CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Wednesday, May 6, 2009

Akhbar, Majalah dan Novel: Penggerak Kesedaran Kebangsaan






ANTARA Penulis akhbar yang terkenal

  • Zainal Abidin Ahmad(1920-an)
  • Onn bin Jaafar
  • Abdul Rahim Kajai(1930-an)
Akhbar yang terkenal
  • Warta Malaya
  • Lembaga Malaya
  • Majlis
  • Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak
Kesedaran Melalui Penulisan
  • Tulisan penulis-penulis tersebut telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu
  • Mengkritik dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu
  • Persoalan tentang sosial @ pendidikan, ekonomi dan politik yang dibangkitkan oleh akhbar secara menyeluruh tahun 1930-an bertujuan untuk menyedarkan & memajukan orang Melayu
ISU YANG DIBANGKITKAN

Sosial/pendidikan
  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
  • Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha
  • Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu(pertukangan & kerja tangan)
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
EKONOMI
  • Menggalakkan syarikat kerjasama
  • Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam ekonomi tempatan üMenggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
  • Melarang orang Melayu menjual tanah
  • Menyeru orang Melayu berjimat cermat
  • Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
POLITIK
  • Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
  • Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat)
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
  • Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
  • Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
Petikan Asal: http://sukosenseispm.blogspot.com/

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home