CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Friday, January 25, 2013

MESYUARAT PENYELARASAN PENERBITAN BULETIN SEJARAH SPM

14 Januari 2013 - Bertempat di Bahagian Buku Teks, Putrajaya, aku bersama sekumpulan Guru Cemerlang Sejarah seluruh Malaysia telah bermesyuarat bagi menetapkan tugas yang perlu dijayakan masing-masing sebelum BULETIN SEJARAH diterbitkan mulai Mac 2013. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan diharapkan buletin ini mampu memberi manfaat kepada calon-calon SPM dan juga guru-guru di sekolah. Meski kerja-kerja teknikalnya agak mencabar, namun kami merasakan apa salahnya kami redahi dengan tekad dan sabar demi kecemerlangan mata pelajaran Sejarah. Kalau bukan kita guru Sejarah yang memberi komitmen siapa lagi .....!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home