CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Thursday, May 19, 2016

TAJUK2 PENTING SEJARAH SPM 2016

ASSALAMUALAIKUM ... Berikut disertakan tajuk2 yang mungkin boleh membantu anda cemerlang atau lulus dalam sejarah .... untuk lebih baik dapatkan buku Tajuk2 Penting 2016 cikgu yang sudah ada di pasaran .....

Labels:

FORMULA KUASAI TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM

Assalamualaikum .. berikut cikgu sertakan FORMULA yang mampu membantu anda menguasai cara menjawab soalan secara tepat ..... kongsi2kan ya ...

Labels:

BUKU-BUKU TERBAHARU SAYA...

Asalamualaikum semua .... buku2 saya berikut sudah berada di pasaran sekarang .. dapatkan segera ya terutamanya buku kbat dan tajuk2 penting 2016 tu .... sedang panas!!!




Labels:

Wednesday, January 6, 2016

SELAMAT DATANG 2018...

Tahun baru 2018 pasti menjanjikan berjuta cabaran yang perlu dihadapi oleh semua. Apa yang pasti, kita harungilah tahun 2018 dengan penuh semangat dan berfikiran positif ... kerja kuat akan menjanjikan kecemerlangan dan kejayaan .. ini janji pasti ... SELAMAT MENEMPUH CABARAN 2018 BUAT SEMUA .. Ingat, selagi kita BERUSAHA selagi itulah KEJAYAAN akan jadi milik kita.. CIKGU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA!


Labels:

Friday, December 5, 2014

DOKUMENTASI / LAPORAN PROGRAM KUNJUNG BANTU MATA PELAJARAN SEJARAH

Alhamdulillah ... saya telah selesai melengkapkan dokumentasi dan laporan penuh bagi Program Kunjung Bantu Mata Pelajaran Sejarah Menengah Atas yang dilaksanakan pada 18 November 2014 (Selasa) di SMK Bukit Gambir, Muar Johor baru-baru ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui butiran laporan sila lah muat turun bahan berkaitan ...

1. Cover 1
2. Profil Jurulatih Pengajaran
3. Cover Isi Kandungan
4. Cover Laporan Pelaksanaan
5. Laporan Penuh Program Coaching
6. Cover Lampiran Bahan
7. Cover Lampiran Gambar
8. Lampiran Gambar Aktiviti

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shaifful Hisham bin Shamsuddin atas kerjasama terbaik sebagai Coachee ...


Labels:

Sunday, November 9, 2014

MAKLUMAT & BAHAN COACHING

alhamdulillah, saya telah berjaya menyiapkan bahan-bahan yang boleh kita gunakan bagi melaksanakan Program Coaching sepertimana yang dipersetujui bersama ... harap2 boleh membantu .. segala kemusykilan cara mengisi semua COACH boleh menghubungi saya ... terima kasih!

Bahan Coaching & Borang Berkaitan

Labels:

Tuesday, October 29, 2013

MAKE A DIFFERENCE - AS A TEACHER

Salam semua ... disertakan bahan video MOTIVASI buat guru-guru. Lihatlah video ini dan saya yakin anda akan merasakan betapa jauhnya tugas kita sebagai seorang guru hari ini.... saksikan ...!
Ungkapan paling menarik:
"Thank you for believing in me. 
Thank you so much for making me feel important and showing me
 that I could make a difference.” 

Labels:

Tuesday, March 5, 2013

i - THINK

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek 
i-THINK.















Sumber: http://www.ithink.org.my/BmHome/Page/TermAndCondition

Labels:

Monday, March 4, 2013

HOTS (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)

Berikut disertakan maklumat berkaitan HOTS ... terima kasih kepada Hazli Mustaffa at http://www.slideshare.net/liesifoo/powerpoint-edathinking-skills-1

Labels:

Friday, January 25, 2013

MESYUARAT PENYELARASAN PENERBITAN BULETIN SEJARAH SPM

14 Januari 2013 - Bertempat di Bahagian Buku Teks, Putrajaya, aku bersama sekumpulan Guru Cemerlang Sejarah seluruh Malaysia telah bermesyuarat bagi menetapkan tugas yang perlu dijayakan masing-masing sebelum BULETIN SEJARAH diterbitkan mulai Mac 2013. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan diharapkan buletin ini mampu memberi manfaat kepada calon-calon SPM dan juga guru-guru di sekolah. Meski kerja-kerja teknikalnya agak mencabar, namun kami merasakan apa salahnya kami redahi dengan tekad dan sabar demi kecemerlangan mata pelajaran Sejarah. Kalau bukan kita guru Sejarah yang memberi komitmen siapa lagi .....!

