Perjumpaan & Latihan Peer Teaching Sejarah - Kali 1 (2009)
Latihan peer-teaching kali 1 telah diadakan pada 26 Mac 2009 pada jam 1.10 hingga 2.30 petang bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Sesi pertama ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang tutors bersama 75 orang tutees masing-masing serta dibimbing oleh Pn Jaya, Encik Sohaidie dan Cik Santha.
Fokus latihan kali ini ialah menguasai kemahiran Bab 1 Tingkatan 4 - Tamadun Awal Manusia mencakupi 50 soalan objektif dan 4 soalan struktur. Dalam sesi ini tutors dan tutees berbincang secara bersama bagi menjawab soalan serta mengenal pasti sebab jawapan mereka salah.
Refleksi: Sepanjang sesi latihan ini tutors dan tutees saling mengenal serta mengetahui tahap kelemahan serta kekuatan masing-masing. Kekangan utama ialah ramai tutees yang tidak mempunyai buku teks Tingkatan 4 dan ini sedikit membantutkan latihan yang diberikan kepada mereka. Ada juga tutees yang merasa terpaksa dan kurang minat dalam sesi ini kerana sikap mereka yang tidak berminat dengan mata pelajaran. Di akhir sesi telah diedarkan kepada semua yang terlibat satu senarai semak dan pandangan mereka tentang program ini (akan dilaporkan kemudian). Terima kasih semua coz sudi hadir .... terutama tutors dan tutees Tingkatan 5A, 5B, 5C dan 5D.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home