Gambar-Gambar Pertandingan Kawad Kecekapan KBP- 2009



















Sebelum acara bermula, ahli-ahli KBP diberi taklimat tentang acara-acara yang akan dilangsungkan. Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu Operasi Kawad Kering Lelaki, Perempuan & Campuran serta Operasi Kawad Basah Lelaki & Perempuan.
Balai Bomba Pudu hanya mampu menguasai acara Operasi Kawad Kering sahaja manakala Operasi Kawad Basah dikuasai oleh Balai Bomba Wangsa Maju. Namun begitu, dapat dilihat bahawa ahli-ahli KBP di kedua-dua balai mempunyai hubungan yang amat erat antara mereka. Hal ini dapat dilihat daripada kerjasama, gurauan dan semangat juang yang ditunjukkan mereka.
Pihak KBP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-pegawai Balai Pudu di atas sikap positif, komitmen yang tinggi dan kerjasama mereka kepada ahli-ahli KBP sekolah-sekolah Balai Pudu. Kalah menang sudah adat bertanding dan yang penting ialah KBP ada wakil untuk ke peringkat kebangsaan nanti. Syabas KBP!
Labels: Aku n Kokurikulum
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home