CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Tuesday, September 22, 2009

PROFIL GURU CEMERLANG




Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.



Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum murid / pelajarnya.

Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dan taksiran dalam 5 aspek berikut:

1. KECEMERLANGAN PERIBADI

Mempunyai keyakinan diri
Berakhlak dan bermoral
Bersikap adil dan bertimbang rasa
Beramanah dan bertannggugjawab
Kreaktif dan inovatif
Sentiasa mengurus diri dengan kemas
Sedia berkongsi dan berkerjasama
Bersikap terbuka
Bersikap positif

2. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Mengamalkan budaya ilmu
Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan objektif
Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid/pelajar sekolah, minit mesyuarat, dokumentasi dan penerbitan sekolah
Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan
Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran
Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

Pengurusan keceriaan bilik darjah
Berjaya membimbing murid/pelajar mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran
Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran
Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya
Memberi kerja bertulis dan latihan megikut kekerapan yang sesuai
Memberi bimbingan pelajaran pelajaran kepada murid/pelajar di luar waktu pengajaran
Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran
Sentiasa merangsang murid/pelajar berfikir
  • Merancang pelajaran yang baik
    Hasil pembelajaran murid/pelajar menunjukkan peningkatan
    Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen
    Peranan dalam kokurikulum sebagai guru penasihat atau jurulatih
    Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid/pelajar

    4. KECEMERLANGAN KOMUNIKASI

    Memulakan atau merintis sesuatu usaha dan berupaya meneruskan usaha itu
    Berjaya berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan secara lisan dan bertulis
    Sentiasa memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat sekolah

    5. KECEMERLANGAN POTENSI

    Menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum sekurang-kurangnya di peringkat sekolah dan daerah
    Penglibatan dalam kursus, seminar, bengkel peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan sebagai fasilitator, penyedia kertas kerja dan penceramah
    Sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya sebagai pendidik
    Mempunyai wawasan

    Sumber Bahan: Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang

    Labels:

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home