CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Monday, February 23, 2009

Contoh-Contoh Soalan Penting Sejarah SPM

Tingkatan 4

Bab 2


1. a) Jelaskan peranan majlis perbandaran dalam tamadun Rom. (10m)

b) Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Athens.(10m)


2. a) Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan Falsafah legalisme dengan prinsip undang-undang berasaskan Confuciis dalam tamadun China. (10m)

b) Bincangkan kepentingkan sistem undang-undang Rom.(10m)


3. a) Bincangkan perkembangan sistem perundangan dalam zaman dinasti Chin.(10m)

b) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahannya. (10m)


4. a) Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman vedik dalam tamadun India. (5m)

b) Jelaskan maksud Hukum Karma dalam agama Hindu. (5m)

c) Mengapakah berlakunya keruntuhan Dinasti Muarya.(10m)


Bab 3 – Tamadun Awal Asia Tenggara


1. a) Jelaskan ciri-ciri asas Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. (10m)

b) Dengan contoh, huraikan kegiatan ekonomi Kerajaan Agraria. (10m)


2. a) Mengapa Angkor dianggap Kerajaan Agraria. (10m

b) Buktikan Kerajaan Agraria dan Maritim saling bergantungan. (10m)


3. a) Jelaskan aktiviti utama Kerajaan Agraria atau Kerajaan Maritim. (10m)b) Bagaimana Sri Vijaya berkembang sebagai sebuah Kerajaan Maritim yang kuat.(10m)


4. a) Huraikan pengaruh agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara. (10m)

b) Nyatakan ciri-ciri Candi Borubudur atau Candi Angkor Wat. (10m)


5. a) Nyatakan peranan bahasa Sanskrit dalam masyarakat awal Asia Tenggara. (10m)

b) Jelaskan kepentingan Tasek Tonle Sap. (10m)


6. a) Huraikan cara perkembangan agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara. (10m)

b) Nyatakan ciri-ciri seni pada candi dalam kerajaan awal. (10m)


7. a) Apakah peranan pelabuhan Kerajaan Maritim. (5m)

b) Mengapa penduduk Maritim menjadi pelaut berjaya. (5m)

c) Jelaskan peranan Sri Vijaya sebagai pusat agama Buddha pada abad ke-7. (10m)


8. a) Jelaskan konsep raja menurut tempatan dan Hindu.(5m)

b) Huraikan peranan raja dalam pentadbiran kerajaan awal. (10m)

c) Apakah peranan sami atau Brahmin dalam pentadbiran awal. (5m)


9. a) Jelaskan kepentingan Candi dalam kerajaan awal Asia Tenggara. (10m)

b) Nyatakan pengaruh Hindu Buddha dalam bidang bahasa dan sastera. (10m)


10. a) Huraikan bukti-bukti kewujudan kerajaan Kedah Tua. (12m)

b) Mengapa pelabuhan Kedah Tua berkembang pesat.(8m)


Bab 5


1. a) Bincangkan sebab-sebab berlakunya peristiwa Hijrah. (10m)

b) Mengapa peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting dalam Sejarah Perkembangan Islam. (10m)


2. a) Bincangkan kandungan Piagam Madinah. (10m)

b) Apakah kepentingan Piagam Madinah kepada seluruh umat Islam. (10m)


3. a) “Islam tersebar berasaskan kekuatan dan dakwah islamiah bukan kerana peperangan”. Berikan alasan anda. (10m)

b) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah. (10m)


Bab 6 – Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya


1. a) Apakah maksud Khalifah. (5m)

b) Nyatakan cara-cara pemilihan Khalifah. (5m)

c) Terangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar atau Khalifah Umar Al-Khatab. (10m)


2. a) Jelaskan sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran dan ilmu pengetahuan. (15m)

b) Nyatakan peranan Cardova sebagai pusat ilmu pengetahuan. (5m)


3. a) Terangkan faktor kejayaan Kerajaan Turki Utamaniyah menyebarkan Islam di Eropah. (10m)

b) Bagaimana Tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain dunia. (10m)


4. a) Nyatakan kesan pertembungan Tamadun. (15m)


Bab 7 – Islam di Asia Tenggara


1. a) Jelaskan 3 teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. (15m)

b) Beri bukti Islam ke Asia Tenggara melalui Cina dan India. (5m)


2. a) Bagaimana faktor perdangan mempegaruhi penyebaran Islam di Asia Tenggara. (10m)

b) Jelaskan perubahan pentadbiran Asia Tenggara selepas pengaruh Islam. (10m)


3. a) Jelaskan faktor-faktor penyebaran Islam di Asia Tenggara.(15m)

b) Beri peranan pusat kebudayaan Islam di Asia Tenggara. (5m)


4. a) Jelaskan peranan mubaligh daam penyebaran Islam. (5m)

b) Nyatakan keistimewaan Islam. (5m)

c) Terangkan pengaruh Islam dalam seni dan ekonomi di Asia Tenggara. (10m)


Bab 9 – Perkembangan di Eropah


1. a) Jelaskan faktor kemunculan zaman pertengahan. (10m)

b) Mengapa Renaissance bermula di Itali. (5m)


2. a) Mengapakah Eropah menjelajah dunia luar abad 16. (10m)

b) Apakah kesan-kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat. (10m)


3. a) Nyatakan ciri-ciri masyarakat Eropah pada zaman gelap. (15m)

b)Apakah persamaan sistem feudal di Eropah dan sistem feudal masyarakat melayu tradisional. (5m)


4. a) Apakah maksud Reformation. (5m)

b) Jelaskan kesan utama zaman Reformation di Eropah. (15m)


5. a) Huraikan sebab Revolusi Pertanian bermula di Britian. (12m)

b) Beri 4 kesan Akta Pemagaran Tanah di Britian. (8m)


6. a) Apakah maksud imperialisme. (5m)

b) Huraikan kesan barat di Asia Tenggara. (15m)


Contoh-contoh soalan

Tingkatan 5

Bab 1


1. a) Apakah yang anda faham dengan konsep imperialisme. (4m)

b) Bincangkan keistimewaan yang dimiliki oleh Asia Tenggara yang menarik minat imperialisme Barat. (6m)

c) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat ke Asia Tenggara. (10m)


2. a) Bincangkan kesan perubahan politik yang diperkenalkan oleh penjajah Barat. (8m)

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. (12m)


Bab 2


1. a) Terangkan corak penentangan yang dilakukan oeh Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya di Terengganu. (12m)

b) Bagaimanakah British mematahkan penentangan Tok janggut di Kelantan. (8m)


2. a) Huraikan latar belakang Gerakan Islah.(6m)

b) Jelaskan perjuangan Gerakan Islah.(14m)


3. a) Apakah isu-isu yang diketengahkan oleh akhbar-akhbar Melayu pada tahun 1930-an.(15m)

b) Mengapakah kongres Melayu dianggap penting dalam sejarah gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.(5m)


4. a) Jelaskan faktor-faktor pemangkin nasionalisme. (10m)

b) Huraikan kegiatan berpesatuan di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1930an.(10m)


Bab 3 – Pembinaan Bangsa dan Negara


1. a) Jelaskan unsur demokrasi dan pemerintahan di Negeri Sembilan.(10m)

b) Nyatakan warisan Kesultanan Melaka dalam pentadbiran negeri Melayu. (10m)

c) Jelaskan perkara-perkara yang diperuntukan dalam Undang-undang Laut melaka. (8m)


2. a) Jelaskan ciri-ciri dalam perlembagaan Johor 1895. (10m)

b) Nyatakan konsep negara, bangsa kerajaan dan perlembagaan. (10m)

c) Nyatakan peranan kerajaan dalam sesebuah negara. (8m)


3. a) Terangkan konsep negara dan bangsa yang terdapat di Melaka. (10m)

b) Jelaskan amalan real politik di Jerman dan Itali. (5m)

c) Huraikan contoh pembentukan negara bangsa Itali. (5m)


4. a) Bagaimanakan pembentukan negara Islam Madinah dibina. (10m)

b) Jelaskan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia. (10m)

c) Jelaskan faktor-faktor pembinaan negara bangsa di Eropah. (12m)


5. a) Jelaskan isi kandungan undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895. (10m)

b) Bagaimanakah Jemaah Menteri dijalankan di Kelantan semasa Sultan Muhamad I. (10m)

c)Apakah kerpentingan perlembagaan bertulis di negeri Johor dan Terengganu. (10m)


Bab 6


1. a) Bincangkan cadangan-cadangan awal ke arah pembentukan Malaysia. (9m)

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia. (11m)


2. a) Huraikan reaksi dalam dan luar negeri terhadap cadangan penubuhan Malaysia. (11m).

b) Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin tempatan untuk menangani pelbagai reaksi terhadap pembentukan Malaysia. (9m)


Bab 7


1. a) Bincangkan kepentingan perlembagaan terhadap negara Malaysia. (10m)

b) Huraikan cara perlembagaan Malaysia dipinda dan perkara-perkara yang boleh dipinda. (10m)


2. a) Huraikan setiap lambang yang terdapat dalam Jata Negara. (12m)

b) Jelaskan setiap aspek yang terdapat pada Jalur Gemilang. (8m)


Bab 9 – Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa


1. a) Huraikan faktor Perang Dunia I berlaku. (10m)

b) Nyatakan kesan Perang Dunia I. (10m)


2. a) Nyatakan pakatan dan negara terlibat dalam Perang Dunia 2. (5m)

b) Huraikan faktor menyebabkan Perang Dunia 2. (10m)


3. a) Nyatakan faktor-faktor penting menentukan Dasar Luar Malaysia. (15m)

b) Bagaimana Dasar Luar Malaysia semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri. (5m)

c) Menjelang 1970an dasar luar Malaysia mulai beruah kepada dasar berkecuali. Jelaskan. (8m)


4. a) Jelaskan ciri-ciri negara Komanwel. (5m)

b) Nyatakan dasar luar Malaysia semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.(5m)

c) Apakah faedah Malaysia menyertai Komanwel. (10m)


5. a) Jelaskan matlamat Piagam PBB. (6m)

b) Huraikan sumbangan Malaysia dalam PBB. (14m)


6. a) Apakah maksud NAM/ pergerakan negara berkecuali. (5m)

b) Nyatakan sumbangan Malaysia menyertai NAM. (15m)


7. a) Jelaskan maksud negara Selatan dan sumbangan Malaysia di dalamnya. (20m)


8. a) Nyatakan peranan Malaysia dalam OIC. (10m)

b) Mengapakan pertubuhan ASA dibubarkan. (10m)


9. a) Terangkan sebab-sebab Maphilindo ditubuhkan. (10m)

b) Terangkan matlamat penubuhan ASEAN.(5m)

c) Apakah ASEAN. (5m)


10. a) Jelaskan usaha-usaha ASEAN dalam keamanan, ekonomi dan sosial AsiaTenggara.(15m)

b) Beri usaha Malaysia ICT. (5m)


11. a) Buktikan perjanjian Versailles mencetuskan Perang Dunia Kedua. (10m)

b) Nyatakan tujuan penubuhan negara-negara selatan. (5m)

c) Secara ringkas, jelaskan sebab perang Dingin tercetus. (5m)

d) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Negara Dunia Ketiga untuk tidak terlibat dalam Perang Dingin tersebut. (10m)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home