CIKGUADIES WEBLOG....!

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada saya di haidie67@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Tersendiri © 2009 http://cikguadies.blogspot.com




MARI BELAJAR SEJARAH ...

Mari Kita Belajar Sejarah,
Demi Jadi Rakyat Sejati,
Agar Hidup Lebih Terarah,
Jangan Kita Menyesal Nanti.

PENCERAMAH SEJARAH SPM TUISYEN ATAU KELAS DI RUMAH

2013 Sejarah WAJIB LULUS! Anda perlukan lebih kefahaman & kemahiran subjek Sejarah? Perlu khidmat kepakaran Guru Cemerlang Sejarah yang berpengalaman? Dengan harga khidmat yang berpatutan, sila hubungi saya SEGERA sebelum anda ketinggalan! Emel saya sebelum jadual saya penuh pada tahun ini di haidie67@gmail.com ...


Anda Tanya CikguAdies Jawab!

Sunday, May 17, 2009

SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman telah digantikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 1 Januari 2009. [1]

Sejarah

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.

Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Ditt Singh.

Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.

Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.

Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.

Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Mandat perlembagaan

Di bawah Perkara 114, Suruhanjaya memiliki kuasa "mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan juga mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan". Di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya mempunyai seorang Pengerusi dan dua ahli, tetapi selepas Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia, keahlian Suruhanjaya bertambah selepas penambahan ahli dari Sabah atau Sarawak. Satu rang diwujudkan pada 1981 yang membolehkan penambahan ahli lain dan mewujudkan jawatan Timbalan Presiden.[2]

Suruhanjaya mempunyai kuasa melakukan persempadanan semula dengan mengkaji kawasan-kawasan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan daftar semakan pemilih, dan mengawal kelancaran pilihan raya seperti yang ditetapkan. Walaupun Perlembagaan tidak merujuk kepada Suruhanjaya sebagai badan bebas daripada pengaruh kerajaan atau jika tidak, kawasan pengundian ditimbangkan oleh Perlembagaan sepertimana melindungi kebebasan Suruhanjaya. Dalam pada itu, suruhanjaya ini turut dikawalrapi oleh sebuah badan pemilikan, dan boleh diubah melalui prosedur sama mengikut keputusan Mahkamah Tinggi. [2]

Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan Perdana Menteri mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun.

Fungsi

Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.

Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.

Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.


Rujukan Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Pilihan_Raya

Web Rasmi SPR: http://www.spr.gov.my/

No comments: