CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Tuesday, May 5, 2009

Warisan Kesultanan Melayu Melaka



Sistem pemerintahan berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Warisan Melaka spt adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu berkembang di negeri tersebut.Kerajan tersebutdiasaskan oleh kerabat diraja Melaka
Pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan.Sistem pewarisan takhta negeri mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta kerajaan

Mengamalkan Sistem Pembesar Lipatan.Warisan Melaka dapat dilihat dalam kitab undang-undang tersebut.undang-undang negeri tersebut disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka



Ciri –Ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan Melayu Melaka mempunya wilayah lingkungan pengaruh yang luas
Sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan moden.Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah.kedaulatan merujuk kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah/raja



Pemerintah menggubal dan menguatkuasa undang-undang. Kedaulatan memastikan negara bebas dpd campur tangan/ paksaan taklukan @ penjajahan asing.Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.

Lambang negara merupakan simbol menjadi identiti sesebuah negara.Sistem pemerintahan beraja, adat istadat Melayu, Bahasa Melayu.Kebesaran sultan dilambangkan dengan alat regalia spt nobat, warna.



Dua sumber undang-undang bertulis Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Terdapat hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang keluarga.Undang Laut Melaka mengandungi tatacara pelayaran di laut.



Rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.Bukti ketaatan kpd raja, rakyat mempertahankan negara.Sultan merupakan pemerintah tertinggi,
dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana yang menjadi tonggak institusi kerajaan

Sumber Utama: http://sukosenseispm.blogspot.com/

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home