CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Tuesday, August 12, 2008

Siapakah Aku Sebenarnya …..!!


Episod 1: Latar Hidupku

Aku dilahirkan di sebuah kampung di daerah KK di salah sebuah negeri Pantai Timur. Aku adalah anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Keluargaku merupakan sebuah keluarga sederhana yang tidak kaya dengan wang ringgit tetapi nenek aku mempunyai banyak tanah di kampung ini. Menurut nenek, mereka berdua merupakan salah seorang yang mula-mula sekali membuka kampungku ini dan merekalah antara orang yang mencipta sejarah penerokaan tanah di kampungku.

Sebagai anak ke-3 daripada 9 adik-beradik, aku tidaklah sangat dimanjakan oleh ayah dan ibuku. Tambahan pula aku lebih sering tinggal bersama dengan nenek aku di sebuah kampung bersebelahan, iaitu kampung KT lebih kurang 10 km dari kampung ayah ibuku. Aku tinggal bersama nenek dan datuk aku sejak kecil lagi… menurut nenek, aku diambil untuk dibela sejak berusia 3 tahun lagi….ntah aku pun tak ingat! Ada jugak aku tanya kenapa aku yang diambil oleh mereka bukannya abang aku. Kata nenek, ayah ibuku pada masa aku kecil sangat susah dan bekerja sebagai penoreh getah sahaja.. kehidupan mereka ketika itu hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja. aku maklum banyak mana sangatlah pendapatan penoreh getah pada tahun 1970-an, lagipun ayah ibuku sering berpindah tempat tinggal untuk mencari sesuap nasi demi kami sekeluarga. Kata nenek lagi, jika aku dibela mereka sekurang-kurangnya beban mereka berkurangan dan aku juga boleh hidup dengan lebih baik lagi. Bagi aku sendiripun, aku tak kisah sangat tentang hal itu … cuma aku kesian sangat dengan kehidupan awal ayah ibuku sebagai orang kampung yang hanya bergantung nasib kepada pokok getah. Namun, nun jauh dihati aku bersyukur kerana ayah ibuku dapat mengharungi segala cubaan hidup waktu itu dengan baik dan alhamdulillah berkat kesabaran mereka jugalah mereka dapat membina kehidupan kami sekeluarga dengan lebih baik sekarang ini. Aku bersyukur dan merasa sangat bertuah walaupun hidup kami sekeluarga tidak senang seperti orang lain di luar sana, aku diberi ayah dan ibu yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Terima kasih ayah ibu!

Sepanjang kehidupanku bersama nenek dan datuk, aku mendapat kasih sayang secukupnya …dan aku sememangnya tidak begitu rapat dengan ayah ibu mahupun adik-beradikku yang lain. Walaupun begitu, aku ada juga sekali-sekali balik ke rumah ayah ibuku kerana rumah ayah ibuku di pertengahan jalan antara sekolah dan rumah nenekku.

Seingat aku, tatkala aku tidur di rumah ayah ibuku untuk beberapa hari, aku begitu rindu sekali dengan nenek dan datukku. Mungkin juga sebab aku terlalu rapat dengan mereka. Pernah suatu ketika, ayahku memarahi adik beradikku yang lain aku juga turut terasa dan mula meminggirkan diri daripada ayahku…sehinggalah ayahku datang dan menjelaskan bahawa dia bukannya memarahiku. Memang benar, ayah ibuku jarang sekali menyuruh aku membuat itu dan ini … apa-apapun adik beradikku yang lain yang akan disuruh mereka. ….belum habis lagi (nanti ler aku sambung..!!)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home