CIKGUADIES WEBLOG....!

Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja di luar sana yang mahukan kelainan dalam pembelajaran SEJARAH. Sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu bolehlah diemelkan kepada saya di haidie67@gmail.com. Sama-samalah kita MEMARTABATKAN SUBJEK SEJARAH.

NOTIS PENAFIAN:

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan blog ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain tetapi pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kesahihan sebarang maklumat yang dipaparkan.

Hak Cipta Tersendiri © 2009 http://cikguadies.blogspot.com




MARI BELAJAR SEJARAH ...

Mari Kita Belajar Sejarah,
Demi Jadi Rakyat Sejati,
Agar Hidup Lebih Terarah,
Jangan Kita Menyesal Nanti.

PENCERAMAH SEJARAH SPM TUISYEN ATAU KELAS DI RUMAH

2013 Sejarah WAJIB LULUS! Anda perlukan lebih kefahaman & kemahiran subjek Sejarah? Perlu khidmat kepakaran Guru Cemerlang Sejarah yang berpengalaman? Dengan harga khidmat yang berpatutan, sila hubungi saya SEGERA sebelum anda ketinggalan! Emel saya sebelum jadual saya penuh pada tahun ini di haidie67@gmail.com ...


Anda Tanya CikguAdies Jawab!

Wednesday, May 20, 2009

ALAT KEBESARAN DIRAJA - Muskat

MUSKAT

Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.

No comments: