CIKGUADIES WEBLOG....!

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada saya di haidie67@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Tersendiri © 2009 http://cikguadies.blogspot.com




MARI BELAJAR SEJARAH ...

Mari Kita Belajar Sejarah,
Demi Jadi Rakyat Sejati,
Agar Hidup Lebih Terarah,
Jangan Kita Menyesal Nanti.

PENCERAMAH SEJARAH SPM TUISYEN ATAU KELAS DI RUMAH

2013 Sejarah WAJIB LULUS! Anda perlukan lebih kefahaman & kemahiran subjek Sejarah? Perlu khidmat kepakaran Guru Cemerlang Sejarah yang berpengalaman? Dengan harga khidmat yang berpatutan, sila hubungi saya SEGERA sebelum anda ketinggalan! Emel saya sebelum jadual saya penuh pada tahun ini di haidie67@gmail.com ...


Anda Tanya CikguAdies Jawab!

Tuesday, May 5, 2009

Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun


Semangat kebangsaan berlaku kesan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun

Dasar Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu:
1. Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum ini
2. Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu
3. Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dan nilai budaya Jepun diperkenalkan
4. Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu. Kebebasan hanya diberi kepada pertubuhan yang menyokongnya & yang bergerak di bawah pengawasan Jepun
5. Ahmad Boestamam telah menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun
6.Akibat tekanan Jepun – gerakan menentang Jepun telah berlaku;

a. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People’s Anti-japanese Army(MPAJA) untuk menentang Jepun dan disokong oleh British(memberikan bantuan senjata) & bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun. Pasukan Bintang Tiga ditubuhkan(keahliannya – Melayu, Cina dan India)

b. Orang Melayu menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang
Anggotanya terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang

c.Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun
Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun

7.Ibrahim Yaakob meminta Jepun Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia sebelum kekalahan Jepun yang bersesuaian dengan matlamat asal KMM iaitu menubuhkan Melayu Raya @ Indonesia Raya Melayu Raya@ Indonesia Raya.Slogan dan cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu sahaja Menghidupkan empayar Melayu seperti Majapahit atau Melaka Idea ini dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh Abdul Hadi Hassan, pensyarah Ilmu Tarawikh di MPSI

8.Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) ditubuhkan sebagai badan yang akan melaksanakan Melayu Raya Kongres Pemuda KRIS di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia.Walaupun Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1945, tetapi kerana kekalahan Jepun secara mengejut, Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 15 Ogos 1945


Sumber Utama: http://sukosenseispm.blogspot.com/

No comments: