CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Friday, August 15, 2008

KERTAS SPM 1249/2- SEJARAH KERTAS 2

KERTAS 2 : SOALAN ESEI

1. Soalan kertas 2, Sejarah SPM KBSM bertujuan menilai dan menguji kebolehan pelajar membuat tafsiran, menyusun maklumat, menghurai isi serta memberi hujah-hujah yang munasabah.

2. Soalan-soalan kertas 2 sejak dua tahun kebelakangan ini terdiri daripad beberapa ceraian-ceraian dalam sesuatu soalan dan tidak memperlihatkan kesinambungan atau perkaitan. Namun begitu soalan 1994, ceraian-ceraian dalam sesuatu soalan ternyata mempunyai kesinambungan atau perkaitan.
3. Calon perlu menjawab semua ceraian soalan dalam setiap soalan yang dipilih kerana setiap ceraian soalan mempunyai markah yanng tertentu.

4. Calon mesti membahagikan masa dengan sebaik-baiknya agar tumpuan masa yang diberi seimbang dengan markah yang diperuntukkan mengikut seraian-seraian soalan.

5. Calon tidak digalakkan menggunakan lebih daripada 30 minit untuk sesuatu soalan.

6. Era untuk menghafal tarikh dan mengingat tahun serta contoh-contoh yang banyaj sudah berlalu untuk menjawab soalan Sejarah Kertas 2 SPM. Ini disebabkan kebanyakan soalan sejarah SPM kini berkaitan dengan konsep-konsep penting, peranan tokoh dan peristiwa-peristiwa penting.

7. Calon-calon biasanya akan diminta menjelaskan, menghuraikan serta membandingkan fakta-fakta penting, sebab-sebab serta kesan-kesan daripada sesuatu peristiwa.

8. Pemilihan soalan sangat penting. Calon perlu memastikan soalan yang dipilih itu benar-benar dapat menjawab dengan kesemua ceraian soalan yang diberi.

9. Sebelum menjawab, calon perlu menyediakan rangka jawapan sebelum menjawab dalam bentuk esei agar tidak berlaku keciciran, hilang idea dan panik semasa menjawab soalan.

10. Pastikan anda menjawab soalan seperti yang diarahkan iaitu, 3 soalan daripada Bahagian A dan 1 soalan daripada Bahagian B.

11. Terdapat beberapa catatan yang sering dituliskan oleh pemeriksa dalam skrip jawapan calon yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan calon. Misalnya : � kabur�, � tidak diperlukan�, �ulangan�, �tidak diterima�

12. Ingat!Calon perlu menjawab dalam bentuk esei dan bukannya �poin form� ataupun berbentuk �nota�.

Kaedah menjawab soalan:
(a) Jawapan mestilah jelas dan teratur

(b) Setiap isi penting harus ditulid dalam perenggan yang berasingan

(c) Mestilah menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami

(d) Menggunakan ayat yang pendek sekiranya penguasaan bahasa adalah kurang baik

(e) Jawapan mestilah berkaitan dengan apa yang dipersoalkan dan mengandungi fakta-fakta tepat

(f ) Setiap hujah mestilah disokong dengan huraian panjang labar fakta-fakta atau contoh-contoh yang menyakinkan ( memadai dengan hanya 2-3 contoh )

(g) Jawapan sebaik-baiknya mempunyai pengenalan dan kesimpulan ringkas sahaja

(h) Jawapan yang baik memerlukan perspektif sejarah yang wajar

13. Sekiranya sesuatu soalan mempunyai beberapa ceraian, anda mestilah manjawab soalan-soalan mengikut urutannya.

(a) Bagi soalan yang mempunyai beberapa ceraian, nombor soalan perlu ditulis dan diasingkan mengikut urutannya

(b) Ramai calon yang mencampur aduk jawapan tanpa megikut urutan ceraian soalan

(c) Penekanan jawapan adalh berdasarkan fakta yang lengkap.

14. Sebelum menyerahkan kertas jawapan, anda perlu memastikan :

(a) Semua kertas jawapan ditulis nombor kad pengenalan dan nombor giliran dengan betul

(b) Nombor soalan ditulis dengan jelas dan betul dalam semua kertas jawapan

(c) Menyusun kertas jawapan dengan betul


JENIS-JENIS SOALAN ESEI

Kabanyakan soalan esei mempunyai bentuk dan jenis berikut :
(a) Soalan jenis perbandingan
(b) Soalan jenis huraian
(c) Soalan jenis perbincangan
(d) Soalan jenis rencana

Rangka Jawapan (a)

Berikan perbezaan antara Adat Temenggung dan dengan Adat Perpatih

Adat Perpatih disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berpusat di Pagar Ruyung. Manakala Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggung yang berpusat di Palembang.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Manakalan Adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain kecuali Negeri Sembilan dan Naning.

Pemerintahan Adat Perpatih secara demokratik. Kuasa pemerintahan tidak hanya terlrtak di tangan seorang raja sahaja. Pemerintah bawak memilih pemimpin atas. Manakala, Adat Temenggung adalag secara autokratik. Kuasa tertinggi terletak pada tangan Raja. Raja mangkat diganti oleh putera sulung. Jikalau raja tidak mempunyai anak lelaki, maka pemerintahan diganti oleh adik lelaki raja. Pembesar dilantik untuk mentadbir negara.

Hukuman Adat Perpatih bersifat pemulihan dan konsep jalian kekeluargaan. Contohnya, kesalahan membunuh, diseksakan dengan seseoranga daripada suku pihak pembunuh mengambil tempat si mati keluarga yang kehilangan itu. Manakala hukuman Adat Temenggung adalah lebih keras. Kesalahan yang dilakukan oleh seseorang adalah setimpal. Contohnya, seseorang mematah tangan seseorang, maka tangan akan dipatahkan.

Dari segi jurai keturunan Adat Perpatih, ibu lebih dipentingkan dan perhubungan antara ahli satu suku adalah rapat dan bersaudara. Perkhawinan mesti dengan suku lain. Manakala dari segi jurai keturunan Adat Temenggung, ibu an bapa sama dipentingkan. Perkhawinan boleh dengan sesiapa asalkan tiada pertalian darah.

Sistem perwarisan harta bagi Adat Temenggung boleh dikaitkan dengan tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan pembahagian harta pusaka. Anak lelaki diberi lebih tanggungjawab daripada anak perempuan. Hak utama ke atas harta kepada anak lelaki. Adat Perpatih memberatkan perwarisan harta di sebelah ibu dan anak perempuan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home