CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Monday, January 26, 2009

Perang Dunia Kedua 1941 - 1945












Perang Dunia Kedua memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Pengenalan


Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia .

Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.

Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.

Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk dunia).

Medan Eropah


Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Eropah dan Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun ke Manchuria pada tahun 1931.

Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet ( Soviet Red Army ) turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan British.

Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.

Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries) (Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.

Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British (BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di selatan.

Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.

Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) (Великая Отечественная Война). Pihak Russia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepas Soviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia

Pada musim bunga (spring) pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke 6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad Battle of Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah.

Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.

Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan POW Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.

Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Russia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945 .

Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_Kedua

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home