CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Sunday, August 16, 2009

Kem Kadet Bomba & Penyelamat

Bertarikh 14 - 16 Ogos 2009 - Kem Kadet Bomba & Penyelamat SMK Taman Maluri telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang hasil daripada semua pihak. Penghargaan utama diberikan kepada semua jurulatih dari Balai Bomba Pudu terutamanya Encik Harashid dan kumpulannya. Mereka ini telah memberi komitmen cemerlang dan sokongan padu dalam apa jua program KBP sekolah. Terima kasih sekali lagi.

Sepanjang 3 hari 2 malam program berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan. Syukur kerana sepanjang tempoh itu tidak ada apa-apa kejadian yang tidak elok berlaku.

Labels:

Thursday, April 9, 2009

Pertandingan Kawad Kecekapan KBP- 2009

Labels:

Pertandingan Kawad Kecekapan KBP- 2009

Labels:

Monday, March 30, 2009

Gambar-Gambar Pertandingan Kawad Kecekapan KBP- 2009

























































29 Mac 2009, Ahad - seramai 120 orang ahli Kadet Bomba & Penyelamat (KBP) dari Balai Pudu & Balai Wangsa Maju telah mengambil bahagian dalam Kawad Kecekapan ini. Kami tiba seawal 7.45 pagi bertempat di SMART untuk mengambil bahagian dengan penuh semangat. Balai Bomba Pudu yang diketuai oleh Pegawai Encik Harashid dan diwakili 4 buah sekolah iaitu SMK Taman Maluri, SMK St. Gabriel, SMK Yaacob Latiff dan SMK Cochrane.

Sebelum acara bermula, ahli-ahli KBP diberi taklimat tentang acara-acara yang akan dilangsungkan. Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu Operasi Kawad Kering Lelaki, Perempuan & Campuran serta Operasi Kawad Basah Lelaki & Perempuan.

Balai Bomba Pudu hanya mampu menguasai acara Operasi Kawad Kering sahaja manakala Operasi Kawad Basah dikuasai oleh Balai Bomba Wangsa Maju. Namun begitu, dapat dilihat bahawa ahli-ahli KBP di kedua-dua balai mempunyai hubungan yang amat erat antara mereka. Hal ini dapat dilihat daripada kerjasama, gurauan dan semangat juang yang ditunjukkan mereka.

Pihak KBP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-pegawai Balai Pudu di atas sikap positif, komitmen yang tinggi dan kerjasama mereka kepada ahli-ahli KBP sekolah-sekolah Balai Pudu. Kalah menang sudah adat bertanding dan yang penting ialah KBP ada wakil untuk ke peringkat kebangsaan nanti. Syabas KBP!

Labels:

Wednesday, March 25, 2009

Aktiviti Latihan Kawad Basah & Kering



Gambar-gambar ini menunjukkan ahli-ahli Kadet Bomba & Penyelamat SMK Taman Maluri yang berlatih penuh semangat semasa sesi latihan Operasi Kawad Basah & Kering pada 24 Mac 2009 bermula jam 2.30 petang. Aktiviti latihan ini dikelolakan oleh Pegawai Bomba Balai Bomba Pudu. Beberapa buah sekolah lain turut menyertai latihan ini bersama iaitu SMK St Gabriel, SMK Yaacob Latiff & SMK Cochrane.

Peristiwa menarik berlaku apabila sedang syok membuat latihan tetiba pegawai bomba mendapat panggilan kecemasan kebakaran di PGRM, Jalan Cerapu .... bergegas mereka bersedia .... tugas punya pasal .. tercengang gak kita orang! Syabas bomba..!

Sesi latihan ini berakhir pada jam 6.00 petang ... dan esok akan bermula lagi latihan yang sama di sekolah lain pulak ... begitulah komitmennya pegawai-pegawai bomba Balai Bomba Pudu ... terima kasih!














Labels: