CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Thursday, December 13, 2012

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN ORGANISASI INSTITUSI PENDIDIKAN SIPARTNER-SISC PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Tanggal 3-5 Disember 2012 - saya telah menghadiri Persidangan Pembangunan Organisasi Institusi Pendidikan (School Improvement programme - SIPartner/SISC) Peringkat Kebangsaan bertempat di Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya, Selangor. Sepanjang berseminar ini saya teruja dengan pelbagai pengalaman yang dialami oleh kawan-kawan seperjuangan ketika menjayakan program SISC di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kepayahan mereka dalam melaksanakan tugas memberi kesedaran kepada saya betapa beruntungnya bertugas di Kuala Lumpur.
Refleksinya, pelbagai idea yang dibincangkan amat memotivasikan diri saya untuk menjadi GC terbaik dalam kalangan anak didik saya terutama sekali dalam mata pelajaran kepakaran saya iaitu SEJARAH. Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya menghadiri seminar ini!
Wakil SISC Kuala Lumpur ...

Labels: