CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Wednesday, May 6, 2009

Kesatuan Melayu Muda(KMM)



Sejarah Ringkas KMM:
  • Ditubuhkan pada tahun 1939
  • Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob(wartawan akhbar Majlis)
Objektif:
  • Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
  • Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
  • Tujuan penubuhan KMM ialah lebih bersifat politik
  • KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu
Tindakan Ibrahim Haji Yaakob:
  • Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun
  • Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish
  • Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan
  • Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British
  • Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British
Kesannya:
  • Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan 150 orang penyokong KMM ditangkap British akhir tahun 1941 & dipenjarakan di Changi, Singapura
Kepentingan & Perjuangan KONGRES MELAYU:
  • Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua
  • Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri telah dibincangkan
  • Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu
  • Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi masalah sosiekonomi & politik Orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian
  • Kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu di seluruh Semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme
Sumber Utama: http://sukosenseispm.blogspot.com/

Labels:

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Boleh tak tnya? Cikgu saya suruh buat nota. Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) gagal mencapai objektif.

February 15, 2016 at 9:05 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home