CIKGUADIES WEBLOG....!

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada saya di haidie67@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Tersendiri © 2009 http://cikguadies.blogspot.com




MARI BELAJAR SEJARAH ...

Mari Kita Belajar Sejarah,
Demi Jadi Rakyat Sejati,
Agar Hidup Lebih Terarah,
Jangan Kita Menyesal Nanti.

PENCERAMAH SEJARAH SPM TUISYEN ATAU KELAS DI RUMAH

2013 Sejarah WAJIB LULUS! Anda perlukan lebih kefahaman & kemahiran subjek Sejarah? Perlu khidmat kepakaran Guru Cemerlang Sejarah yang berpengalaman? Dengan harga khidmat yang berpatutan, sila hubungi saya SEGERA sebelum anda ketinggalan! Emel saya sebelum jadual saya penuh pada tahun ini di haidie67@gmail.com ...


Anda Tanya CikguAdies Jawab!

Thursday, November 8, 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN AKADEMIK

07 Nov 2012 (Rabu) - Saya telah menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan Akademik bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur mulai jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini dikendalikan oleh pihak PPWPKL yang dihadiri oleh Guru Cemerlang dan Guru Akademik Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Bengkel ini bermatlamat untuk memberi pendedahan secara jelas berkaitan dengan 'Pemimpin Cemerlang' (Pn Shamshiah Ahmad), 'Program i-THINK' (Pn Besrah Bakar) dan 'Transformasi Dalam Pendidikan' (Pn Faridah Abd Ghani). Refleksinya, bengkel ini amat bermanfaat kepada saya dan mampu memberi input serta idea kreatif ke arah melestarikan diri saya sebagai GC SEJARAH yang terbaik kepada anak didik saya ... amin!


Nak Baca Lagi...

Wednesday, November 7, 2012

PENDIDIKAN BESTARI UNTUK GURU CEMERLANG

Salam semua ... berikut disertakan bahan Bengkel Pemantapan Pengurusan Akademik yang disediakan oleh Pn Shamshiah bt Ahmad, Pengetua Cemerlang SMK Seri Bintang Utara yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur pada 07 November 2012 (Rabu). Semoga perkongsian ini mampu dimanfaatkan demi kecemerlangan bersama ... terima kasih Kak Sham.. u're great!
PENDIDIKAN BESTARI UTK GURU CEMERLANG
View more presentations or Upload your own.

Nak Baca Lagi...

Monday, November 5, 2012

TAJUK PANAS SEJARAH SPM K2 TAHUN 2012

 Salam sumer .. berikut merupakan tajuk2 panas terkini yang saya peroleh .. sila bandingkan ya .. selamat menjawab!

PILIHAN 1 - STRUKTUR
1. T4B3 - Maritim - Kedah Tua / Pelabuhan entreport / Sbb maritim perlukan agraria
2. T4B4 - Semangat Assabiah
3. T4B7 - Islam di AT - Kerajaan awal / Peranan pedagang / Pusat ilmu / Usaha mubaligh
4. T4B10 - Dwiekonomi - Tradisional / jenis kegiatan / Kesan 
ESEI
5. T4B1 - Tamadun Mesopotamia / Undang2 Hammurabi
6. T4B3 - Sistem pemerintahan beraja / Candi Borobudur
7. T4B5 - Bukti Islam tersebar bukan melalui perang / Perjanjian Hudaibiyah
8. T4B6 - Pertembungan tamadun / Penyebaran Islam ke Eropah
9. T4B10 - Kemasukan Cina & India / Kewangan & Insurans

PILIHAN 2 - STRUKTUR
1. T4B2 - Tamadun Yunani - Pemerintahan / Sumbangan / Demokrasi
2. T4B5 - Penyebaran Islam di Makkah - cara / Sebab penetangan / Kepentingan beragama
3. T4B7 - Pengaruh Islam di AT - Pemerintahan / Pendidikan / Bahasa & sastera / Kesenian
4. T5B1 - Nasinalisme Thai - Sebab2 tahap 1 / Ekonomi kapitalis

ESEI
5. T4B2 - Tamadun India - Ekonomi / Pendidikan
6. T4B7 - Pengaruh Islam di AT - Ekonomi / Gaya hidup / Cara gemilangkan Islam
7. T4B10 - Pembandaran / Kesihatan / Usaha bangunkan negara
8. T5B2 - Akhbar, majalah & Novel - Isu sosial / pendidikan / politik / ekonomi / Tugas pengarang 1930-an / Cara tanamkan semangat kebangsaan
9. T5B3 - Pentadbiran - Kelantan / N9 / Sebab pentadbiran tradisi perlu dikekalkan

Terima kasih!

 

Nak Baca Lagi...