CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Tuesday, August 26, 2008

Segalanya Tentang Pokok Getah













Pokok Getah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rencana ini mengenai sumber komersil utama untuk lateks. Untuk pokok hiasan yang biasa, sila lihat Ficus elastica.


Pokok Getah

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighales
Famili: Euphorbiaceae
Genus: Hevea
Spesies: H. brasiliensis

Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.

Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 30 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.

Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.

Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.

Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British. Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.

Ciri-ciri fizikal

Ciri-ciri fizikal Pokok Getah adalah seperti berikut:

* Kulit kayu: Licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks keruh yang menjadi keras ketika didedahkan kepada udara.
* Daun: Licin, berwarna hijau kebiru-biruan, dan dibahagikan kepada tiga daun kecil sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan kemudian merah terang sebelum luruh.
* Bunga: Kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam bentuk tangkai.
* Buah: Keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah akan meletup menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang berat.
* Biji: Warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak, menjadi licin, dengan tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.

Sinonim

Genus Hevea juga dikenali sebagai:

* Caoutchoua J.F.Gmel.
* Micrandra Benn. & R.Br.
* Siphonanthus Schreb. ex Baill.
* Siphonia D.Richard ex Schreb.

Rujukan

* Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.

Untuk maklumat lanjut sila layari web utama http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Getah

Labels:

1 Comments:

Blogger Unknown said...

CIKGU Adie!saya ingin mengetahui satu acres boleh menanam berapa pokok getah atau pun kelapa sawit!dan satu pokok sehari boleh mendapat berapa hasilnya!dan hasilan boleh dijual dengan harga?harap cikgu ADIE boleh tunjuk ajar dan maklumat berikut!terima kasih!jikalau boleh cikgu Adie bagi jawapan dengan email!(jimmywong3232@gmail.com)

April 15, 2011 at 10:27 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home