CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Monday, February 23, 2009

Format Sejarah SPM

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI SPM 2004

1.0 PENGENALAN

Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Sekolah Menengah telah dilakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2000. Sukatan pelajaran tersebut telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat pada Jun 2001.

Mata pelajaran Sejarah ditawarkan sebagai mata pelajaran teras kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. (SPM).

Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk instrument pentaksiran adalah berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawai untuk menjamin mutu, kesetaraan dan kebolehpercayaan skor ujian.

2.0 KELULUSAN

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi Sejarah SPM mulai 2004. Format tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat Kurikulum Pusat, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu:

3.1 Aras R – Item yang mempunyai aras kesukaran rendah

3.2 Aras S – Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana

3.3 Aras T – Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi

4.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran Sejarah SPM 2004 menggunakan dua instrument:

4.1 Kertas 1 (1249/1) – Kertas 1 berbentuk ujian objektif

4.2 Kertas 2 (1249/2) – Kertas 2 berbentuk ujian subjektif

4.3

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN

SEJARAH PERINGKAT SPM (MULAI 2004)

Bil

Perkara

Kertas 1 (1249/1)

Kertas 2 (1249/2)

1

Jenis Instrumen

Ujian Objektif

Ujian Subjektif

2

Jenis Item

Objektif

Bahagian A

Struktur

Bahagian B

Esei

3

Bilangan Soalan

40 soalan (Jawab semua)

Bahagian A

4 soalan (Jawab Semua)

Bahagian B

5 Soalan (pilih 3)

4

Jumlah markah

40

100

5

Tempoh Ujian

1 jam

2 jam 30 minit

6

Wajaran

40%

100%

7

Cakupan Konteks

Mencakupi semua bidang pembelajaran

dari Tingkatan 4 hingga Tingkaran 5

Mencakupi semua bidang pembelajaran dari Tingkartan 4 hingga Tingkatan 5

8

Aras kesukaran

Rendah - R

Sederhana - S

Tingggi - T

R : S : T = 5 : 3 : 2

R : S : T = 5: 3 : 2

Keseluruhan

R : S : T = 5 : 3 : 2

1. Calon wajib menjawab i) Kertas 1 – Objektif

ii) Kertas 2 – Struktur / esei

2. Masa Kertas 1 – 1jam

Kertas 2 – 2 jam

3. Mulai SPM 2004 Kertas 1 mengandungi 40 soalan meliputi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

(40 markah)

4. Kertas 2 mengandungi 4 soalan struktur ( 40 markah) dan 5 soalan esei pilih 3

(60 markah) meliputi sukatan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.


5. Bab 1 dan Bab 2 Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sangat penting untuk soalan objektif / struktur / esei.

Kertas 2

1. Bahagian A (soalan struktur)

- 2 soalan daripada Tingkatan 4 dan 2 soalan daripada Tingkatan 5

- soalan pecahan a / b / c / d

- meliputi konsep, sebab

- memerlukan jawapan pendek

- markah satu soalan antara 1 / 2 / 3 / 4

- pelajar lemah menjawab soalan struktur

2. Bahagian B (soalan esei)

- soalan tahun 2005 dikeluarkan semula (6c)

- banyak soalan KBKK

- markah sedikit – 1 isi = 1 markah

- pemarkahan berubah – perlukan fakta / huraian / contoh

- fokus memahami kehendak / maksud soalan

- ada soalan mengelirukan (6a)

- skop soalan luas tetapi markah sedikit

- soalan banyak pecahan

- penting memahami kata kunci soalan – Apa / Terangkan / Bagaimana / Mengapa /

Huraikan / Jelaskan

- penting rujuk Tingkatan 4 / Tingkatan 5 dan bahasa

- Skema berubah iaitu 1 tema = 1 markah


CADANGAN KEPADA CALON / GURU

- Guna buku teks sebagai rujukan utama

- Kuasai sukatan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan baik

- Kuasai teknik / tajuk / sub tajuk untuk menjawab soalan

- Hadiri taklimat / ceramah peningkatan prestasi

- Perbanyak ulangkaji, latih tubi dan kumpulan perbincangan

- Rujuk soalan SPM lepas dan tahu analisis soalan

- Penerangan bentuk soalan dan pemahaman kata kunci soalan

- Buat persediaan awal

- Pendedahan soalan KBKK

- Mengadakan bank soalan

- Memahami kehendak soalan dan skema pemarkahan LPM

- Guna ayat yang betul dan tepat

- Jawapan mesti ada fakta, huraian dan contoh.

TOPIK PENTING SPM

1. Tingkatan 4 - Bab 1 / 2 – Tamadun awal

- Bab 4 / 5 / 6 / 7 / 8 - Semua Bab Islam

- Bab 9 – Perubahan di Eropah

2. Tingkatan 5 - Bab 1 / 2 - Nasionalisme

- Bab 3 / 6 / 7 – Konsep pembinaan bangsa dan negara

- Bab 9 – Malaysia dalam kerjasama antarabangsa







Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home