CIKGUADIES WEBLOG....!

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada saya di haidie67@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Tersendiri © 2009 http://cikguadies.blogspot.com




MARI BELAJAR SEJARAH ...

Mari Kita Belajar Sejarah,
Demi Jadi Rakyat Sejati,
Agar Hidup Lebih Terarah,
Jangan Kita Menyesal Nanti.

PENCERAMAH SEJARAH SPM TUISYEN ATAU KELAS DI RUMAH

2013 Sejarah WAJIB LULUS! Anda perlukan lebih kefahaman & kemahiran subjek Sejarah? Perlu khidmat kepakaran Guru Cemerlang Sejarah yang berpengalaman? Dengan harga khidmat yang berpatutan, sila hubungi saya SEGERA sebelum anda ketinggalan! Emel saya sebelum jadual saya penuh pada tahun ini di haidie67@gmail.com ...


Anda Tanya CikguAdies Jawab!

Wednesday, January 28, 2009

Peer-tutoring Sejarah Siri 1 (2008)


Nak Baca Lagi...

Tuesday, January 27, 2009

Lagu Tiga Kupang


Nak Baca Lagi...

Buried Evidence


Nak Baca Lagi...

Piramid Agung Kufu



Piramid Agung Kufu







Piramid Agung Kufu daripada gambar abad ke-19.



Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

Lokasi

Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.

Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi.

Pembinaan

Pada waktu pembinaan, ketinggian Piramid Agung Kufu 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar (13 ekar).

Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kairo oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.

Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Piramid_Besar_Kufu
Nak Baca Lagi...

Piramid



Piramid Mesir






Lakaran garis bentuk piramid






Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.


Binaan piramid

Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.

Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)

Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.
Piramid di Mexico

Beberapa peradapan Mesoamerika seperti Maya, juga membina binaan berbentuk pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya digunakan sebagai tempat pengorbanan manusia dan haiwan.

Terdapat juga monumen silam berbentuk piramid di Amerika Tengah dan sebahagian Asia.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Piramid
Nak Baca Lagi...

Link Tokoh-Tokoh Sejarah Yang Berpengaruh Di Dunia

Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (Ibn Khaldun)

Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."
- Ibn Khaldun

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibn_Khaldun
Nak Baca Lagi...

Maharaja Meiji


Maklumat Penting Maharaja Meiji:

* Maharaja Meiji 明治天皇
* Maharaja Jepun
* Pemerintahan - 3 Februari 1867 hingga 30 Julai 1912
* Pertabalan pada 3 Februari 1867
* Lahir pada 3 November, 1852
* Mangkat pada 30 Julai, 1912
* Maharaja terdahulu ialah Maharaja Kōmei
* Pengganti baginda ialah Maharaja Taishō
* Pasangan - Maharani Shōken
* Anakanda bernama Putera Raja Yoshihito, Puteri Masako, Puteri Fusako, Puteri Nobuko, Puteri Toshiko
* Kerabat diraja - Istana Diraja Jepun
* Ayahanda - Maharaja Kōmei
* Bonda - Nakayama Yoshiko


Maharaja Meiji (明治天皇, Meiji-tennō?) (3 November 1852 — 30 Julai 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda.

Nama diri baginda ialah Mutsuhito (睦仁, Mutsuhito?). Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat. Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat. Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan.

Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan daimyo yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara. Apabila baginda mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam negara (Lihat Pemulihan Meiji) dan timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia.

Garis masa peristiwa-peristiwa sepanjang riwayat dan pemerintahan Maharaja Meiji


Riwayat dan pemerintahan Meiji mengundang banyak perubahan besar kepada masyarakat feudal Jepun. Berikut adalah garis masa peristiwa-peristiwa utama:

* 3 November 1852: Meiji (ketika itu dikenali sebagai Sachinomiya) dilahirkan oleh gundik diraja Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei

* 1853: Searmada kapal di bawah pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry tiba di Jepun pada 8 Julai; dianggap sebagai "Pembukaan" Jepun. Kematian Syogun.

* 1854–55: Penandatanganan perjanjian bersama Amerika Syarikat oleh Bakufu.

* Akhir 1850-an–1860-an: Gerakan "sonno-joi" menjadi giat sepenuhnya.

* 1858: Penandatanganan perjanjian bersama Belanda, Empayar Rusia dan Great Britain oleh Bakufu.

* 1860:
o Mac: Tairo Ii Naosuke, dibunuh.
o 11 November: Sachinomiya secara rasminya diisytiharkan Putera Raja dan dikurniakan nama diri Mutsuhito.

* 1862: Peristiwa Namamugi

* 1864–65: Serangan Shimonoseki oelh kapal-kapal British, Amerika, Perancis dan Belanda; disusuli pertelingkahan antara pihak syogun dan Choshu.

* 1866: Kematian Syogun, Tokugawa Iemochi pada 29 Ogos; pelantikan Tokugawa Yoshinobu sebagai Syogun.

* 1867:
o 4 Januari: Pemulihan rasmi pemerintahan diraja; tamatnya pemerintahan syogun Tokugawa setelah 265 tahun
o 31 Januari: Kemangkatan Maharaja Komei akibat penyakit cacar berdarah, penaikan takhta Mutsuhito secara tidak rasmi.
o 12 September: Pertabalan rasmi Maharaja Meiji.
o 23 Oktober: Nengo ditukar ke tahun pertama Meiji.
o 6 November: Ibu negara berpindah dari Kyoto ke Edo, dinamakan semula sebagai Tokyo.

* Akhir 1860-an–1881: Zaman pemberontakan dan pembunuhan di Jepun.

* 1869
o 11 Januari: Perkahwinan Meiji ke Ichijo Haruko yang mulai saat itu bergelar Maharani Shoken.
o 4 September: Meiji menyambut Duke Edinburgh.

* 1871: Pemansuhan kawasan han diisytiharkan.

* 1873: Istana Edo ranap akibat kebakaran; maharaja berpindah ke Istana Akasaka. Putera-puteri sulung baginda lahir tanpa nyawa.

* 1877: Pemberontakan Satsuma

* 1878: Pembunuhan Okubo Toshimichi.

* 31 Ogos 1879: Kelahiran Putera Yoshihito, putera tunggal Meiji yang bakal menjadi Maharaja Taisho.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Meiji
Nak Baca Lagi...

Tomoyuki Yamashita, Jeneral


Jeneral Tomoyuki Yamashita (kiri) bersama Mejar Polis Tentera Mejar Kenworthy (kanan) in Manila, 1945


Jeneral Yamashita semasa Perbicaraan


Lt Jen Yamashita (duduk, tengah) menumbuk meja dengan tangannya untuk memaksa Panglima British Lt Jen Percival untuk menyerah kalah. (Foto Imperial War Museum).




Jeneral Tomoyuki Yamashita (山下 奉文 Yamashita Tomoyuki) (8 November 1885 – 23 Februari 1946) adalah seorang Jeneral Tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Dia paling dikenali kerana berjaya memimpin Ketumbukan Ke-25 Tentera Jepun semasa kempen penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Kerana kejayaan ini, Yamashita menerima jolokan “Harimau Malaya”.

Biografi

Yamashita dilahirkan di sebuah perkampungan kecil bernama Osugi Mura di Pulau Shikoku pada 8 November 1885. Selepas lulus dari Akademi Kadet dalam tahun 1905, Yamashita menghadiri Maktab Peperangan Tentera Darat (Army War College (Japan)) dalam tahun 1913 hingga tahun 1916. Dalam tahun-tahun 1919 hingga 1922, Yamashita ditugaskan sebagai Atase Pertahanan di Berlin, Jerman dan di Bern, Switzerland.
Lt Jen Yamashita (duduk, tengah) menumbuk meja dengan tangannya untuk memaksa Panglima British Lt Jen Percival untuk menyerah kalah. (Foto Imperial War Museum).

Walaupun dia berkebolehan, Yamashita tidak disenangi oleh pucuk pimpinan Tentera kerana penglibatan beliau dalam kumpulan pendesak dalam tahun 1920-an dan 1930-an. Yamashita berselisihan faham dengan Menteri Perang (Menteri Pertahanan) Hideki Tojo yang memimpin kumpulan "Control Faction" yang menjadi saingan utama kepada kumpulan "Imperial Way" yang menjadi ikutan Yamashita.

Yamashita juga tidak disukai oleh Maharaja Showa kerana telah membuat rayuan belas kasihan daripada Maharaja ke atas kumpulan pegawai yang memberontak dalam Kejadian 26 Februari 1936 (Pemberontakan Pegawai-Pegawai Muda). Yamashita juga mendesak supaya Jepun meninggalkan wilayah China dan untuk mengadakan perhubungan baik dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini menyebabkan Yamashita tidak diambil peduli dan ditugaskan ke jawatan tidak penting dalam Tentera Kwangtung .

Dari tahun 1938 hingga 1940, Yamashita menjadi panglima Divisyen Ke-4 Infantri dan terlibat dalam operasi pembasmian pemberontakan di China yang menentang penjajahan Jepun. Dalam bulan Disember 1940, Yamashita dihantar menjalankan tugasan sulit ke Jerman dan Itali di mana dia berjumpa dengan Hitler dan Mussolini

Malaya dan Singapura: Pertempuran Malaya

Kempen Di Malaya berkesudahan dengan kekalahan Tentera British seramai lebih 130,000 orang oleh 30,000 orang askar Jepun dan menaikkan nama Yamashita

Pada 6 November 1941, Yamashita dilantik menjadi Panglima Ketumbukan ke-25 Tentera Jepun. Pada 8 Disember 1941, Yamashita melancarkan kempen untuk menakluk Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura daripada pangkalan-pangkalan di Indochina. Dalam kempen yang berkesudahan dengan kekalahan Tentera British seramai lebih 130,000 orang oleh 30,000 orang askar Jepun menaikkan nama Yamashita. Gambar Lt. Jen. A. E. Percival berjalan dengan bendera putih dipaparkan di seluruh dunia dan disifatkan oleh Winston Churchill sebagai kekalahan paling teruk dalam sejarah ketenteraan British. Kejayaan Yamashita membuatkannya diberikan gelaran “Harimau Malaya”.

Kempen penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan penaklukan Singapura diiringi oleh banyak kejadian kekejaman yang dilakukan oleh askar-askar Jepun seperti Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong melibatkan ratusan askar Australia dan India yang cedera dibunuh oleh askar-askar dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun, pembunuhan kakitangan dan pesakit di Hospital Tentera Alexandra, Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching di mana lebih 5,000 orang awam berbangsa Cina dibunuh secara sistematik sebagai pembersihan elemen-elemen yang memusuhi Jepun di kalangan masyarakat tersebut. Penglibatan Yamashita di dalam perlaksanaan kekejaman ini masih menjadi bahan perbahasan.

Pad 17 Julai 1942, Yamashita dihantar dari Singapura ke Manchuria sebagai Panglima Ketumbukan Tentera Pertama, dan dengan ini terasing daripada sebahagian besar Perang Pasifik. Pengasingan Yamashita sekali lagi disebabkan oleh permusuhan Perdana Menteri Hideki Tojo, yang menggunakan kesilapan Yamashita semasa berucap di Singapura sebagai alasan pengasingannya. Yamashita tersilap cakap apabila memanggil rakyat di Singapura sebagai “rakyat empayar Jepun” sedangkan Kerajaan Jepun tidak menganggap rakyat jajahan takluknya sebagai rakyat Jepun dan tidak diberikan hak dan keistimewaan yang diberikan kepada rakyat Jepun..

Filipina

Dalam tahun 1944, apabila keadaan perang semakin getir di Jepun, Jeneral Yamashita dijadikan panglima Ketumbukan Tentera Ke-14 yang ditugaskan mempertahankan Filipina. Tentera Amerika Syarikat mendarat di Teluk Leyte 10 hari selepas ketibaan Yamashita di Manila. Pada 6 Januari 1945, ketumbukan tentera ke-6 Amerika Syarikat mendarat di Teluk Ligayen di Pulau Luzon

Yamashita memerintah 262,000 orang anggota tentera yang dibahagikan dalam 3 kumpulan pertahanan. Yamashita berusaha menyusun semula tenteranya tetapi terpaksa berundur dari Manila ke kawasan pergunungan di utara Luzon. Selepas berundur dari Manila, anggota Tentera Jepun membubuh lebih daripada 100,000 orang awam Filipina dalam Pembunuhan beramai-ramai Manila semasa peperangan sengit rumah ke rumah di antara tempoh 4 Februari 1945 hingga 3 Mac 1945.

Yamashita menggunakan taktik berlengah untuk mengekalkan pasukan tenteranya di Kiangan, sebahagian daripada Wilayah Ifugao sehingga 2 September 1945 apabila Jepun menyerah kalah. Tenteranya, kini berjumlah kurang daripada 50,000 orang menyerah kalah kepada Jeneral Arthur Percival (Panglima Markas Gerakan Tanah Melayu) dan Jonathan Wainwright (Panglima Tentera Amerika di Bataan semasa saat penyerahan kalah tahun 1942). Walaupun dia disangkakan akan melakukan Seppuku sebelum saat menyerah kalah, Yamashita sendiri tidak melakukan Seppuku dengan alasan “orang lain akan perlu bertanggungjawab”.

Perbicaraan dan Kontroversi

Daripada 29 Oktober 1945 hingga 7 Disember 1945, Suruhanjaya Tentera Amerika Syarikat membicarakan Jeneral Yamashita atas tuduhan jenayah perang berkaitan dengan Pembunuhan beramai-ramai Manila. Suruhanjaya tersebut mendapati Yamashita bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Jeneral Yamashita. Ke sini menjadi duluan (precedent) berkenaan tanggungjawab pemerintah (command responsibility) dan prinsip ini dikenali dengan nama Standard Yamashita. Duluan ini disebut dalam perbicaraan ke atas Lt. William Calley atas tuduhan Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai.

Kesahihan perbicaraan yang dibuat secara tergesa-gesa telah dipersoalkan oleh banyak pihak, kerana terdapat banyak bahan bukti yang menunjukkan kepada hakikat bahawa Yamashita tidak sedar akan kekejaman yang dilakukan oleh askar-askarnya, ataupun tidak berupaya mengawal sepenuhnya askar-askarnya disebabkan oleh gangguan komunikasi yang disebabkan oleh tindakan dan penyesakan oleh Tentera Amerika Syarikat semasa serangan mereka. Salah satu daripada kekejaman yang dituduhkan ke atas Yamashita terbukti dilakukan oleh sebuah unit yang telah ingkar perintah Yamashita untuk berundur.

Kekejaman lain juga cuba dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas Yamashita. Pembunuhan kakitangan dan pesakit di Hospital Tentera Alexandra dipertanggungjawabkan ke atas Yamashita sedangkan pegawai yang bertanggungjawab untuk kekejaman ini telah dihukum bunuh oleh Yamashita sebaik sahaja pembunuhan ini disampaikan kepada pengetahuan Yamashita. Di Filipina pula, pembunuhan beramai-ramai di Manila yang dilakukan oleh unit-unit Tentera Laut Imperial Jepun yang terkepung juga dipertanggungjawabkan kepada Yamashita sedangkan ia tidak ada kuasa ke atas unit-unit Tentera Laut.

Sesetengah pihak merumuskan bahawa dendam Jeneral Douglas MacArthur kerana penjajahan dan pendudukan Jepun di Filipina mendorong beliau untuk mengadakan perbicaraan dan seterusnya hukuman mati Yamashita secara terburu-buru seperti mana dilakukannya ke atas perbicaraan Jeneral Masaharu Homma (Panglima yang mengalahkannya semasa penaklukan Jepun dui Filipina dalam tahun 1942 yang menyebabkan MacArthur terpaksa melarikan diri ke Australia)

Semasa perbicaraan, tindakan dan kesungguhan usaha serta dedikasi peguambela yang ditugaskan membela Yamashita cukup mengkagumkan Yamashita dan memulihkan semula rasa hormatnya kepada bekas musuhnya. Peguam Amerika Harry E. Clarke, Sr., yang berkhidmat sebagai Kolonel Tentera Darat dan berkhidmat sebagai Ketua Peguambela Yamashita membawa rayuan kes Yamashita ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang mengesahkan dengan undi 7-2 keputusan Suruhanjaya Tentera tersebut. Selepas itu, Clarke membuat rayuan belas ihsan kepada Presiden Truman, yang enggan memberikan kelonggaran dan enggan meringankan hukuman ke atas Yamashita dan sebaliknya menyerahkan perkara hukuman Yamashita kepada pengurusan Tentera. Apabila sampai tempoh. Jeneral MacArthur mengesahkan hukuman yang dijatuhkan oleh Suruhanjaya Tentera dan pada 23 Februari 1946, Tomoyuki Yamashita menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Los Banos.

Hidup Peribadi

Yamashita berkahwin dengan anak perempuan Jeneral Nagayama dalam tahun 1916. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Yamashita gemarkan memancing, muzik dan tidak pernah belajar memandu kereta. Sebaliknya, beliau lebih gemar menunggang kuda.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tomoyuki_Yamashita
Nak Baca Lagi...

Hideki Tojo, Jeneral



Maklumat Penting Hideki Tojo:

* Perdana Menteri Jepun ke-40
* Tarikh berkhidmat dalam pejabat 18 Oktober 1941 – 22 Julai 1944
* Raja memerintah ialah Maharaja Showa
* Lahir pada 30 Disember 1884 di Tokyo, Jepun
* Meninggal pada Disember 23 1948 (umur 63 tahun) di Tokyo, Jepun
* Warganegara Jepun


Hideki Tojo (Kyūjitai: 東條 英機; Shinjitai: 東条 英機; Tōjō Hideki (bantuan·maklumat)) (30 Disember 1884 – 23 Disember 1948) ialah seorang Jeneral dalam Tentera Diraja Jepun dan juga Perdana Menteri Jepun yang ke-40 ketika kebanyakan tempoh Perang Dunia II, dari 18 Oktober 1941 hingga 22 Julai 1944. Tojo selaku salah seorang daripada ahli fikir nasionalisme dan juga penyokong perang terhadap China dan negara-negara lain itu dihukum mati kerana jenayah perang selepas tamatnya perang dan dihukum gantung selepas satu undian oleh hakim-hakim Tribunal Ketenteraan Antarabangsa Timur Jauh.

Pusaka

Makam peringatan Tojo terletak di sebuah kuil di Hazu, Aichi, dan beliau juga antara yang diabadikan dalam Kuil Yasukuni yang penuh kontroversi. Tojo meninggalkan sebilangan keturunannya, termasuk cuc perempuannya, Yuko Tojo, seorang aktivis sayap kanan dan calon harapan politik yang mendakwa bahawa perang Jepun merupakan perang pertahanan diri dan adalah tidak adil bagi datuknya untuk didapati sebagai seorang penjenayah perang Kelas A. Anak lelaki kedua Tojo, Teruo Tojo, yang mereka pesawat pejuang dan penumpang ketika dan selepas perang, kemudiannya berkhidmat sebagai seorang eksekutif di Mitsubishi Heavy Industries.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hideki_Tojo
Nak Baca Lagi...

Renaissance: Zaman Pembaharuan Eropah



Lukisan Leonardo da Vinci, Vitruvian Man menunjukkan dengan jelas kesan pemikiran Zaman Pembaharuan terhadap penulis. Berdasarkan perincian dalam De architectura Vitruvius, da Vinci cuba untuk melukis sesempurna mungkin bahagian-bahagian manusia.


Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance, bahasa Perancis: Kelahiran semula, bahasa Itali: Rinascimento) ialah zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains [1].

Bermula dengan zaman pembaharuan di Itali pada abad ke-15, ia membawa era baru di mana berlakunya:

* penyambungan semula dunia Barat dengan bahan kepurbaan klasik
* penyerapan ilmu – khususnya matematik – daripada Dunia Arab
* penekanan kearah pengujikajian kesan pengaruh dari Dunia Arab
* penumpuan kepada hidup selesa pada masa sekarang (umpamanya humanisme Zaman Pembaharuan)
* letusan penyebaran pengetahuan yang disebabkan oleh pencetakan dan penciptaan teknik-teknik baru dalam bidang seni, puisi dan seni bina yang menyebabkan pula perubahan-perubahan yang pesat dalam gaya dan isi kandungan seni dan persuratan.

Gambaran keseluruhan

Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi kehidupan intelek Eropah pada tempoh awal moden. Bermula di Itali, dan tersebar ke serata Eropah menjelang abad ke-16, pengaruhnya masih ada dalam kesusasteraan, falsafah, politik, seni, sains, agama dan aspek lain dalam penyelidikan intelek. Sarjana Zaman Pembaharuan menggunakan kaedah kemanusiaan dalam pembelajaran, dan mencari realisme dan emosi manusia dalam seni.

Pemikir Zaman Pembaharuan belajar dari teks purba, selalunya penulisan Latin atau Yunani purba. Sarjana-sarjana menubuhkan perpustakaan biara Eropah yang kemudian menjadi tidak popular. Dalam teks tersebut, mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan.[1] Mereka tidak menolak Kristian; malah kebanyakan hasil kerja Zaman Pembaharuan adalah ke arah uty, dan Gereja kebanyakannya menaungi hasil kerja seni Zaman Pembaharuan. Walau bagaimanapun, peralian kecil berlaku dalam pendekatan intelektual keagamaan yang terpantul dalam banyak aspek kebudayaan.

Artis seperti Masaccio berusaha untuk menampilkan bentuk manusia secara realistik, memperkembangkan teknik untuk menonjolkan perspektif dan cahay dengan lebih semula jadi. Ahli falsafah politik, yang paling terkenal Niccolò Machiavelli, ingin memperihalkan kehidupan berpolitik seadanya dan memperkembangkan kerajaan dalam asasnya. Sebagai tambahan, untuk mempelajari Latin dan Yunani klasik, penulis juga mula meningkatkan penggunaan bahasa vernakular; digabungkan dengan penciptaan percetakan, ini membolehkan ramai orang untuk memperolehi buku, terutama Bible.

Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Renaissance
Nak Baca Lagi...

Tamadun Mesir Purba







Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar 3200 SM dan 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander the Great. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas (quintessential example) empayar hidrolik.

Geografi


Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.

Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting (wooly hair)." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Expression of Particular Terms) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata "Negara Hitam - (Black Nation)".

Sejarah Mesir Purba

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkaeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

Sepanjang sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat (lihat Sejarah: Nil). Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada milenium ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).

Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.

* Senarai firaun -- Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga sekitar 30 SM.
* Dinasti (lihat juga: Daftar dinasti Mesir):
o Tempoh Dinasti Awal Mesir (Early Dynastic Period of Egypt) (Dinasti 1 - ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)
o Kerajaan Lama (Old Kingdom) (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22 SM)
o Tempoh Perantaraan Pertama (First Intermediate Period) (abad ke-7 - ke-11 SM)
o Kerajaan Pertengahan Mesir (Middle Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-11 - ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM)
o Tempoh Perantaraan Kedua (Second Intermediate Period (Dinasti ke-14 - ke-17)
+ Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)
o Kerajaan Baru Mesir (New Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-18 - ke-20; abad ke-16 - ke-11 SM)
o Tempoh Perantaraan Ketiga (Third Intermediate Period (Dinasti ke-21 - ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)
o Tempoh Akhir Mesir Silam (Late Period of Ancient Egypt) (Dinasti ke-26 - ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
+ Dinasti Akhaemenid
o Mesir Yunani-Rom (Graeco-Roman) (332 SM - 639)
+ Dinasti Ptolemaik
+ Empayar Rom

Kerajaan

Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper and Lower Egypt). Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan commander-in-chief bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.

Bahasa

Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 BC. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:

* Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 SM)
* Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 SM)
* Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 SM)
* Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM)
* Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke-7 SM–abad ke-4)
* Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke-3–abad ke-12)

Penulisan

Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji (cuneiform script) Mesopotamia ranking sebagai sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya ideografik. Hieratic adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, Ia itu, "asal - indigenous" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Greek Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keugamaan (liturgical) oleh minoriti Kristian.

Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglfika).

Alphabet (abjad) terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik sylabik (syllabic).

Tulisan

* kk. 1999 SM - Papyrus Westcar
* kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
* kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
* kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
* kk. 1000 SM Cerita Wenamun

Kebudayaan


Asas Tamadun Maju Mesir

Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.

Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.

Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam; menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.

Permulaan Zaman Kuno

Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.

Kerajaan Lama

Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.

Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.

Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman Perantaraan Pertama

Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

* Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
* Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
* Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan pertama. Keadaan huru-hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Pertengahan

Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti ke Sebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti ke Duabelas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti ke Duabelas dianggap sebagai Mesir klassik atau zaman kegemilangan.

Zaman Perantaraan Kedua

Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat. Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.

Kerajaan Baru

Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini, Ahmose merupakan pengasas Dinasti ke Lapan belas, selepas itu menubuhkan regim yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.

Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan. Dinasti kelapan belas, Dinasti Kesembilan Belas, dan Dinasti Kedua Puluh. Dengan kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun untuk dihapuskan begitu sahaja.

Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal bebas.

Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak. Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh firaun.

Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan menentukan pengistiharan firaun.

Kejatuhan politik Mesir Purba


Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad ke lapan SM dinasti gasar Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM Mesir dijajah oleh Assyrian, tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir dengan itu menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesir_purba
Nak Baca Lagi...

Tamadun Mesopotamia



Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai')[1] merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya termasuk dalam yang kini Iraq moden.[1][2][3] and western part of Iran.[4][5][6] Jelasnya, tamadun ini terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Furat (Euphrates) yang dalam bahasa Arab, tamadun ini turut dikenali sebagai بين نهرين‎ (Bayn Nahrain: antara dua sungai). Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000 batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya. Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi.Sumer di selatan Mesopotamia biasanya dikenali sebagai "Buaian Tamadun (Cradle of civilization)". Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu kota Akkad, Babylonia, Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-Baru, Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid. Pada masa yang lain, kawasan ini diperintah oleh kuasa asing, terutamanya Empayar Achaemenid, Macedonia/Seleucid, Rashidun, Umayyad, Ottoman dan British empires.

Etimologi

Muka bumi daerah Mesopotamia dicipta semasa tempoh Hellenistic tanpa sempadan yang tepat, bagi merujuk kepada kawasan muka bumi yang luas dan kemungkinannya digunakan oleh Seleucid. Istilah biritum/birit narim bersamaan dengan konsep muka bumi yang sama dan dicipta pada masa pengaraban (Aramaic) daerah tersebut.[7] Ia bagaimanapun diterima umum bahawa masyarakat Mesopotamia awal merujuk keseluruhan tanah pamah (alluvium) sebagai kalam dalam Sumerian (Harafiah. "tanah"). Istilah lebih kini seperti "Mesopotamia Raya" atau "Syro-Mesopotamia" telah diterima pakai bagi merujuk kepada muka bumi lebih luas bersamaan dengan Timur Near East atau Timur Tengah. Gelaran terkini adalah istilah PemusatEropah ([[Eurocentrism) diberikan kepada daerah tersebut pada pertengahan abad ke-19 oleh pelbagai pencerobohan kuasa Barat.[8]

Kronologi pembentukan

Tamadun ini berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 SM-5000 SM. Pada sekitar tahun 3500 SM, wilayah ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Kedudukannya yang strategik menggalakkan pembentukan banyak kerajaan. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 SM yang menjadikan orang-orang Sumeria adalah pengasas bagi tamadun ini. Orang-orang Sumer mendiami bahagian selatan Lembah Tigris-Furat dari Nipppur hingga ke Teluk Parsi. Kerajaan ini berakhir dengan Chaldea yang jatuh pada 539 SM. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia dan membawanya kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia. Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman pemerintahan yang penting iaitu:

* Sumeria — 3500 - 2340 SM
* Akkadia — 2371 - 2006SM
* Ur ke-3 — 2113 - 2006 SM
* Isin dan Larsa — 2017 - 1763 SM
* Babylon — 1894 - 1530 SM
* Kassites (Zaman Gelap) — 1530 - 1100 SM
* Assyria — 1100 - 626 SM
* Chaldea — 626 - 539 SM

Organisasi Sosial


Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran.

Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta benda suaminya dan ayahnya dan boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.

Masyarakat

Orang-orang Sumer dikatakan berasal dari kawasan pergunungan. Ini ditunjukkan dengan bangunan-bangunan awal di Sumer didirikan dengan kayu balak dan teks-teks purba yang menyebut tentang dewa orang-orang Sumer yang tingal di kawasan pergunungan. Ada juga ahli sejarahwan yang berpendapat bahawa orang-orang Sumer merupakan campuran pelbagai ras dan tamadun iaitu gabungan unsur luar dan tempatan.

Di samping orang Sumer, terdapat satu lagi bangsa utama iaitu orang Semitik. Mereka mendiami bahagian tengah Mesopotamia yang juga dikenali sebagai Akkad dan berasal dari Semenanjung Tanah Arab. Mereka telah menubuhkan empayar pertama di Mesopotamia di bawah pemimpin mereka yang utama iaitu Sargon Agung yang dikenali sebagai Empayar Akkadia. Orang-orang Amorite dan Armaean juga merupakan suku bangsa Semitik yang memainkan peranan dalam sejarah Mesopotamia.

Dewa dan Dewi utama

* Dewa Anu merupakan Dewa langit Sumeria. Dia berkahwin dengan Dewi Ki, tetapi dalam kepercayaan Mesopotamian lain dia mempunyai isteri yang dipanggil Uraš. Sungguhpun dia dianggap dewa paling penting dalam Dewa Dewi, dia memainkan peranan pasif dalam epik, membenarkan Enlil untuk mengambil keduduk sebagai dewa paling penting.
* Dewa Enlil pada awalnya merupakan dewa paling berkuasa dalam kepercayaan Mesopotamia. Isterinya adalah Dewi Ninlil, dan anak-anaknya adalah Iškur (kadang-kala), Nanna - Suen, Nergal, Nisaba, Namtar, Ninurta (kadang-kala), Pabilsag, Nushu, Enbilulu, Uraš Zababa dan Ennugi. Kedudukannya pada puncak dewa dewi (pantheon) kemudiannya digantikan oleh Marduk dan kemudiannya oleh Ashur.
* Dewa Enki (Ea) dewa kepada Eridu. Dia merupaka dewa hujan.
* Dewa Marduk merupakan dewa utama Babylon. Apabila Babylon semakin berkuasa, mithologi mengangkat Marduk dari kedudukan asalnya sebagai dewa pertanian kepada dewa utama dalam pantheon.
* Dewa Ashur merupakan dewa empayar Assyrian dan sama juga apabila Assyrians semakin berkuasa, mitos mereka mengangkat Ashur kepada kedudukan penting.
* Dewa Gula atau Dewa Utu (dalam Sumeria), Shamash (dalam Akkadian) merupakan dewa matahari dan dewa keadilan.
* Dewi Ishtar atau Dewi Inanna merupakan dewi seks dan perang.
* Dewi Ereshkigal merupakan dewi Alam Bawah (Netherworld).
* Dewa Nabu merupakan dewa tulisan Mesopotamia. Dia amat bijaksana, dan dipuji bagi keupayaannya untuk menulis. Di sesetengah tempat, dia dipercayai mengawal langit dan bumi. Kepentingannya semakin meningkat pada tempoh berikutnya.
* Dewa Ninurta merupakan dewa perang Sumeria. Dia juga merupakan dewa hero.
* Iškur (atau Dewa Adad) merupakan dewa ribut.
* Dewa Erra kemungkinannya dewa kemarau. Dia sering disebut bersama dengan Dewa Adad dan Dewa Nergal bagi memusnahkan tanah.
* Dewa Nergal kemungkinannya dewa wabak (plague). Dia juga merupakan pasangan kepada Dewa Ereshkigal.
* Dewa Pazuzu, juga dikenali sebagai Dewa Zu, merupakan dewa jahat, yang mencuri kepingan (tablets ) masa depan Dewa Enlil, dan dibunuh kerana ini. Dia turut membawa penyakit yang tidak mempunyai penawar yang diketahui.

Pengkebumian

Beratus perkuburan telah dibongkar di sesetengah bahagian di Mesopotamia, memberi maklumat mengenai upacara pengkebumian Mesopotamian. Di bandar Ur, kebanyakan orang ditanam dalam perkuburan keluarga di bawah rumah mereka (sebagai mana di Catalhuyuk), bersama sebahagian barang milik. Beberapa didapati dibungkus dalam tikar dan karpet. Mayat anak kecil diletakkan dalam tempayan (jars) besar yang diletakkan di (capel) keluarga. Yang lain di dapati ditanam dalam perkuburan umum bandar. 17 kubur didapati dengan objek beharga dalamnya dan dipercayai kubur diraja.

Budaya: Muzik, lagu dan alat muzik

Sesetengah lagu ditulis bagi dewa-dewi tetapi kebanyakkannya bagi menggambarkan peristiwa penting. Sungguhpun muzik dan lagu menghibur raja dan pemerintah, ia turut disukai oleh orang kebanyakan yang menyanyi dan menari di rumah mereka atau di pasar-pasar. Lagu dinyanyikan kepada kanak-kanak yang menyampaikannya kepada anak-anak mereka. Dengan itu lagu disampaikan melalui beberapa generasi sehinga seseorang menulisnya. Lagu-lagu ini melalui beberapa abad dan memberikan maklumat penting mengenai peristiwa bersejaraj yang akhirnya sampai kepada sejarahwan moden.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesopotamia
Nak Baca Lagi...

''Ancient pyramid discovered''


Nak Baca Lagi...

The Oldest City in the World?


Nak Baca Lagi...

banpo neolithic village


Nak Baca Lagi...

Sphinx of Giza


Nak Baca Lagi...

Monday, January 26, 2009

Sejarah Pendaratan Jepun Di Tanah Melayu







Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942.
Pesawat A6M Zero tentera laut Jepun dari Flotia Udara ke-22 di Lapangan Terbang Kota Bharu selepas penawanannya.

6 Disember 1941


Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan di Manila, Filipina antara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, pemerintah Tentera Laut British, Timur Jauh.

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.

Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.

7 Disember 1941

Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, Kota Bharu, dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.

Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi korban Pihak Berikat pertama dalam peperangan menentangi Empayar Jepun. Pada pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir bermula.

8 Disember 1941

Pada pukul 10.30 petang, persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara Sir Robert Brooke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador — penawanan Thailand Utara. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap, ini akan mencetuskan perang dengan Thailand. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar, tentera Thailand masih mungkin menentang kemaraan tentera British, dan persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal India di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awajisan Maru, Ayatosan Maru, dan Sakura Maru berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan China. Tentera tersebut terdiri daripada:

* Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru)
* sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)
* Rejimen Kejuruteraan Ke-12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii)
* Divisyen Unit Isyarat Ke-18
* satu kompeni Rejimen Pengangkutan Ke-12
* satu kompeni Divisyen Unit Perubatan Ke-18
* Hospital Lapangan No. 2 daripada Divisyen Unit Perubatan Ke 18.

Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringan Sendai, kapal pembinasa Ayanami, Isonami, Shikinami, dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, serta pemburu kapal selam No. 9.

Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Perang Dunia II di Pasifik telah bermula, semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi menyerang Pearl Harbor. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9, merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras meriam katak 3.7 inci (Mejar J.B. Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil. Mereka disokong oleh Pasukan Meriam Lapangan Ke-73 daripada Rejimen Lapangan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Pendaratan Jepun di Kota Bharu

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.

Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.

Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

9 Disember 1941

Serangan udara RAF


Setelah diberitahu mengenai kehadiran pasukan penjajah beberapa batu di utara landasan pesawat mereka, pegawai kanan tentera udara di Kota Bharu meminta kebenaran untuk melancarkan serangan. Apabila telah jelas bahawa tentera Jepun mula mendarat, Skuadron Hudsons No. 1 mula berlepas untuk mengebom pesawat pengangkut. Gelombang pertama, yang terdiri daripada tujuh buah pesawat dan diketuai oleh Leftenan Penerbangan Lockwood, melakukan serangan pertama sekitar 02.10 pagi.

Leftenan Penerbangan O.N. Diamond Skuadron No. 1 memilih kapal pengangkut terbesar dan mengebom junam. Menurutnya, dua butir bom 250 paun dilepaskan dalam serangan pertamanya tepat kena, dan dalam serangan kedua, baki dua butir bomnya turut mengenai pesawat tersebut sebelum pesawatnya terkena tembakan dan terbakar. Kapal itu ialah kapal pengangkut IJN Awajisan Maru (9,794 tan) yang merupakan kapal Jepun yang pertama bagi semua saiz yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia II. Skuadron No. 1 RAAF terus melakukan pengeboman. Sejumlah 17 serangan dilancarkan, mendarat, mengisi bom dan berlepas kembali sehingga 05.00 pagi. Kapal pengiring tentera Jepun melepaskan tembakan anti pesawat yang sengit, menembak jatuh sekurang-kurangnya dua pesawat Lockheed Hudson itu dan merosakkan tiga yang lain.

Salah sebuah pesawat yang rosak yang dipandu oleh Leftenan Penerbangan Leighton-Jones dilaporkan menjunam tepat ke sebuah pesawat pendarat yang berisi sarat. Walaupun menerima tembakan anti pesawat yang hebat, anggota Hudson melancarkan serangan mereka dengan penuh bersemangat. Kesemua kapal pengangkut dilaporkan dihujani peluru dengan beberapa buah terbakar. Kolonel Masanobu Tsuji, pegawai di bawah Ibu Pejabat Yamashita, menggambarkan laporan yang beliau menerima daripada Kota Bharu: "Tidak lama kemudian, pesawat musuh dalam formasi dua dan tiga mula menyerang kapal pengangkut kita, yang mulai berasap dan terbakar". Menjelang 04.30 pagi komander pengiring, bimbang dengan jumlah kerosakan yang dilakukan oleh RAAF, mengemukakan permohonan untuk berundur.

Mejar Jeneral Takumi membantah dan berjaya menegaskan bahawa beliau perlu memperkukuhkan tenteranya di pantai dan hanya pada pukul 06.00 (pagi), kedua-dua kapal pengangkut dan pengiring berundur ke utara. Awagisan Maru ditinggalkan marak terbakar dan ditakdirkan menjadi kapal Jepun pertama ditenggelamkan dalam peperangan, terlalu rosak untuk belayar. Kira-kira jam 02:00 pagi pada 8 Disember, lapangan terbang Kuantan menerima isyarat bahawa tentera Jepun cuba mendarat di Kota Bharu. Skuadron No. 8 membentukkan empat penerbangan tiga buah Hudson dengan penerbangan pertama pada jam 06.30 pagi.

Pesawat Hudson yang dikendalikan oleh Leftenen Penerbangan G. Hitchcock menyerang kapal pengangkut IJN, tetapi dilitupi asap pada 08.00 pagi disebabkan sebahagian daripadanya rosak, ditembusi empat puluh tiga butir peluru tetapi kembali ke Kuantan dengan selamat. Leftenen Penerbangan "Spud" Spurgeon dalam A16-41 mengebom kapal tetapi terpaksa mendarat hempas di Kota Bahru, akibat kerosakan pesawat Hudsonnya. Leftenen Penerbangan Russell Bell pula mengalami kerosakan hidraulik, akibat terkena peluru pada pesawat Hudson A16-81nya dan menerbang ke Seletar daripada Kota Bharu. Daripada 12 buah pesawat dalam serangan ini, lima rosak dengan satu mendarat hempas di Kota Bharu.

Jepun berjaya mendarat

Pada masa ini, pesawat pejuang tentera Jepun yang sebelum ini sibuk melindungi pendaratan utama di Thailand, mulai sampai dan serangan lanjut oleh RAF Blenheims, terbukti sukar. Juga menjelang waktu pagi di sebalik usaha Skuadron No. 1, tentera Jepun berjaya mendaratkan pasukan penjajah mereka. Pada pukul 10:30 pagi, pasukan Jepun akhirnya tiba ke Kota Bahru.

Setibanya waktu pagi, Mejar Jeneral H. Takumi berjaya mendaratkan sejumlah tiga batalion penuh. Brigadier Key cuba menyerang balas dengan segala kekuatannya tetapi apabila gagal, beliau mulai berundur. Apabila telah menjadi jelas bahawa pada waktu siang lapangan terbang tempatan tidak dapat dipertahankan, Key, yang telah diperintahkan untuk berjuang pertempuran penafian (battle of denial ), bukannya sehingga titisan darah terakhir memohon, dan menerima kebenaran untuk berundur.

Tentera Jepun yang disokong oleh tentera yang baru mendarat, memaksa tentera India British berundur sehingga ke kawasan Kuala Lipis dan maju ke utara untuk menawan bandar Kota Bharu pada jam 2 petang pada 9 Disember.

Kedua pihak mengalami korban yang besar semasa pertempuran. Tidak terdapat rekod korban British, tetapi pastinya besar. Rekod korban Jepun berbeza dengan banyaknya. Louis Allen menyebut sumber Jepun meletakkannya sebagai 500 orang. Daripada ini, 150 dialami oleh tentera masih dalam kapal pengangkut, sedangkan baki 350 semasa perjalanan singkat ke pantai atau semasa di pantai. Sementara itu pula, Kolonel Tsuji menulis dalam bukunya bahawa 320 orang askar Jepun terkorban serta 538 orang tercedera dalam pertempuran itu dan menggelarkan Kota Bharu sebagai "salah satu kawasan pertempuran yang paling ganas dalam Kempen Tanah Melayu".

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu
Nak Baca Lagi...

Imperialis Jepun Semasa Perang Dunia Kedua


Pesawat A6M Zero tentera laut Jepun dari Flotia Udara ke-22 di Lapangan Terbang Kota Bharu selepas penawanannya.


Bendera 'Matahari Terbit' Tentera Imperialis Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.


Askar Jepun sedang memancung kepala seorang Banduan Perang Australia.
Nak Baca Lagi...

Perang Dunia Kedua 1941 - 1945












Perang Dunia Kedua memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Pengenalan


Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia .

Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.

Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.

Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk dunia).

Medan Eropah


Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Eropah dan Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun ke Manchuria pada tahun 1931.

Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet ( Soviet Red Army ) turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan British.

Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.

Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries) (Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.

Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British (BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di selatan.

Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.

Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) (Великая Отечественная Война). Pihak Russia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepas Soviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia

Pada musim bunga (spring) pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke 6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad Battle of Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah.

Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.

Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan POW Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.

Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Russia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945 .

Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_Kedua
Nak Baca Lagi...