PROGRAM PENAMBAHAN CALON GURU CEMERLANG
Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing.Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993).tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”.
Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan profesion itu sendiri. Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily be moving out”.Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus dapat dimanfaatkan. Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins".
Dalam keadaan sekarang apabila pegawai pendidikan yang berkhidmat sebagai guru menunjukkan perkhidmatan yang baik mereka akan dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar/Pengetua atau Penyelia, dsb. Potensi guru itu sebagai seorang guru yang unggul akan terbantut. Ini merugikan kerana potensi guru itu mungkin lebih baik dan cemerlang dalam aspek mendidik dan bukan mentadbir. Sebaliknya, oleh kerana tidak ada jawatan naik pangkat sebagai guru, jika seseorang guru yang berpotensi tidak dinaikkan pangkat sebagai pentadbir, maka guru tersebut akan tertinggal dalam tangga kerjaya perkhidmatan pendidikan disebabkan kebolehan dan potensinya yang baik sebagai pendidik. Ini seolah-olah “mendera” mereka yang berpotensi dalam pendidikan.
Bagi merealisasikan cadangan Kabinet, maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan perjawatan Guru Cemerlang PPPLD DGA32 dan Guru Cemerlang PPPS DG48 pada tahun 1994.Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki:
a) kecemerlangan peribadi,
(b) kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,
(c) kecemerlangan kerja,
(d) kecemerlangan komunikasi, dan
(e) kecemerlangan potensi.
Dari segi peribadi, Guru Cemerlang berkeyakinan diri, adil, bertimbangrasa, beramanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, sedia berkongsi, bekerjasama, bersikap terbuka dan positif. Dari segi pengetahuan dan kemahiran, Guru Cemerlang adalah pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran; peka dan prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pelajar; bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran; dan mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar serta menyediakan program tindak susulan.
Dari segi kerja, Guru Cemerlang, Guru Cemerlang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran pelajar menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar; menerusi kebolehan dan kejayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran; menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis; dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Dari segi komunikasi, Guru Cemerlang adalah perintis sesuatu usaha serta berjaya berinteraksi menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan baik secara bertulis mahupun lisan. Dari segi potensi, Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan; sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya; sentiasa terlibat dalam kursus, seminar dan bengkel; serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah.Tujuan mewujudkan perjawatan Guru Cemerlang:
(a) memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang istimewa, berdedikasi, bermotivasi, mahir, berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu;
(b) mengekalkan guru-guru ini mengajar di bilik darjah setelah dinaikkan pangkat tanpa perlu ditukarkan ke perjawatan pentadbiran supaya kepakaran dan kebolehan mereka dapat dimanfaatkan; dan
c) dijadikan landasan untuk mengenalpasti dan memilih pegawai-pegawai yang berpotensi untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di masa akan datang melalui Sistem “Fast Track”.
Dipetik Daripada:
http://www.moe.gov.my/jns/index.php?option=com_content&task=view&id=71&Itemid=100
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home