelantan / N9 / Sebab pentadbiran tradisi perlu dikekalkan

Terima kasih!

 

Labels:

Friday, October 26, 2012

MODUL SEJARAH SPM K2 - 2012

Berikut ialah 2 buah modul ramalan SPM 2012 yang berbaloi dimiliki oleh anda ... terdapat soalan2 yang menarik yang dijangka hot! ... cuba dapatkan dan buat latihan yang diberikan ...

Modul Target A+ oleh Cikgu Mike Mahen
Modul Ramalan K2 oleh PPD Bachok Kelantan

Labels:

TAJUK2 PENTING SEJARAH SPM K2 - TERKINI 2012




Tajuk2 penting terkini k2 yang dipetik daripada 2 buah modul hot!


Labels:

Wednesday, August 1, 2012

Rosli Dhoby - Pejuang Atau Pembunuh Siri 5/5

http://youtu.be/LtC7eWELbnE

Labels:

Rosli Dhoby - Pejuang Atau Pembunuh Siri 4/5

http://youtu.be/gCaDHtf7Em8

Labels:

Rosli Dhoby - Pejuang Atau Pembunuh Siri 3/5

http://youtu.be/_xsqEquetlo

Labels:

Rosli Dhoby - Pejuang Atau Pembunuh Siri 2/5

http://youtu.be/BGvTitz_aFI

Labels:

Rosli Dhoby - Pejuang Atau Pembunuh Siri 1/5

http://youtu.be/m5-tefXA2v4

Labels:

Tuesday, June 19, 2012

TAJUK2 PENTING SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012

Labels:

Wednesday, March 21, 2012

Contoh RPH Lesson Study

Berikut disertakan contoh RPH untuk Lesson Study ...

Contoh RPH Lesson Study

Labels:

Tuesday, February 14, 2012

PAKAR RUJUK SEJARAH LESSON STUDY PERINGKAT KEBANGSAAN


PAKAR RUJUK SEJARAH LESSON STUDY PERINGKAT KEBANGSAAN

Aku berasa teruja dan berbangga kerana telah dipilih oleh pihak Jawatankuasa Lesson Study Kebangsaan sebagai Pakar Rujuk Sejarah pada 12 hingga 14 November 2011 bertempat di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang.

Dengan pelantikan tersebut, aku bertanggungjawab untuk menyebarluaskan Lesson Study sebagai kaedah P&P guru di seluruh Kuala Lumpur. Untuk makluman, sekolah aku telah mula FASA 1 iaitu penerangan berkaitan LS ini kepada semua guru di sekolah iaitu pada 13 Februari 2012 (sesi pagi) dan 15 Februari 2012 (sesi petang). Terima kasih kepada semua guru yang hadir ... Fasa 2 akan menyusul kemudian ...nantikan!

Tahniah kepadaku ...



Labels: