Memohon Jawatan Guru Cemerlang
Pada 16 September 2008, sekali lagi aku memohon jawatan sebagai Guru Cemerlang. Tahun lepas 2007 aku telah mengisi lengkap borang permohonan tersebut tetapi sehingga kini masih belum ada jawapannya. Apa yang lucunya ialah pihak JPWP telah fakskan surat rasmi jawatan pada 16 September 2008 tetapi perlu diisi dan dikembalikan lengkap kepada Unit Menengah JPWP pada 17 September 2008... kelakarkan? Aku dan teman-teman guru yang berminat apa lagi setelah diberitahu oleh Penolong Kanan Tadbir tentang keperluan ini terus mengisi borang permohonan. Semua lampiran sijil dan syarat diperlukan segera terpaksalah aku minta bantuan daripada Kak Dillah kerani ...nasib baik sporting (walaupun waktu rehat dia sanggup tolong aku .... terima kasih!)
Selepas itu aku bersama cikgu Azrin dan Razidah bergegas ke JPWP untuk menghantar borang permohonan tersebut kerana mengikut syarat yang diiklankan itu kami perlu 'key in' sendiri segala butiran maklumat. Sebaik tiba di kaunter Unit Menengah JPWP kami disambut baik oleh Encik Suraimi (kawan lama) ... lega ler coz ada kawan boleh bantu.
Bincang punya bincang sebenarnya aku tidak perlu lagi mengisi borang permohonan coz tahun lepas aku telah apply jawatan itu, lagipun borang yang kami isi hari ini tak cukup ... terpaksalah diberi borang baru. Apa lagi kamipun balik ler ...nak watper lagi kan? Keesokan harinya aku diberitahu oleh Pengetua bahawa aku tak perlu lagi mengisi borang tersebut ... lega rasanya. Harapan aku semoga aku dapat jawatan ini kerana aku betul-betul berminat dan aku yakin aku berpotensi dan berkebolehan ... cewahhhh!
Labels: Alkisah Aku Dia Kamu