CikguAdies@CikguSejarah

Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.

Friday, August 15, 2008

Contoh Skema Jawapan Sejarah SPM

SOALAN 1:
1. Masyarakat agraria mengamalkan cara hidup yang amat bergantung rapat dengan alam sekeliling . Mereka juga berjaya menerapkan kepercayaan mereka dalam seni bina unik yang menjadi bahan kajian sejarah yang amat penting pada hari ini.

A) Apakah yang dimaksudkan dengan candi ?

Jawapan:

- Candi adalah sebuah bangunan tempat penyembahan tuhan menurut agama
Hindu-Budha.
- Bentuk bangunan tersebut menggambarkann betapa kuatnya pegangan mereka terhadap agama.
- Kekuatan pegangan ini digambarkan melaalui seni ukir yang terdapat pada candi- candi itu.
- Kebanyakkan daripada candi tersebut diibina dengan menggunakan tenaga kerah.
- Kerajaan yang dapat membina candi yangg besar merupakan kerajaan yang kuat dan berjaya.

B) Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai , huraikan kepentingan monumen kepada kerajaan -kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan

Kepentingan monumen.

a) Lambang keagamaan
- Pengaruh agama Hindu-Budha
Contoh:
- Candi Borobudur - bangunan indah berdaasarkan agama Budha iaitu Panna.
( Kebijaksanaan ) , Samadhi ( penumpuan ) , Sila ( moral ).
- Angkor Wat - Pusat kepercayaan raja-raaja Angkor adalah Sina dan Vishnu di muka bumi.
- Lembah Bujang - Tempat pemujaan dewa-ddewa Hindu dan Gautama Budha.

b) Lambang Keagungan - Pengaruh dan Kuasa.
Contoh:
- Candi Borobudur - kekuatan dan kedaulaatan Sailendra.
- 75 tahun untuk disiapkan.
- Angkor Wat - kekuatan dan kedaulatan RRaja Suryavarman II.
- Tunjukkan kejayaan menewaskan kerajaann Champa dan menyatukan Keboja.
- Ibu kotanya Khmer.
- Candi Tor Phrom - Dibina oleh 80 ribu orang daripada 3 ribu buah kampung .
- Rajanya seorang penakluk yang berjaya..

c) Lambang Kesenian
Contoh:
- Borobudur - Setiap dinding dilukis denngan cerita-cerita Gautama Budha.
- Angkor Wat - Ukiran timbul epik Ramayaana dan Mahabrata.
- Melambangkan ketinggian seni serta keppakaran pengukirnya .
- Candi Lembah Bujang - Dibina daripada batu-batu sungai dan laterit.
- Bentuk empat segi bujur.
- Mempunyai Vimana ( tempat penyembahan ) dan mandapa ( dewan ).

d) Tempat persemadian roh.
Contoh:
- Borobudur - Stupa - Monumen bagi orangg yang meninggal dunia dari golongan raja , sami dan orang kebanyakkan.
- Angkor Wat - Bentuk piramid - tempat bbersemadi roh raja.

e) Pusat Pentadbiran
Contoh:
- Borobudur - Pentadbiran raja-raja Saillendra.
- Angkor Wat - Pentadbiran raja Suryavarrman II di kawasan Tonle Sap.
Rujukan :
Buku Teks Sejarah Malaysia -- DBP
Soalan a - muka surat = 2,3 dan 4
Soalan b - muka surat = 16
Soalan c - muka surat = 18 dan 19.


SOALAN 2:
2 a) Institusi-institusi agama memainkan peranan penting kepada masyarakat Melayu. Apakah peranan institusi tersebut ?

b) Apakah kepentingan pendidikan tidak formal dikalangan masyarakat Melayu.

Skema jawapan :

1a) -pendidikan asas (membaca Muqaddam dan al-Quran) mengikut tajwid.
-memberi pendidikan fardhu ain
-memberi pendidikan akhlak mengikut islaam
-institusi agama-pondok,surau, madrasah,,masjid
-kegiatan menadah/menghafal kitab bahasaa Arab
-mengajar mata pelajaran Quran-hadis,sirrah,nahu Arab, tauhid,akhlak,mantiq dan sejarah islam.
-peringkat lebih tinggi-tasawuf dan wujuudiyah
-melahirkan guru-guru agama untuk sekolaah-sekolah agama/sekolah pondok

b)
-penguasaan kemahiran/kebolehan istimewaa melalui pendengaran, penglihatan,pemerhatian dan ketekunan secara tidak langsung
-menyalurkan pendidikan secara psikilogii melayu-cerita dongeng, cerita binatang,pengembaraan,kepahlawanan,kejayaan anak-anak raja.
-memberi pengajaran moral dan pendidikann.
-untuk menjaga maruah keluarga-larangan anak-anak gadis keluar rumah dan lain-lain pantang larang
-menggalakkan anak-anak supaya bekerja mmengikut tertib atau peraturan, larangan menyanyi ketika memasak nasi .
-melatih anak-anak berdisiplin dan memattuhi peraturan-larangan bermain waktu maghrib .

SOALAN 3:
3. a) Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional mengekalkan kepentingan ekonomi mereka sebelum merdeka.

a)-pertanian-masih menanam tanaman saradiri-pisang,buah-buahan dll secara kecil-kecilan di halaman rumah
-meneruskan kepentingan menanam padi dann mencuba tanaman baru-getah dan kelapa sawit.
-hasil hutan : kepentingan seperti mencaari rotan, nipah, damar semakin berkurangan kerana kawasan hutan semakin berkurangan disebabkan aktiviti pembukaan kawasan untuk tanaman perdagangan dan pembangunan bandar-bandar.
-menangkap ikan- masih dijalankan secaraa kecil-kecilan dengan peralatan tradisional untuk makanan sendiri dan dipasarkan di pekan berdekatan.
-melombong-dikuasai oleh pembesar daerahh yg mendapat tauliah daripada pemerintah, penduduk sebagai pekerja di lombong, kemudian diambil alih buruh asing (Cina) yg masuk beramai-ramai pada pertengahan abad 19.
-pembesar memperolehi hasil melalui cukaai.
-pertukangan-merupakan kegiatan secara kkecil-kecilan dikalangan masyarakat kampung di Kelantan, Terengganu, Perak yang mengusahakan kegiatan menghasilkan senjata seperti keris, lembing.
-menenun-dikalangan golongan wanita Kelaantan dan Terengganu seperti menenun kain sutera dan sarung, di Kelantan, Terengganu, Pahang.
-berdagang-masih dijalankan oleh orang MMelayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perdagangan dikendalikan oleh kelas pemerintah dan peniaga Melayu. Ekspot penting seperti bijih timah, lada hitam, sutera, kapas. Kegiatan ini diambil alih sedikit demi sedikit oleh orang Inggeris.
-pemungutan cukai oleh pembesar diambil alih oleh orang Inggeris.

b) Bagaimanakah masyarakat Melayu memenuhi kegiatan masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Skema:

a) golongan bangsawan
1. kesenian spt muzik,tarian, lakonan pentas dimainkan juga sewaktu menyambut sesuatu perayaan di istana
2. pelbagai jenis permainan rakyat seperti sepak raga bulatan diminati oleh anak-anak raja.
3. seni mempertahankan diri dan bermain alat-alat senjata dipelajari oleh golongan bangsawan.
4. persuratan/penulisan diminati oleh orang istana ulama menghasilkan pelbagai jenis tulisan . Contoh penulisan Tun Sri Lanang, Tokku Paloh

b) golongan rakyat
1. permainan catur, congkak,layang-layang, gasing-melahirkan semangat kerjasama dikalangan pemain
2. seni memahat dan mengukir untuk perhiasan rumah dan masjid
3. mencipta pelbagai jenis kraftangan dan alat perhiasan
4. kesenian rakyat yang dijalankan secara berkelompok seperti dikir barat, canggung, campuling, boria, tarian semazau dll. yang melahirkan perpaduan, gotong royong dikalangan rakyat.
5. seni mempertahankan diri atau bermain senjata spt seni silat menjadi kegemaran dikalangan rakyat.
6. Kesusasteraan-dalam bentuk lisan spt. cerita binatang, penglipur lara dan cerita jenaka.

SOALAN 4:
4.) Hubungan luar antara Kesultanan Melayu Melaka lagi boleh dilihat dalam berbagai-bagai bentuk. Hubungan ini boleh merupakan hubungan politik mahupun ekonomi. Jelaskan bentuk hubungan Melaka dengan Pasai, Aru, Brunei, Siam dan China

-Negeri tersebut adalah negeri yang setaraf dengan China
-Hubungan dilakukan melalui perdagangan,, lawatan persahabatan, perkahwinan dan pertukaran utusan / diplomatik
-Mereka menggunakan istilah ‘Salam’ apabbila berututs surat
-Utusan dari negeri-negeri tersebut disaambut mengikut protokol dan penuh istiadat seperti paluan alat muzik, dipaying dua pengapit dan diarak dengan gajah
-Melaka memberi bantuan ketenteraan kepaada negeri serantau ( Pasai dan Aru ) sekiranya berlaku kekacauan dengan menghantar Temenggung dan Laksamana
-Melaka menghantar ufti kepada Siam dan China untuk mendapat perlindungan


Nyatakan perbezaan antara Negeri Naungan dengan Negeri Taklukan dan bagaimanakah hubungan Melaka dengan negeri-negeri tersebut?

-Negeri Taklukan ialah negeri yang diserang dan ditakluki oleh Melaka seperti Pahang, Kelang, Kelantan. Siak, Rokan dan Kampar , Negeri Naungan ialah negeri yang tidak ditakluki tetapi mereka sendiri meminta perlindungan dari Melaka seperti Kedah, Perak, Suir, Buru dan Asahan
-Raja dan pembesar Negeri Taklukan dan NNaungan dilantik dan diiktiraf oleh pembesar Melaka
-Negeri-negeri tersebut menggunakan istiilah ‘sembah’ apabila berutus surat dengan Melaka
-Raja atau pembesarnya mesti menghadap rraja Melaka dari masa ke semasa
-Mereka dikehendaki mengiringi Sultan Meelaka apabila berangkat keluar negeri
-Hasil pengeluaran negeri-negeri berkenaaan mesti dieksport melalui pelabuhan Melaka
-Melaka akan memberi perlindungan jika nnegeri-negeri tersebut diserang manakala negeri-negeri tersebut mesti menghantar ufti kepada Melaka.


SOALAN 5:
5.) a) Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu telah membawa kepada pertumbuhan bandar yang pesat pada akhir abad 19 dan awal abad 20. Huraikan faktor-faktor wujudnya proses perbandaran di Tanah Melayu.
b) Mengapakah British mengambil berat terhadap perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu semasa penjajahannya.
c) Dengan mengemukakan contoh-contoh, apakah peranan sistem pengangkutan dalam perkembangan sosio-ekonomi Tanah Melayu Tanah Melayu pada pertengahan kurun ke 19?

Skema jawapan:

1. a) - Faktor kemunculan bandar
-Perkembangan ekonomi dan perdagangan anntara bangsa menyebabkan bandar lama berkembang seperti Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang dan Melaka
-Pusat-pusat perlombongan timah berkembaang menjadi bandar akibat pertambahan penduduk contohnya Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban
-Perlombongan petroleum membawa kemuncullan bandar Miri di Sarawak.Penduduknya bertambah kesan industri tersebut Perkembangan pertanian dagangan
-Bandar Kuching berkembang kerana menjaddi pusat mengeksport gambir dan lada hitam pada tahun 1840-an
-Johor Bharu berkembang kerana kegiatan pertanian dagangan seperti gambir dan lada hitam melalui Sistem Kangcu Kemajuan sistem perhubungan
-Bandar-bandar baru dihubungkan dengan ssistem perhubungan baru seperti Kuala Lumpur menjadi pusat pertemuan jalan raya dan keretapi kerana kedudukannya yang strategik.
-Gemas menjadi persimpangan jalan keretaapi Pantai Barat dan Pantai Timur
-Perpindahan penduduk luar bandar ke banndar dan kemasukan pendatang asing dari China dan India. 1911- 92 bandar di Tanah Melayu tetapi 1931 bertambah kepada 176 buah
-Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpuur dan Pulau Pinang berfungsi sebagai pusat pentadbiran, politik, kewangan, perdagangan , perusahaan dan pusat perdagangan antarabangsa

(Ruj. Buku Teks ms 107)


b) British mengambil berat terhadap perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu kerana:

-Memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah contohnya hospital didirikan di bandar-bandar yang padat penduduk seperti Taiping dan Kuala Lumpur

-Untuk mengelakkan wabak penyakit yang berbahaya dan berjangkit seperti malaria, taun, beri-beri, batuk kering dan demam campak. Contohnya penubuhan Institut Penyelidikan perubatan tahun 1901.

-Untuk menjaga kepentingan ekonomi British contohnya mendirikan perkhidmatan perubatan kepada pekerja-pekerja
lombong bijih timah Cina dengan menubuhkan Hospitan Tung Shin di Kuala Lumpur.

-Masyarakat yang sihat dapat menjamin kestabilan ekonomi dan politik

(rujuk buku teks ms 110)

C) Peranan sistem pengangkutan dalam perkembangan sosio-ekonomi Tanah Melayu

-Menghubungkan kawasan bahan mentah ke pangkalan atau pelabuhan contohnya pembinaan jalan raya dan keretapi memudahkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan.

-Pelabuhan seperti Melaka, Linggi dan Kelang merupakan pusat mengeksport bijih timah di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Empat jalan keretapi yang dibina untuk menghubungkan kawsan perlombongan timah dengan pelabuhan iaitu Taiping dengan Port Weld(1885), Kuala Lumpur degnan Port Swettenham (1899), Seremban dengan Port Dickson(1891) serta Ipoh dan Tapah Road dengan Teluk Anson(1895)

-memudah dan mempercepatkan perjalan antara Pantai Timur dan Pantai Barat. Contohnya jalanraya dari Kuala Lumpur ke Kuantan dibuka 1911.

-Mempertingkatkan perkembangan perusahaan getah Kawasan pedalaman telah dapat dihubungkan dengan bandar bagi menggalakkan pembukaan ladang-ladang baru pembinaan keretapi di kawasan ladang getah menarik pelaburan asing keretapi mampu membawa lebih banyak muatan dengan lebih cepat

-Mempelbagai serta mempertingkatkan fungsi bandar sebagai pusat kegiatan ekonomi, pentadbiran dan sosial. Kemudahan pengangkutan membolehkan sesebuah bandar dapat menyelaraskan kegiatan ekonomi dalam satu kawasan geografi yang lebih luas contohnya Kuala Lumpur. Ipoh, Seremban dan Kuching.

SOALAN 6:

5.a) Dalam usaha memeperkenalkan ekonomi moden di Tanah Melayu, Kerajaan Inggeris tetap ingin mengekalkan ekonomi tradisional. Mengapakah kerajaan British mahu mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional ?

b) Apakah kesannya terhadap orang Melayu akibat dasar Inggeris tersebut?

C) Nyatakan apakah muslihat Inggeris memperkenalkan Tanah Simpanan Melayu?

a) Sebab Inggeris mahu mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional

-Inggeris tidak mahu orang Melayu melibat diri dalam ekonomi moden kerana mereka mahu mengelak penentangan orang Melayu.
-Ini kerana ekonomi moden akan mendedahkkan mereka kepada kenaikan dan kejatuhan harga.
-Jika harga keluaran mereka jatuh, orangg Melayu tidak puas hati terdapat Inggeris dan ini menjejaskan kedudukan politik mereka.
-Pedagang Inggeris bimbang kedudukan ekoonomi mereka tergugat jika orang Melayu ramai yang menanam tanaman dagangan terutama getah kerana apabila pengeluaran berlebihan, harga akan jatuh dan merugikan syarikat Inggeris. Sungguhpun begitu, pada tahun 1917 pengeluaran pekebun kecil getah setanding dengan pengeluaran ladang.
-Inggeris mahu menjamin bekalan beras meencukupi kerana penduduk Tanah Melayu telah meningkat akibat kemasukan buruh asing dalam industri timah dan getah.
-Oleh itu orang Melayu dikekalkan sebagaai penanam padi. Sungguhpun begitu Inggeris masih terpaksa mengimport beras dari Myanmar, Thailand, Indocina.

b) Kesan daripada dasar Inggeris

-Orang Melayu tetap terdedah kepada perdagangan antara bangsa kerana mereka terlibat dalam ekonomi wang. Mereka perlu membayar cukai dan lain-lain dengan wang, oleh itu mereka menanam getah dan kelapa untuk mendapatkan wang

-Orang Melayu tertinggal dalam arus pemodenan seperti tidak dapat menikmati kemudahan jalan raya, sekolah, instusi kewangan dan lain-lain kerana ia tidak disediakan di kampung.

-Orang Melayu menghadapi masalah hutang kerana mereka meminjam wang dari orang tengah dengan kadar faedah yang tinggi. Ada juga yang menjual tanah untuk membayar hutang.

c)
-Sebab Inggeris memperkenalkan Tanah Simmpanan Melayu Untuk mengelak orang Melayu menjual tanah kerana dengan Akta Tanah Simpanan Melayu nilai komersial tanah telah jatuh.

-British bimbang kehilangan hak terhadap tanah di kalangan orang Melayu akan menimbulakan rasa tidak puashati dikalangan orang Melayu terhadap British dan ini menjejaskan kedudukan politik mereka di Tanah Melayu. Ini kerana sebelum TSM diperkenalkan, banyak tanah orang Melayu dibeli peladang Eropah untuk dijadikan ladang getah.

-Inggeris mahu mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu dan mereka terus tinggal di luar bandar sebagai penanam padi.Ini menjamin bekalan beras bagi Tanah Melayu Inggeris tidak mahu orang Melayu menanam getah kerana ia akan menjadi saingan kepada peladang Inggeris

(Ruj.ms. 112)

SOALAN 7:

7) Kerajaan demokrAsi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan.

(a) Huraikan langkah-langkah untuk mewujudkan Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

Badan kehakiman merupakan sebahagian daripada pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen di Malaysia.
(b) Jelaskan ciri-ciri dan bidang kuasa Badan Kehakiman.

(c) Di Malaysia terdapat 2 kategori mahkamah iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Utama. Huraikan mengenai kedua-dua mahkamah tersebut.

(a) Huraikan langkah-langkah untuk mewujudkan Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

Pengenalan Sistem Ahli 1951 (ms 128)

1. Untuk melatih masyarakat tempatan ke arah berkerajaan sendiri dan menyelesaikan masalah perkauman.

2. Tahun 1954 beberapa portfolio diwujudkan telah dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan.

3. Keahlian terdiri daripada pelbagai kaum yang menjalankan tugas bertaraf menteri dan mereka dilantik oleh kerajaan British sehingga Pilihanraya Umum 1955.


Mengadakan pilihanraya. (ms 129)

1. Pilihanraya Perbandaran 1 1951 bagi memilih Ahli Majlis Perbandaran Georgetown.

2. Pilihanraya Perbandaran ke-2 1952 bagi memilih Ahli Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. UMNO Selangor dan MCA Selangor telah membuat pakatan yang dinamakan Parti Perikatan.

3. Pilihanraya Umum 1 1955 bagi memilih wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC ditubuhkan dan memenangi 51 daripada 52 kerusi.

4. Parti Perikatan telah membentuk kerajaan dan sebuah Jemaah Menteri ditubuhkan. Kerajaan Perikatan telah mencorakkan perlembagaan dan bentuk kerajaan bagi negara kita.



(b) Jelaskan ciri-ciri dan bidang kuasa Badan Kehakiman.

Ciri-ciri Badan Kehakiman. (ms 137)

1. Tidak memihak

2. Bebas daripada kawalan sama ada badan perundangan dan badan pelaksana atau daripada sesiapapun.


Bidang kuasa Badan Kehakiman. (ms 137)

1. Mentafsir perlembagaan.

2. Mentafsir dan menguatkuasakan undang-undang.

3. Boleh mengisytiharkan sebarang undang-undang sebagai sah.

4. Mengisytiharkan sebahagian tindakan kerajaan sebagai tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.


(c) Di Malaysia terdapat 2 kategori mahkamah iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Utama. Huraikan mengenai kedua-dua mahkamah tersebut.

1. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Penghulu, Mahkamah Majistret Kelas Dua dan Mahkamah Sesyen. Di Sabah dan Sarawak terdapat Mahkamah Anak Negeri.

2. Mahkamah Utama terdiri daripada Mahkamah Agung dan dua Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo yang diketuai oleh Hakim Besar Borneo yang berpusat di Kuching.

3. Mahkamah Agung yang sebelum tahun 1985 dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo dan empat hakim yang lain. Mahkamah Agung merupakan mahkamah rayuan yang terakhir.

10.) Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu dasar Rukun Negara Malaysia yang berdaulat.

(a) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan dan berikan bukti-buktinya.

(b) Bagaimanakah pindaan-pindaan terhadap perlembagaan di negara Malaysia boleh dibuat?

JAWAPAN:

(a) Keluhuran bermakna keagungan dan kemuliaan. Keluhuran dan ketetinggian perlembagaan negara kita mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah. Ini bermakna perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara kita.

Buktinya:-
i. Semua undang-undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan. Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah. (ms 142)

ii. Undang-undang semua negeri mestilah selaras dengan perlembagaan persekutuan.

iii. Satu daripada tugas penting badan kehakiman ialah menjaga supaya peruntukan perlembagaan tidak tercabar dan terjejas oleh undang-undang parlimen untuk menjamin keluhuran perlembagaan. (ms 142)

iv. Sungguhpun kedudukan Yang di-Pertuan Agong mengatasi undang-undang iaitu tidak boleh didakwa di mahkamah, tetapi kuasa baginda ditetapkan oleh perlembagaan. (ms 143)

v. Semua jentera pemerintahan jugha mendapat kuasa daripada perlembagaan . (ms 143)

vi. Perlembagaan kita juga mengandungi perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

- agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
- kedudukan istimewa orang Melayu dan buumiputera Sabah dan Sarawak.
- kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasaa Kebangsaan.
- kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu. <
- kerakyatan. (ms 143)>

(b) Terdapat 4 cara pindaan terhadap perlembagaan:

Cara pertama: (ms 145)

1. Memerlukan lebih suara 2/3 parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-Raja.

2. Bagi meminda perkara yang berkaitan dengan:-

- tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja.
- keistimewaan Yang di-Pertuan Agong dann permaisurinya.
- keistimewaan Raja-Raja Melayu dan Yangg Dipertua Negeri.
- jaminan takhta.
- mengubah sempadan negeri.
- kedudukan istimewa orang Melayu dan buumiputera di Sabah dan Sarawak.
- kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu ddan soal-soal kewarganegaraan.


Cara Kedua. (ms 145)

1. Memerlukan lebih suara 2/3 parlimen dan mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri berkenaan ( Sabah dan Sarawak).

2. Bagi meminda perkara yang berkaitan dengan kepentingan khas Sabah dan Sarawak seperti:-

- keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
- hak istimewa bumiputera di Sabah dan SSarawak.
- soal agama dan bahasa.

Cara Ketiga. (ms 145)

1. Memerlukan lebih suara ( 50 % atau lebih ) dalam parlimen.

2. Bagi meminda undang-undang mengenai perkara yang diperuntukkan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Cara Keempat. (ms 145)

1. Memerlukan lebih suara 2/3 dalam parlimen.

2. Bagi meminda perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tiga cara yang tersebut di atas.


12.) Menjelang akhir tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama telah berlaku peristiwa 13 Mei 1969 yang menyedarkan kerajaan dan rakyat tentang beberapa kelemahan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara sebelum ini. Oleh itu kerajaan telah membentuk dasar ekonomi baru pada tahun 1970.

a) Nyatakan kelemahan-kelemahan dari aspek sosial dan ekonomi dalam rancangan pembangunan ekonomi negara sebelum diperkenalkan dasar ekonomi baru.
b) Nyatakan matlamat dan strategi yang diambil untuk menjayakan dasar ekonomi baru.
c) Jelaskan keberkesanaan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam menjayakan matlamat DEB.


SKEMA JAWAPAN:

a. Kelemahan-kelemahan dari aspek sosial dan ekonomi dalam rancangan pembangunan ekonomi negara sebelum diperkenalkan dasar ekonomi baru.

* -Jurang perbezaan ekonomi antara kaum begitu tinggi.
* -Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
* -Jurang perbezaan pendapatan antara kawasan bandar dengan luar bandar.
* -Kadar kemiskinan tinggi di kalangan rakyat.
* -Kemajuan tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.

b. Matlamat dan strategi yang diambil untuk menjayakan dasar ekonomi baru.

Matlamat:-

* -Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial supaya semua kaum dapat menikmati kemaksmuran bersama.
* -Membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud di antara kaum wilayah luar banda dan bandar.
* -Mewujudkan perpaduan kaum dan keutuhan negara.

Strategi:

1. -Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
2. -Membaiki keadaan ekonomi dan taraf hidup rakyat semua kaum yang tinggal di bandar atau luar bandar.
3. -Menyediakan dan memperbaiki kemudahan asas.
4. -Menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fugsi ekonomi
5. -Melibatkan semua kaum dalam sektor ekonomi yang utama
6. -Menyusun semua corak guna tenaga dan hak milik serta kekayaan negara.
7. -Menggalakkan penyertaan kaum bumiputra dalam sektor perusahaan dan perdagangan.

8. c. Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam menjayakan matlamat DEB.

9. -Berjaya menghasilkan kedudukan yang lebih seimbang di anatara sektor pertanian, perusahaan dan perkhidmatan.
10. -Eksport keluaran pembuatan telah meningkat.
11. -Taraf hidup rakyat lebih tinggi dan pengagihan pendapatan lebih adil.
12. -Meningkatkan hak milik modal saham bumiputra.
13. -Hak milik modal saham asing telah dapat dikurangkan.
14.
15.
16. (m.s 148-155)

12.) Pertubuhan Negara-negara Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan pertubuhan negara-negara di dunia yang dianggotai oleh Malaysia sejak awal kemerdekaan.

a)Huraikan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel dalam bidang pertahanan, ekonomi dan pendidikan ?
b) Nyatakan sumbangan Malaysia sebagai anggota PBB dalam mewujudkan keamanan dan keadilan dunia sejagat

a).Huraikan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel dalam bidang pertahanan, ekonomi dan pendidikan ?

- Penubuhan Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (PPLK) yang dianggotai oleh Malaysia, Britain ,Australia, New Zealand dan Singapura tahun 1971
- Perjanjian ini melibatkan Britain secaara automatik jika Malysia diserang oleh kuasa lain
- Awal tahun 1970an keadaan keselamatan masih belum memuaskan menyebabkan Malaysia masih memerlukan PPLK
- Melalui Rancangan Colombo negara maju akan memberi bantuan kepada negara anggota yang memerlukan contohnya ; dengan memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia
- Pelajar Malaysia pernah mendapat biasiswa daripada projek pendidikan iaitu Biasiswa Pendidikan Komanwel

b.Nyatakan sumbangan Malaysia sebagai anggota PBB dalam mewujudkan keamanan dan keadilan dunia sejagat

-1959 bersama-sama Ireland telah menaja satu usul mengutuk China Komunis kerana mencabul hak asasi penduduk Tibet
-Menghantar askar ke Congo untuk menjagaa keamanan di sana tahun 1960 di bawah anjuran PBB
-Menyertai pasukan pendamai PBB untuk meengawal gencatan senjata di Iran dan Iraq tahun 1988
-Turut serta dalam pasukan PBB untuk mennjaga keamanan di Namibia tahun 1989
-Menjadi Ahli Majlis Keselamatan Pertubuuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 dan tahun 1989-1990
-Dalam Perhimpunan Agung PBB, Malaysia mmenjalankan usaha yang gigih menghapuskan Dasar Apartheid di Afrika Selatan
-Memainkan peranan penting dalam Isu Anttartika dengan memecah monopoli sekumpulan kecil ahli PBB terhadap Antartika dan sumber hasilnya
-Mengambil bahagian cergas dalam memperjjuangkan hak rakyat Palestine dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Palestin di bawah naungan PBB di Kuala Lumpur dan memberi bantuan kewangan
-Melalui PBB, Malysia bergiat cergas dallam penghapusan penyalah gunaan dadah. Pengiktirafan peranan Malaysia terserlah apabila Perdana Menteri Malaysia, dipilih menjadi YDP Persidangan Penyalahgunaan Dadah di Austria Jun1987
-Dalam Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Anwar Ibrahim telah dipilih menjadi YDP tahun 1989

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home