Labels:

BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PORTAL PdP SEJARAH BERSAMA FROG VLE

Tanggal 21 - 23 Januari 2013 - Aku bersama 13 orang lagi Guru Cemerlang Sejarah Kuala Lumpur dan Selangor telah menyertai BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PORTAL PdP SEJARAH (e-KIS) dengan kerjasama hebat FROG VLE bertempat di D6 YTL Sentul East. Matlamat bengkel ini bertujuan menyediakan tapak PdP Sejarah kelolaan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bagi kegunaan guru-guru Sejarah dan calon SPM. Diharapkan sumbangan kecil pihak kami ini mampu membantu calon SPM dan komuniti di luar sana ke arah Sejarah Wajib Lulus 2013. Penghargaan tidak terhingga diberikan kepada trainers Usha dan Arafeh atas komitmen dan menjadi guru yang terbaik buat kami selama tiga hari tersebut. Terima kasih!

Labels:

Thursday, December 13, 2012

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN ORGANISASI INSTITUSI PENDIDIKAN SIPARTNER-SISC PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Tanggal 3-5 Disember 2012 - saya telah menghadiri Persidangan Pembangunan Organisasi Institusi Pendidikan (School Improvement programme - SIPartner/SISC) Peringkat Kebangsaan bertempat di Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya, Selangor. Sepanjang berseminar ini saya teruja dengan pelbagai pengalaman yang dialami oleh kawan-kawan seperjuangan ketika menjayakan program SISC di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kepayahan mereka dalam melaksanakan tugas memberi kesedaran kepada saya betapa beruntungnya bertugas di Kuala Lumpur.
Refleksinya, pelbagai idea yang dibincangkan amat memotivasikan diri saya untuk menjadi GC terbaik dalam kalangan anak didik saya terutama sekali dalam mata pelajaran kepakaran saya iaitu SEJARAH. Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya menghadiri seminar ini!
Wakil SISC Kuala Lumpur ...

Labels:

Thursday, November 8, 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN AKADEMIK

07 Nov 2012 (Rabu) - Saya telah menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan Akademik bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur mulai jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini dikendalikan oleh pihak PPWPKL yang dihadiri oleh Guru Cemerlang dan Guru Akademik Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Bengkel ini bermatlamat untuk memberi pendedahan secara jelas berkaitan dengan 'Pemimpin Cemerlang' (Pn Shamshiah Ahmad), 'Program i-THINK' (Pn Besrah Bakar) dan 'Transformasi Dalam Pendidikan' (Pn Faridah Abd Ghani). Refleksinya, bengkel ini amat bermanfaat kepada saya dan mampu memberi input serta idea kreatif ke arah melestarikan diri saya sebagai GC SEJARAH yang terbaik kepada anak didik saya ... amin!

Labels:

Wednesday, November 7, 2012

PENDIDIKAN BESTARI UNTUK GURU CEMERLANG

Salam semua ... berikut disertakan bahan Bengkel Pemantapan Pengurusan Akademik yang disediakan oleh Pn Shamshiah bt Ahmad, Pengetua Cemerlang SMK Seri Bintang Utara yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur pada 07 November 2012 (Rabu). Semoga perkongsian ini mampu dimanfaatkan demi kecemerlangan bersama ... terima kasih Kak Sham.. u're great!
PENDIDIKAN BESTARI UTK GURU CEMERLANG
View more presentations or Upload your own.

Labels:

Wednesday, March 21, 2012

Contoh RPH Lesson Study

Berikut disertakan contoh RPH untuk Lesson Study ...

Contoh RPH Lesson Study

Labels:

Tuesday, September 22, 2009

PROFIL GURU CEMERLANG




Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.



Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum murid / pelajarnya.

Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dan taksiran dalam 5 aspek berikut:

1. KECEMERLANGAN PERIBADI

Mempunyai keyakinan diri
Berakhlak dan bermoral
Bersikap adil dan bertimbang rasa
Beramanah dan bertannggugjawab
Kreaktif dan inovatif
Sentiasa mengurus diri dengan kemas
Sedia berkongsi dan berkerjasama
Bersikap terbuka
Bersikap positif

2. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Mengamalkan budaya ilmu
Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan objektif
Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid/pelajar sekolah, minit mesyuarat, dokumentasi dan penerbitan sekolah
Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan
Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran
Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

Pengurusan keceriaan bilik darjah
Berjaya membimbing murid/pelajar mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran
Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran
Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya
Memberi kerja bertulis dan latihan megikut kekerapan yang sesuai
Memberi bimbingan pelajaran pelajaran kepada murid/pelajar di luar waktu pengajaran
Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran
Sentiasa merangsang murid/pelajar berfikir
  • Merancang pelajaran yang baik
    Hasil pembelajaran murid/pelajar menunjukkan peningkatan
    Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen
    Peranan dalam kokurikulum sebagai guru penasihat atau jurulatih
    Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid/pelajar

    4. KECEMERLANGAN KOMUNIKASI

    Memulakan atau merintis sesuatu usaha dan berupaya meneruskan usaha itu
    Berjaya berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan secara lisan dan bertulis
    Sentiasa memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat sekolah

    5. KECEMERLANGAN POTENSI

    Menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum sekurang-kurangnya di peringkat sekolah dan daerah
    Penglibatan dalam kursus, seminar, bengkel peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan sebagai fasilitator, penyedia kertas kerja dan penceramah
    Sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya sebagai pendidik
    Mempunyai wawasan

    Sumber Bahan: Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang

    Labels:

  • SASARAN KERJA TAHUNAN GURU CEMERLANG

    Tugas Utama ( A )
    Membuat perancangan pembelajaran dan pengajaran supaya dapat mencapai tahap yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua/PPD dan mengajar mata pelajaran kepakarannya.


    Peratusan Masa 70 %


    Tugas Utama ( B )
    Memimpin atau membantu dalam tugas Kurikulum dan Kokurikulum berkaitan dengan mata pelajarannya.

    Peratusan Masa 10 %


    Tugas Utama ( C )
    Melaksanakan tugas khusus bimbingan murid/pelajar serta peningkatan profesionalisma guru-guru di sekolahnya.

    Peratusan Masa 10 %


    Tugas Utama ( D )

    Melaksanakan tugas-tugas khas yang diberi oleh PPD, Pengarah JPN, Pengarah Bahagian dengan restu KPPM.

    Peratusan Masa 10 %

    Labels:

    CONTOH KAJIAN TINDAKAN SEJARAH

    Di bawah ini disertakan contoh-contoh Kajian Tindakan Sejarah yang dimuat turun daripada laman web terpilih yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji ke arah meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah. Terima kasih kepada mereka semua!

    Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam P&P Sejarah


    Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

    Penggunaan Sistem Trek Dalam P&P Sejarah

    Penggunaan Tema Dalam Meningkatkan Penguasaan Fakta Sejarah

    Sistem Pembelajaran N-P (Nota Poket) Meningkatkan Daya Ingatan Pelajar

    Kaedah Permainan Bahasa Dalam P&P Sejarah

    Pembelajaran Aktif Untuk Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah

    Labels:

    Thursday, September 17, 2009

    14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja


    Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

    1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.

    2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.

    3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.

    4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.

    5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.

    6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.

    7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.

    8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.

    9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.

    10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.

    11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

    12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.

    13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.

    14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

    Selamat Menjalankan Tugas. Sekian.

    Petikan Sumber: http://www.cikgublog.com/

    Labels:

    Saturday, September 12, 2009

    Bahan-Bahan Rujukan GC

    Surat Siaran Pengisian GC

    Pekeliling KPA Bil 8 Tahun 1991 - Fail Meja

    Manual Prosedur Kerja & Fail Meja

    Terma Rujukan Konsep GC

    Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

    Peranan & Tanggungjawab GC

    Labels: