CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Friday, September 18, 2009

TEKNIK PENULISAN ESEI SEJARAH SPM YANG BETUL

Di bawah ini disediakan contoh penulisan esei Sejarah Kertas 2 SPM yang betul. Diharapkan mana2 murid yang lemah dan kurang arif tentang cara penulisan esei mampu memanfaatkan ilmu ini dengan baik. Apa yang penting keinginan murid untuk mencuba dan berubah sikap terhadap Sejarah Kertas 2 ... cubalah dan praktikkan .. InsyaAllah berjaya!

Teknik Penulisan Esei Sejarah SPM Yang Betul

Labels:

Saturday, September 12, 2009

PEMBAHAGIAN TEMA & BAB - SEJARAH SPM

TINGKATAN 4

Tema 7

Tamadun Awal Manusia

Bab 1 - Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Bab 2 - Peningkatan Tamadun

Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tenggara

Tema 8

Tamadun Islam dan Perkembangannya

Bab 4 - Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah

Bab 6 - Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

Bab 7 - Islam di Asia Tenggara

Bab 8 - Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum

Kedatangan Barat

Tema 9
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Bab 9 - Perkembangan di Eropah

Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

TINGKATAN 5

Tema 10

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Bab 1 - Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di AT

Bab 2 - Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Tema 11
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Bab 3 - Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

Bab 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

Bab 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

Bab 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

Bab 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Bab 8 - Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Tema 12
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Bab 9 - Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Labels:

Saturday, May 23, 2009

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA PERTAMA HINGGA KE-3


Labels:

Friday, May 22, 2009

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-4 HINGGA KE-6


Labels:

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-7 HINGGA KE-9

Labels:

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-10 HINGGA 13

Labels:

KUASA DIRAJA


Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.











Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia








Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.









Labels:

SISTEM MONARKI MALAYSIA



KETUA NEGARA DAN NEGERI

Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.








Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII pada 13 Disember 2006.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia












MAJLIS RAJA-RAJA

Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja.


NASIHAT KERAJAAN

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.









Labels:

ADAT ISTIADAT DIRAJA ISTANA NEGARA


Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di–Pertuan Agong XIII dan Raja Permaisuri Agong ke Balairong Seri diiringi oleh Juruiring-juruiring Baginda dan Dang Perwara serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja pada hari pertabalan.

Labels:

Wednesday, May 20, 2009

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-10

Labels:

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-11

Labels:

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-12

Labels:

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-13


dan Raja Permaisuri Agong

Sila klik di atas untuk keterangan lanjut!

Labels:

ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA





Labels:

ALAT KEBESARAN DIRAJA - Pending & Keris Pendek Diraja


Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas biji permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.








Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala "Garuda". Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Labels:

ALAT KEBESARAN DIRAJA - Muskat

MUSKAT

Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.

Labels:

ALAT KEBESARAN DIRAJA - Tengkolok Diraja


Tengkolok Diraja

Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.

Sumber Rujukan: http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk4/rk4a.php?id=rk4_1

Labels:

Sunday, May 17, 2009

Rancangan Pembangunan 5 Tahun Malaysia





Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Senarai Rancangan Malaysia

  1. Buku Kuning: 1951-1955
  2. Rancangan Malaya Pertama: 1956 - 1960
  3. Rancangan Malaya Kedua: 1961 - 1965
  4. Rancangan Malaysia Pertama: 1966 - 1970
  5. Rancangan Malaysia Kedua: 1971 - 1975; Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990
  6. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 - 1980
  7. Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985
  8. Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990
  9. Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995
  10. Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 - 2000
  11. Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005
  12. Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010
Rujukan Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia

Labels: