RAJA BERSIONG
Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini adalah sebahagian dari Kerajaan Siam. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa.
Raja zalim
Baginda ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima Raja Bersiong.
Tumbuh siong
Baginda amat gemar memakan masakan gulai bayam. Pada suatu hari Baginda telah pergi berburu. Tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak gulai bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk gulai bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini dari pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain. Apabila pulang dari pemburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan gulai bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan gulai bayam kali ini. Masakannya terasa amat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dimasukkan kedalam masakan gulai bayam untuk santapan Raja Bersiong.
Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah manusia setiap hari. Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil darahnya. Sesudah penjara Baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para pengawal untuk mencolek kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk negeri berasa sangat marah akan baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa. Pada suatu malam, dua batang taring atau siong telah tumbuh didalam mulut Raja Bersiong kerana kegemaran Baginda menyantap darah. Raja Bersiong berasa sangat bangga. Baginda mahu musuh-musuh takut kepada Baginda dan rakyat jelata berasa hormat kepada Baginda. Sementara itu, Baginda terus menangkap kanak-kanak dan rakyat yang tidak bersalah untuk dibunuh dan diambil darah mereka.
Pemberontakan
Sekumpulan nelayan telah memberontak dan menyerang istana Raja Bersiong, tetapi mereka telah dikalahkan oleh tentera Raja Bersiong. Salah seorang nelayan yang terkorban ini adalah adik kepada salah seorang menteri Raja Bersiong. Menteri ini terkenal dikalangan orang istana dan rakyat. Menteri ini berasa amat dukacita akan kematian adiknya. Beliau kemudiannya telah menunggu Raja Bersiong pergi ke hutan untuk berburu bersama seratus orang pengawalnya. Menteri ini telah mengumpulkan bala tentera yang berjumlah beribu-ribu orang untuk memberontak dan mengusir keluar Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong pulang dari berburu, beliau terkejut melihat ramai tentera yang telah mengepungnya diketuai oleh Menteri. Baginda mengarahkan pengawal-pengawal untuk bertarung dengan tentera pemberontak yang diketuai oleh Menteri, tetapi pengawal-pengawal telah belot dan menyertai tentera menteri. Baginda menjadi takut kerana tinggal berseorangan lalu telah melarikan diri kedalam hutan. Baginda telah mangkat didalam hutan tersebut.
Tempat Yang di Kaitkan Dengan Raja Bersiong
Di Riwayatkan saorang tua di kaki Bukit Choras. Ia menyatakan bahawa Bukit Choras,Guar di Kedah mempunyai anak sungai yang di singahi saudagar dari Negeri Cina.Raja bersiong pernah bersemayam di Bukit Choras. Tikam Batu,Sungai Petani Kedah di ceritakan mempunyai sabuah istana Raja Bersiong di atas Bukit di mana terdapat air terjun. Air terjun ini menembus satu lobang batu sedalam sebatang buluh. Atas sebab ini nama kg Tikam Batu mendapat nama nya. Konon nya Raja Bersiong menyembah berhala hindu di buat dari emas. Berhala ini di bawa ke India di Pemerintahan Zaman British.Kisah ini diriwayatkan oleh saorang tua dari Tikam Batu kepada saya Abdul Halim bin Abdul Ghani Saujana Agriculture and Soil Consultancy di alamat Pasar Mini Saujana Tikam Batu.
Layar perak
Cerita ini telah diadaptasikan ke layar perak sebanyak dua kali, pada 1963 dan 1968.
Sumber rujukan asal: http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Bersiong
Labels: Info Sejarah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home