CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Wednesday, May 6, 2009

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Sejarah Awal:

  • Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa Contoh: Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan sahabat Pena Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau, Kesatuan Melayu Muda
Kesatuan Melayu Singapura(KMS)
  • Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura
  • Pengasasnya(mendapat pendidikan Inggeris) – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh
  • Bertujuan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura
Peranan Mohammad Eunos Abdullah :
  • Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
  • Dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat(mewakili orang Melayu)
  • Kejayaan beliau –kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British, memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.
Kesan:
  • Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu lain pada tahun 1930-an

Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)
  • Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M. Zainal Abidin B.A
Tujuan penubuhan:
  • Menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan & bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa
  • Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan hangat
  • Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu
PERSATUAN NEGERI-NEGERI
  • Persatuan negeri juga ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak(1937), Selangor(1938), Negeri Sembilan(1938) dan Pahang(1938)
Objektif Penubuhan
  • Untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan & perkhidmatan kerajaan
  • Perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan
PERSATUAN NEGERI DI SARAWAK

Persatuan Melayu Miri(1936)
Persatuan Melayu Sarawak(1939)- diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

Tujuan Penubuhannya
  • Mengeratkan perpaduan Melayu
  • Menggalakkan pendidikan
  • Menjaga budaya & maruah bangsa
  • Menegakkan ajaran Islam
Kesannya : mendapat sambutan orang Melayu Sarawak (di Kuching)

SABAH
  • Kesedaran berpersatuan tidak menonjol
  • Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena iaitu di Jesselton(Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau
  • Aktiviti mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan sekolah Melayu
  • Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah
Dipetik Daripada: http://sukosenseispm.blogspot.com/

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home