CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Friday, August 15, 2008

Soalan Latihan Sejarah SPM

BAB 3 SEJARAH TINGKATAN 5

TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1. (a) Bandingkan di antara kerajaan agraria dan maritim.

(b) Pada pendapat anda, mengapakah tasik Tonle Sap dianggap penting kepada kerajaan Angkor?

2. Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara ialah sistem pemerintahan beraja. Mengikut sistem ini, raja mempunyai kuasa mutlak.
(a)Apakah yang anda faham dengan konsep raja berkuasa mutlak?

(b)Huraikan peranan raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.

(c)Dengan mengambil contoh kerajaan Angkor, jelaskan struktur pentadbiran kerajaan tersebut.


3. (a) Apakah kepentingan pembinaan empayar kepada sesebuah negara?

(b) Huraikan bagaimanakah pembinaan empayar dapat dilakukan oleh sesebuah negara dengan memberi contoh-contoh yang sesuai


4. Kerajaan awal sering mengadakan hubungan luar dengan kerajaan lain.

(a)Apakah tujuan hubungan luar diadakan?

(b)Terangkan bagaimana kerajaan Srivijaya menjalin hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain.

(c)Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperolehi oleh Srivijaya pada hubungan tersebut?


5. Agama Hindu dan Buddha telah mempengaruhi kehidupan dan amalan masyarakat di Asia Tenggara.

(a)Huraikan pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam bidang kesusasteraan di Asia Tenggara

(b)Pada pendapat anda mengapakah mesyarakat awal menerima agama Hindu dan Buddha dengan mudah?

(c)Kerajaan Srivijaya berperanan sebagai pusat pengajian agama Buddha yang Termashur. Beri penjelasan anda.


6. Sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha.

(a)Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan awal

(b)Jelaskan kepentingan pembinaan candi kepada kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.

Untuk maklumat contoh jawapan sila layari web
http://www.geocities.com/esnid/sejarah_bab1_1.html

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home