Contoh Menulis Esei Sejarah SPM - Kertas 2
Soalan 1:
a) Huraikan ciri-ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim. (10 markah)
Rangka Jawapan (Isi Penting):
Soalan 1(a):
Ciri-Ciri Kerajaan agraria:
F1 - pertanian
F2 - lembah sungai & kawasan pedalaman
F3 - padi sawah & padi bukit
F4 - hasil hutan & menternak binatang
Ciri-Ciri Kerajaan maritim:
F5 - perdagangan & kelautan
F6 - pesisiran pantai, lembah sungai & kepulauan
F7 - kedudukan strategik
F8 - pelabuhan pembekal
F9 - tangkap ikan & pungut hasil hutan
Contoh Esei Lengkap:
Soalan 1 (a):
Ciri-ciri utama kerajaan agraria ialah ia sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah dan padi huma. Selain itu, masyarakat agraria juga terlibat dalam kegiatan mengumpul hasil hutan dan menternak binatang. Ia terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah-lembah sungai dan kawasan pedalaman contohnya di Sungai Menam, Sungai Irrawaddy dan Tanah Tinggi Dieng di Indonesia.
Manakala kerajaan maritim pula menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan. Ia terletak berhampiran dengan kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Di samping itu, kedudukan kerajaan maritim juga adalah strategik di tengah jalan perdagangan antara China dan India. Faktor ini membolehkan kerajaan maritim muncul sebagai pelabuhan pembekal. Selain kegiatan perdagangan, masyarakat kerajaan maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
b) Bincangkan amalan kerjasama kerajaan maritim dan kerajaan agraria dalam meningkatkan ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara. (10 markah)
Rangka Jawapan:
Soalan 1 (b):
Kerajaan maritim:
F1 - memerlukan tukang kayu & tukang batu dari kerajaan agraria
F2 - mendapatkan bekalan kayu dari kerajaan agraria untuk membuat kapal
F3 - mendapatkan bahan mentah & haiwan seperti gajah dari kerajaan agraria
Kerajaan agraria:
F4 - mendapat barangan mewah dari china atau India dari kerajaan maritim
F5 - menyalurkan tenaga kerja seperti tukang kayu & tukang batu kepada kerajaan maritim
F6 - menghasilkan sumber makanan utama seperti beras kepada kerajaan maritim
Contoh Esei Lengkap:
Soalan 1(b):
Kerajaan maritim dan kerajaan agraria saling bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain. Contohnya kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi kepada kerajaan maritim.
Selain itu kerajaan agraria juga mempunyai sistem pertanian yang baik hingga dapat menghasilkan sumber makanan seperti beras dan membekalkannya kepada kerajaan maritim.
Kerajaan agraria juga mendapatkan barangan mewah seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik dari kerajaan maritim.
Manakala kerajaan maritim pula mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan binatang seperti gajah dari kerajaan agraria.
Selain itu kerajaan maritim juga mendapat bekalan kayu dari kerajaan agraria untuk membuat kapal.
Kerajaan maritim juga mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir dari kerajaan agraria.
Labels: Soalan Latihan Sejarah SPM
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home