Gift for a Queen - Hanging Gardens of Babylon
Blog ini didedikasikan kepada semua pelajar, guru, komuniti dan sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dalam PdPc SEJARAH. Manfaatkan blog ini demi kecemerlangan bersama ...! CikguAdies Pencinta Sejarah@ GURU CEMERLANG SEJARAH KUALA LUMPUR.
From Cultures to Civilizations: The Road to Success is discussed at length of ancient Mesopotamia, Egypt, and Nubia. Examples, details, and descriptions of how these ancient civilizations ensured their successful journey to become a viable civilization are given.
The Hanging Gardens of Babylon were considered to be one of the the greatest Seven Wonders of the Ancient World, and the only one of the Wonders which may in fact have been legendary. They were purportedly built in the ancient city-state of Babylon, near present-day Al Hillah, Babil, in Iraq. They are sometimes called the Hanging Gardens of Semiramis (in reference to the legendary Queen Semiramis).
BERITA HARIAN 23 Januari 2013 - Sekadar memberi pandangan peribadi dalam artikel "Memupuk Minat Subjek Sejarah" ke arah Sejarah Wajib Lulus 2013 ... pengalaman mengajar subjek Sejarah selama 14 tahun sangat membantu saya menjadi seorang guru sejarah yang kreatif dan dinamik .... semua orang mampu jika mahu ... marilah sama-sama kita jadikan subjek Sejarah ini sebagai satu subjek yang tertinggi kedudukannya di hati kita ... Sejarah untuk semua bukannya individu!
Labels: Hasil Penulisan / Buku / Inovasi
14 Januari 2013 - Bertempat di Bahagian Buku Teks, Putrajaya, aku bersama sekumpulan Guru Cemerlang Sejarah seluruh Malaysia telah bermesyuarat bagi menetapkan tugas yang perlu dijayakan masing-masing sebelum BULETIN SEJARAH diterbitkan mulai Mac 2013. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan diharapkan buletin ini mampu memberi manfaat kepada calon-calon SPM dan juga guru-guru di sekolah. Meski kerja-kerja teknikalnya agak mencabar, namun kami merasakan apa salahnya kami redahi dengan tekad dan sabar demi kecemerlangan mata pelajaran Sejarah. Kalau bukan kita guru Sejarah yang memberi komitmen siapa lagi .....!
Tanggal 21 - 23 Januari 2013 - Aku bersama 13 orang lagi Guru Cemerlang Sejarah Kuala Lumpur dan Selangor telah menyertai BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PORTAL PdP SEJARAH (e-KIS) dengan kerjasama hebat FROG VLE bertempat di D6 YTL Sentul East. Matlamat bengkel ini bertujuan menyediakan tapak PdP Sejarah kelolaan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bagi kegunaan guru-guru Sejarah dan calon SPM. Diharapkan sumbangan kecil pihak kami ini mampu membantu calon SPM dan komuniti di luar sana ke arah Sejarah Wajib Lulus 2013. Penghargaan tidak terhingga diberikan kepada trainers Usha dan Arafeh atas komitmen dan menjadi guru yang terbaik buat kami selama tiga hari tersebut. Terima kasih!